Dalam kesibukan melakukan pelbagai urusan hidup kadang2 kite terlupa meluangkan sedikit masa untuk kembali kepada Tuhan (ALLAH swt). Memang tidak dapat di nafikan kesibukan dunia sentiasa menghimpit kita. Sibuk dengan berbagai perkara yang entah ape2. Doaku moga2 kesibukan mengurus rumah tangga & mendidik anak juga di kira sebagai sebahagian dr ibadah yg mulia di sisi Allah.
Keputusan untuk menunaikan ibadah umrah & ziarah kali ini telah di rancang seawal Oktober 2015. Walaupun dalam hati ni klu boleh sebulan sekali nk pergi umrah, Itu pun klu ada org nk "payung". Perjalanan umrah ni kelihatan sama saja seperti jalan2 ke tempat lain, tetapi bukan semudah itu. Banyak persediaan rohani & jasmani diperlukan untuk melaksanakan ibadah. Kite mengadakan perjalanan ini kerana Allah & Rasulullah. Emosi mesti dijaga dengan baik, sifat2 mazmumah seboleh2nya dapat dibuang jauh dari dalam diri, Sabar itu perkara utama, walau mudah untuk dilafazkan tapi teramatlah sukar untuk di praktikkan. Ada orang kata "Bila nak pergi UMRAH baru sibuk nk buat baik" tapi pada aku, tidak salah jika kite jadikan perjalanan menuju Tuhan itu sebagai salah satu "turning point" untuk kite berubah ke arah yg lebih baik. Kalau selama ni mulut agak jahat, solat pun dekat nk habis waktu, baca alquran sebulan sekali. Mudah2n dengan asbab untuk ke Rumah Allah kite cuba mengubah & buat yang terbaik untuk diri kita. Bukan bile nk pergi umrah je baru nk berubah, tapi selalunya manusia ni perlukan sesuatu anjakan untuk berubah, sebab itulah bile dah tau diri tu nk jadi Tetamu Allah, ubahlah yg buruk & kurang baik tu supaya jadi lebih baik & sempurna. Klu Yg Dipertuan Agong jemput kite untuk ke Istana Baginda pun bukan main kite prepair baju yg cantik2, klu yg gemuk tu, siap bersenam kasi kurus elok, belajar bahasa istana & sebagainya. Bangga sangat dah rasa diri tu. Ini kite nk pergi ke Rumah Allah, Allah da jemput kite untuk jadi Tetamu dia, patut ke kite perlekehkan jemputan Raja sekelian Alam tu ? Allahuakhbar fikir2kanlah. Mudah2n Allah merahmati.
Rancangan untuk melaksanakan ibadah Umrah ni bermula seawal oktober 2015. Memandangkan Harapan Umrah Ramadhan 2014 tidak kesampaian. Pada mulanya my hubby nk pergi bersama travel agent (Andalusia/Rayhar) survey punye survey harga agak mahal sekitar RM8800/pax - RM11500/pax untuk 12H10M sahaja. Harga ini adalah untuk bilik berdua & hotel sekitar 50m -100m dr masjidil haram. Oleh itu kami sekali lagi mengambil risiko seperti tahun 2014 untuk pergi menunaikan umrah secara sendiri tanpa menggunakan travel agent. Walaupun pada tahun 2014 yang lalu kami telah mengalami masalah Visa Umrah tidak diluluskan, kerana ketika tu bulan Ramadhan, terlalu ramai org ke sana, so Visa agak terhad. Dengan itu duit penerbangan & juga penginapan hangus lebih 65%. kerana pembatalan pada saat2 akhir. Apekan daya, semuanya kehendak Allah, kite hanya mampu merancang. Walaubagaimana pun kali ni kami telah membuat perancangan yg lebih teliti ala-ala Play save gitu. Mudah2n tiada sebarang masalah yg timbul.
Sebagai panduan untuk kawan2 yg ingin menunaikan umrah tanpa agent bolehlah melakukan carian penginapan di agoda.com. atau booking.com ataupun terus sahaja menempah bilik direct dari hotel2 di sana. Harga yg diwarkan adalah berbeza2, maka korang perlu pandai membuat sedikit perbandingan, nak harga murah kene buat kerja lebih sikit. Bagi mengelakkan kerugian aku nasihatkan sila tempah bilik yang ada notis "FREE CANCELLATION" sehingga tarikh 2hari atau 3 hari dari tarikh kite nak menginap di sana. At least klu terjadi ape2 perkara yg tidak dijangka maka tidaklah hangus duit penginapan tu. Dari segi harga mmgla sedikit mahal berbanding bilik yg terus dibayar tetapi risiko tinggi sebab tak blh cancle or tunda tarikh. Jadi terpulanglah pada diri masing2.
