Ahad, 16 Disember 2012

China Holiday ~ Part 13 : Dari Shenzen Ke Guangzhou


Dah berminggu-minggu aku xsambung kisah perjalanan aku ke China. Maafla kepada kengkawan yg tertunggu-tunggu sambungan yg berpart-part ni.. ehehe... Nk sambung cite dari mana pun da lupe. xpelaa aku citer jelaa mana yg aku rase aku ingat yea. Klu nk tau lebey details nnt leh emel aku, klu aku berkesempatan aku akan reply ye.


Kali ni aku nk storey  perjalanan kitorang balik ke Guangzhou setelah menghabiskan masa selama 3 hari di Shenzen. Transport ke Guangzhou adalah keretapi laju atau dikenali dgn singkatan CRH. Harga tiket 100 Yuan sama je masa kitorang dtg haritu. Antara Kisah paling bengang semasa di stesen keretapi ialah "Terlepas Train" alasan-nya kitorang xdengar pengumuman yg dibuat. Maklumlah diorang cakap dlm bahasa China, manala aku nk faham, yg last skali baru diorang translate dlm bahasa Omputih. Itupun masa dah suntuk, sume org dah naik train, gate utk ke platform da closed. Uh mau xmenggelabah, gile arr.. dahla barang banyak, xkan nk kene beli tiket train baru kot. Giloosss.. 100 RMB tu. mmg xpatut. Panasss je rase, kepala pun berbulu je. huhuhu.. Nasib baik ade sorang amoi yg pandai speaking, so dia tolong selesaikan masalah kitorang dgn pegawai yg bertugas. Alhamdulillah xpayah beli tiket baru. Cumenye kitorang terpaksa berpindah-pindah seat semasa dlm train. Maklumlah naik secara haram. For ur info seat no telah ditentukan, so klu naik haram ni mmg amik tempat penumpang lain-la, so bersedia untuk jadi nomad yea, nk jimat punye pasal, nomad pun nomad laa.. ehehe haram pada urusan manusia xpe, jgn haram dlm urusan agama. Isskk nauzubillah...

Mmg betul pun after naik train sepanjang perjalanan nk sampai ke Guangzhou tu ade 3,4 kali jugakla beralih tempat. Hmmm dugaan betoiilaa.. after 1 jam 50 minit kitorang selamat sampai ke Guangzhou. adeehhh perkara paling nazak adalah nk mengangkat barang2 dr dlm train utk di bawa keluar nk ke Hotel, Nasib baik aku dah pilih lokasi hotel yg dekat dgn train station, klu x, mmg masak gakla nk mengusung brg2. Mmg cukup menguji kesabaran. Itula antara dugaan bercuti cara backpack ni.



Hotel penginapan kami kali ni adalah di Jianguo Hotel, Lokasi mmg betul2 bersebelahan dgn Guangzhou Railway Station (Guanjou Hou-che-chan). Aku mmg rekemen hotel ni kepada yg berjalan secara backpack, Ini kerana public transport hanya beberapa langkah dr Hotel. Bilik pun ok & service is Good. Harga pun oklaa.




Ok kami dah selamat kembali ke Guangzhou. Bezanya kali ni kitorang berada di Guangzhou bahagian new town. Sebelum ni kitorang berada di bahagian Guangzhou old town. Pembangunan mmg pesat gile, kiri kanan bersepah skyscarppers, dah macam jakun plak aku ni. huhuhu.. yg paling teruja bile meretasi jambatan yg memisahkan new town & old town, mmg jelas nampak perbezaannya. Ala2 KLCC view dgn Kampung baru punye area. Tp lagi gah pembangunan-nya berbanding di Kuala Lumpur.

Hari-hari terakhir ni, aku mmg dah plan nk shopping brg2 yg xsempat aku beli haritu. Perjalanan ke pusat membeli belah adalah menggunakan Metro. Alhamdulillah semua-nya amat teratur seperti yg di rancang. Cumenya masa hari last tu ade masalah skit. Huh mmg betul2 menguji kesabaran toiii... adeehh xpela nnt aku cite pada entry seterusnya yea. Entry last untuk percutian rambang aku ni.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan