Selasa, 25 Februari 2014

My Home :: Pasang Auto Gate JackPro

Cadangan untuk memasang autogate ni mmg sudah lama di buat. Walaubagaimanapun ianya hanya siap di pasang pada hujung minggu lepas. Mulanya kitorang fikir nak tukar pagar dulu baru pasang autogate. Tapi bila fikir balik, macam membazir duit plak nk tukar pagar, coz pagar yang sedia ada masih ok. So hubby cadangkan untuk tambahkan saja sebatang besi kt bahagian bawah pagar supaya kucing or anjing xboleh menyorok untuk masuk ke dalam rumah.

 
Sticker original dari Jackpro.
 
Autogate Jackpro Heavy Duty jenis kunci menjadi pilihan. Warranty selama 3 tahun. Untuk Arm Alan key lebih murah berbanding arm kunci, beza dalam RM150 ke RM200 camtu. Kebaikan jenis arm kunci ini ialah apabila motor rosak senang skitla nk bukak. Klu alan key kene banyak kali pusing baru boleh bukak. Itu je la beza dia. Kebanyakkan installer kasi warranty setahun or setahun setengah je. Tapi beli direct dengan HQ dia di Bandar Puchong Jaya tu, Warranty akan di beri selama 3 tahun. incase la motor rosak ke, arm xberfungsi ke, so xperlu risau dalam tempoh 3 tahun tu. barang dapat tukar free je.

 
2 org installer dari Jackpro yang datang untuk pemasangan autogate. Sangat cepat buat kerja. Nampakla Pro buat kerja cume yang aku xberapa suka coz diorang ni buang plastic berteraburan. Bukan reti nk pungut balik segala sampah2 yg diorang buat sepah tu, main tinggal je. Huh...
 
 
Berkenaan dengan harga pula ada banyak jenis & banyak harga bermula dari yang basic RM1100 hingga RM1400. Untuk jenis arm kunci + auto close after 3 minit + alarm + heavy duty + 4 channel kunci + keypad auto lock harga bermula dari RM1600 - RM2200. Sendiri tengok, fikirkan kesesuaian & kemudian boleh decide mana satu nak beli.


Yang bulat putih kat bahagian atas tu menunjukkan bahawa Arm ini menggunakan kunci. Klu xde tu makna-nya arm pakai alan-key shj di bahagian hujung.

 
IC yang di gunakan oleh Jackpro.


Pilihan function yang kitorang pilih adalah heavy duty + arm kunci & alarm shj. Auto close + Keypad auto lock tu kitorang xnakla. So harga yang di berikan ialah RM1600.

Sekiranya korang beli dengan installer luar, harga mungkin sedikit murah, tapi warranty yang di berikan cuma setahun shj. Lagi satu barang yang di berikan juga lain. Sebelum tu aku ada bace melalui forum mengenai supplier utk Jackpro ni tp bile aku call & Tanya spec mmg ternyata banyak spec yang di kurangkan. Warranty yang di beri cuma 1 tahun atau paling lama setahun setengah. My advise better amik dengan HQ je. Warranty 3 tahun, siap ade surat hitam putih lg. Klu rosak ke ape senang nk cari, xperlu risau samada nk lari ke or tukar no HP bagai. Barang2 camni nk pakai lama & kemungkinan untuk motor rosak kene kilat dalam tempoh 2 tahun tu adalah sangat tinggi. So jaminan yg lebih panjang tu mmg sangat berbaloi.

 
Rupa Arm dari luar adalah sama tapi tiada sticker Jackpro & juga component dalaman yang di pakai jugak tidak di ketahui mungkin telah di tukar bagi tujuan mendapatkan keuntungan lebih. Macam HP original dengan AP Set. Dari luar Nampak sama tapi kualiti lain2. 

 
Kunci hanya 2 Channel, sedangkan ini adalah set Heavy Duty. Bukan Basic. Klu set basic mmg pakai 2 Channel shj untuk yang Heavy Duty sepatutnya 4 Channel seperti gambar di bawah.
 
 
Contoh kunci original (4 Channel) yang di beri oleh JackPro. Tapi yang di offer oleh installer luar hanya 2 channel. Meaning that untuk 2 channel hanya boleh bukak & tutup gate shj.
 
Tujuan utama pasang autogate ni adalah kerana mood malas nak turun bukak & tutup pagar semakin menjadi-jadi. Lagi satu malas nk kunci pagar once tinggal rumah after pergi kerje or jalan2. Maka dengan adanya autogate ni gate dengan sendirinya dah berkunci. So org luar xkan sembarangan boleh access ke dalam kawasan rumah.
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan autogate bolehla cuba tengok brand ni. Local product, kilang ada kt puchong & cawangan ada kt setiap negeri. Sudah beroperasi lebih 18 tahun.
 
Alamat kedai :
Jackpro Master Sdn. Bhd, No 8 Jalan Helang 15, Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor. Miss Fong : 03-80758468

1 ulasan:

  1. Sama macam auto gate saya. Baru pakai setahun tp selalu auto gate terbuka sendiri. Lepas tu pergerakan auto gate tak laju macam mula2 pasang.

    Siap ada bunyi krik krik krik pada arm auto gate.

    Saya minta Fata Bestari Holding pasang, dah report tp senyap sampai sekarang. Servis teruk dari mereka.

    Dah berbulan tp tak ada update status langsung.

    Ingat nak tukar autogate yg lebih berkualiti

    BalasPadam