Tiket penerbangan pula bolehlah di buat melalui carian di google menggunakan aplikasi "Google Flight" kt situ ada perbandingan harga tiket penerbangan mana yg lebih murah, aku sarankan better amik flight Saudi je. Tidak banyak rules & regulation yg pelik2. Dulu kami menampah tiket penerbangan Emirate tetapi apabila ke kaunter urusan Emirate untuk buat cancellation barulah aku tau yg tiket penerbangan KL - Medinah itu tidak valid untuk Visa Umrah. Nasib baik kami tak jadi pergi masa tu, klu tak mengikut maklumat dari kaunter Emirate tu, kami mungkin akan di tahan masa kt airport KLIA atau Airport Madinah, than kene tambah another 3000 myr - 4000myr per pax. Tak ke naya tu. So ade hikmah jugak Visa Umrah kami tidak diluluskan masa tu. Allah itu sebaik2 yg merancang. Walaupun tidak dapat menunaikan umrah masa tu, tapi niat dan usaha tu dah ade. Mudah2n Allah mengira segala kerugian & susah payah kami itu sama seperti pahala melakukan Ibadah Umrah di bulan Ramadhan. Ameen
Ok berkenaan visa umrah pula, korang boleh dapatkan khidmat UMH Travel . Cas di kenakan untuk buat visa RM350/pax. Travel agent lain tak layan klu kite nk visa umrah sahaja. No telefon office UMH travel 03-4022 4444. Visa akan di proses dalam tempoh 3 minggu sebelum date penerbangan ke sana. Antara dokumen yang diperlukan ialah Passport, Gambar 2 keping. Saiz gambar utk Visa umrah lebih besar. Surat nikah & sijil lahir anak (jika bawak anak) yang mesti di sahkan oleh jabatan pendaftaran (Sijil lahir), Pejabat agama islam ( Sijil nikah) & kedua-dua dokument itu mesti di sahkan oleh Wisma Putra di Putrajaya. Selain itu, salinan tiket penerbangan & juga hotel penginapan perlu di sertakan sebagai bukti kita dah beli return flight & juga ada tempat untuk tinggal selama di sana. Ramai sangat yang masuk mekah & madinah lepas tu over stay. Sebab tu Visa payah nk dapat skrg.
Seterusnya untuk urusan semasa di Madinah & Mekah tu rasanya tak ade yang rumit sangat coz teksi banyak kt sana dan makanan pun mudah. So tidak ada masalah yg besar sangat untuk hal2 seperti itu, apepun moga Allah memudahkan segala urusan. Penerbangan kami terus ke Madinah dr KLIA kemudian balik melalui Jeddah ke KL. Kami decide untuk stay lebih kurang 14D13N. Di Madinah kami duduk 5D4N dan selebihnya di Mekah. Total kos untuk flight tiket & juga Hotel penginapan bagi kami 3 beranak adalah sekitar RM17,500. Ini tidak termasuk makan tengah hari, malam & kos pengangkutan. Aku anggarkan untuk kos pengangkutan sekitar RM1000. Untuk makan pula kami bajet RM150/3pax per day. So kos Umrah kami 3 beranak sekitar RM21,000. Sebenarnya kos ni mungkin boleh dikurangkan lagi jika korang pilih hotel penginapan yang lebih murah. Kami decide untuk pilih hotel yg paling dekat dengan masjid supaya memudahkan kami pergi & balik dengan anak kecil. Walaubagaimanapun kos tersebut jauh lebih murah berbanding menggunakan travel agent, save dekat 10K dan dapat extra day lagi lagi 3 malam di Mekah.
Sekarang kami hanya tunggu Visa approve sahaja. mengikut staf UMH Travel yg baru aku contact semalam, katanya tiada ape2 masalah, InsyaAllah minggu depan dapatlah visa kami. Alhamdulillah syukur.
Untuk kelengkapan pakaian pula, biasa2 saja. Jubah & pakaian solat semua dah ade. Tinggal nk built up stamina & juga menghafal beberapa kerat bacaan doa & pantang larang umrah. Menunaikan Ibadah umrah tidaklah serumit IbadahHaji. Niat untuk Umrah ni adalah memaksimumkan jumlah ibadah & solat di Masjid selama berada di sana, bukan ade tujuan lain, semata2 kerana Allah. Dengan cuaca yang agak panas sekitar 40 - 45 darjah celcius aku berdoa mudah2n kesihatan kami sekeluarga berada pada tahap yg baik & Nuha Safiya dapat adapt dengan keadaan persekitaran & suhu panas di sana nnt. Doakan kami selamat pergi & pulang serta dimudahkan segala urusan kami di sana. Allahumma aamin.
Kami akan ke sana pada pertengahan April ni, hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kami berangkat dan ini adalah umrah kali ke 2 aku setelah melakukan umrah &ziarah pada 12 tahun yang lalu bersama my beloved cik ngah.(alfatihah untuk arwah cik ngah yg telah kembali pada tahun 2008, sebulan sebelum majlis akad nikah aku berlangsung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan