Sabtu, 13 Februari 2016

Whatsapp Group Geng Hotel !

Bila jumpe je kawan baru, terus lupakan Ibu ye ? baru 10 minit lepak kt Swimming pool than jumpa geng laki so call "Abg" bukan main seronok dia. Ibu yang duduk kt bangku tu duk jerit-jerit panggil kakak... kakak... buat nampak tak nampak je. Aiiisshhh budak ni, bikin panas je hati ibu ni tau. Lagi haru bila budak laki tu pergi kt mama dia, boleh pulak si kecik Nuha pun join pergi skali, siap panggil mama lagi kat aunty tu, adduussss... Sentap Mak Nak ! 




Nuha.. oh Nuha.... sedang2 elok dia landing kt sebelah aunty tu. Aku pun buatlah muka tersipu-sipu sambil angkat tangan kt aunty tu. Nasib baik laa aunty nk layan kakak. ish tak malu sungguh tau, macam xde ibu je kakak ni. ade pulak g lepak kt ibu org lain. Ibu yg duduk tercongok sendiri kt sini dari tadi xde geng akak buat xtau je, sampai hati kakak... sob...sob...sob... (muka sedih)



Dekat 2 jam tunggu Nuha main air dengan kanak2 riang tu semua. Walaupun ibu da panas montot duduk bawah payung ni, beteri HP pun dah nak habis. Ibu panggil banyak kali pun dia buat muke sardin je. Ikutkan hati ibu ni, nak aje ibu g cubbiiiittttttt peha kakak tau, nasib baik ramai makcik2 kt sini, terpaksa ibu cover line. hihihihi... sabor jela...

Xlama kemudian, aunty yg Nuha panggil Mama tadi tu datang menyapa aku yg ralit dengan HP. 

"Mama Nuha kan ?" tegurnya
"A'a.. Nora" aku perkenalkan diri
 "Kite xde anak dara, semua anak teruna, seronok bile ada anak dara panggil mama" cerita aunty adibah yg aku lebih senang panggilnya kak diba
"OOooOo.. hihihi.." senyum2 je, nak cakap ape pun xtau.

Oleh kerana kak diba ni tersangatlah ramah tamah orangnya, maka aku lebih mudah untuk berborak dengan dia, biasalah org dah berborak, tak kan ko nk diam je, ko ni dah kenapa kan..?? Walaupun aku ni bukanlah kaki kepoh sangat, buat2 kepoh je laa. hihihihi. Sembang punye sembang dah tak sedar dekat sejam pulak duk bersembang entah ape2, macam2 cerita yg keluar, layankan jela.

Part paling best kak diba cakap nk berbesan dgn aku. kahkahkah.. lawak apekah ini. Siap nk kenal dengan hubby. katanya kene tengok bapak dia pulak, mak dia dah ok katanye, klu bapak dia ok mesti anak dia pun ok. hahahaha... mcm2, sempat lagik dia buat lawak tengah2 hari buta ni. Kak diba ni cikgu kt Sekolah Menengah di Kota Warisan. Padanlah banyak no idea dia nk bersembang, cikgu la katakan. hihihihi...

Jam dah sekitar 1230 pm aku dah letih nk lepak & nk gelak ni, sat g hubby sampai nk keluar makan pulak. So slow2la aku mintak diri. Nuha pulak masih duk seronok nak main kejar2 dalam air dengan "Abg Amin" bunyi suara dia je duk menjerit "Abg... abg... abg... " amboi...amboii seronok betul budak kecik ni, dah macam abg ko yea. adeehhh... pening kepala ibu ni nak oiii.

Sebelum nk beransur naik kebilik, kak diba mintak no HP aku. katanya nnt senang nk contact. Kononnya nk bersilaturrahim gitu. Aku kasi jeklaa... Sebelum lunch tu tiba2 aku perasan ada Group Whatsapp baru. Rupenya2 kak Diba buat whatsapp Group Geng Hotel The Light. Lagi satu hal aku nk pecah perut. Aduyaiiii dah la sikit punya banyak whatsapp Group, tambah pulak lagi satu group entah ape2, sabooo jelaa, hubby dah gelak menyindir kt aku. Nnt jumpe kt shopping mall buatla group whatsapp Shopping Mall pulak katanya. Macam2 org zaman sekarang. Itupun nk buat whatsapp group, mmg lawak tahap cipan.

Bila dikenang-kenang pun seronok jugak, boleh buat aku tergelak sendiri. Macam-macam ragam manusia ni. yang penting kita bahagia dengan ape yg kita lakukan & tidak menyusahkan org lain. Peace No War !


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan