Jumaat, 27 Mei 2016

Bermain di Lego Store IOI Mall Putrajaya



  
Setiap kali ke IOI Mall Putrajaya Nuha pasti akan berlari2 ke Butik Lego yg berada di aras 4. Bila kami nak pergi solat maka sibuklah dia nak  pergi main kat Lego tu. Walaupun dah 10 kali pergi, masih lagi dia nak pergi kat situ, bertabah sajalah. Memang budak2 ni suka main benda2 yang disusun. Walhal Lego yg sama sudah berlambak kat rumah, sampai tak cukup tempat nak simpan. Bersepah merata tempat. Hmm itulah namanya budak kecik. 



Last week kebetulan sepupu Nuha dari Terengganu datang bertandang ke rumah. Maka kami bawaklah budak cinonet 2, 3 org tu jalan2 di IOI Mall Putrajaya. Asalnya nak bawak pergi main ice skitting tapi bile tengok kos yg agak mahal maka kami tukar plan. Lagipun dah lewat petang, bayar mahal2 pastu sekejap je dapat main. Maka kami bawak budak2 tu pusing IOI Mall & naik keretapi kat atas tu. Kemudian si kecik Nuha sibuk nak bawak diorang ke Butik Lego pulak. Itu jelah yg dia tahu. Hmm Ikut sajelah.




Abi & si budak kecik Syakir yang tak reti nak duduk diam. aiishhh mamai nak jaga budak sorang ni



 Nuha & her cousin Mek Ana. Dah besar da pun budak kecik ni. Sekejap bestfriend sekejap seteru. 



Babai... kakak pergi jalan dulu... 
hihihihi dia ingat keretapi tu jalan jauh sangat ler tu 😅


Lepas dah puas main, semua dah cakap lapar  nak makan la pulak, maka kami bawak diorang pergi makan KFC. Itupun Nuha Safiya punya cadangan. Asal makan kat luar jek, nk pergi KFC, xpelah memandangkan ramai yang sokong idea si kecik ni maka ibu ikut jeklaa. Habis makan & main lari pusing keliling KFC tu, maka kitorang pun balik. That all untuk aktiviti sepetang di IOI Mall Putrajaya. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan