Sabtu, 30 Julai 2016

Special Celebrating For Our 8th Wedding Anniversary !

Kaki rasa dah gatal nak berjalan pulak nii...


: >



: >



: >

 


Ada org kata aku ni asyik berjalan saja. Memang aku suke berjalan, sebab hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Selagi ade kudrat dan sedikit kemampuan aku lebih senang untuk menikmati keajaiban alam semesta. Mencari diri pada setiap tempat yang aku singgah & mencari erti seorang hamba Tuhan. Melihat kebesaran ciptaan-NYA menjadikan aku seorang manusia yg tau harga diri.   


Sebenarnya plan untuk travel kali ni telah lama di fikirkan oleh kami berdua, cume dari segi kemampuan kewangan juga agak terbatas. Bila org tengok kita asyik upload gambar berjalan situ sini, maka ramai yg beranggapan kita ni mempunyai lebihan wang atau dengan kata lain "berduit" mungkin ye bagi sesetengah pihak. Tapi bagi kami, asal ada kami on saje, tak perlu nk tunggu kaya raya baru nk keluar melihat dunia. Kepada kawan2 yg ada cita-cita untuk travel tu, rajin-rajinlah survey tiket penerbangan murah & bacalah setiap pengalaman traveller yg pernah menjelajah ke segala ceruk rantau. Kerana dari situ kita akan dapat sedikit idea bagaimana untuk merangka perjalanan kita dengan bajet yg terhad & menyeronok-kan. Buatlah satu tabung ayam untuk Jalan-Jalan. Jangan pulak korang sapu bajet yang nak bayar hutang bank bulan-bulan tu. Rancang perbelanjaan anda dengan berhemat.   

Okeh sambung cerita balik... Hobi aku sejak dari kecil adalah berjalan ke mana-mana saja. Aku selalu berimpian untuk ke luar negara melihat dunia luar yg sering diceritakan org. Jadi dari situ, aku memasang niat untuk menjejakkan kaki ke setiap negara Omputeh yang selalu dipaparkan keindahan alam-nya melalui rancangan TV & juga majalah-majalah. Tabung kembara adalah salah satu account yg aku wujudkan semata-mata bertujuan untuk memenuhi impian pengembaraan-ku untuk mengenali Dunia. Pedulikan apa org nk kata. Asal cukup bajet seadanya aku akan memulakan perjalanan. Berapa banyak bajet ? itu terpulang pada diri masing2lah, aku bukan kaki "shopaholic" yang asyik memburu butik-butik mahal di setiap negara yang disinggah. 

Aku hanya berjalan mengikut langkah, kadang2 aku pun tak tahu kemana aku nak tuju, tapi yang pasti di setiap ceruk jalan itu aku dapat mengenali budaya sesebuah negara & melihat cara hidup mereka dengan lebih real. Aku lebih puas jika dapat melalui lorong2 yang memaparkan kehidupan sebenar sesebuah tempat yang aku lewati. Dari situ aku belajar sesuatu tentang erti hidup dan aku semakin bersyukur dengan ape yang Tuhan kurniakan kepada-ku. Aku adalah seorang pengembara !

Berkenaan trip pengembaraan kami pada kali ini, sebenarnya tidaklah dirancang. Pada mulanya aku hanya bergurau dengan hubby untuk bercuti ke negara sekian & sekian setelah membaca kisah pengembaraan seorang blogger yang mengembara ke seluruh dunia selama 333 hari. Tapi aku bukan nk travel selama tu. Siapa pulak nak tolong bayar Rumah & segala hutang bank aku tu. Tapi kalau ada yang berhati mulia nak kasi tu, nanti boleh Inbox aku yea, jangan segan-segan aku terima dengan hati terbuka.. . :))

Setelah melihat hubby sedikit berminat & menyambut baik tentang cerita yang cuba aku sampaikan kepadanya maka aku pun mulalah membuat sedikit summary perjalanan ke situ & ke sini. Seperti korang sedia maklum kami berdua ni memang kaki gamble. Memang ada-ada saja plan yg entah ape2. Asal boleh jek kami terjah. My hubby is My bestfriend. Walaupun kekadang, sesekali gaduh tu tak ingat dunia ... hihihii... (Dunia jekla tak ingat, akhirat ingat lagi ..hihihi..)



Pengembaraan kami kali ini adalah untuk meraikan Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 8. Sudah agak lama rupanya kami hidup bersama, sedar tak sedar sudah 8 tahun. Di awalnya penuh dengan cabaran tapi di pertengahan usia kini hidup semakin baik & terasa indahnya hidup bersyariat. Mungkin kerana kematangan fikiran sudah mula bercambah & pengalaman selama bermusafir berdua banyak mengajar kami saling berganding bahu dalam menyelesaikan setiap permasalahan yg timbul. Itulah penting-nya pasangan yang muda2 tu keluar mengembara, bukan melancong tapi mengembara. Melancong ni selalunya bila duit korang dah tak habis than lepak kt shopping complex & butik ternama. Kalau camtu tak dinamakan mengembara ! 

Seorang cendikiawan pernah berkata "Untuk kamu mengenali seseorang maka bermusafirlah bersama mereka" Kerana selama bermusafir itu banyak rona & rintangan yang akan tiba. Dari situlah kita akan kenal apakah perwatakan sebenar pasangan kita tu. Kerana ketika bermusafir ia amat menuntut 1001 kesabaran hati & sifat kebersamaan yang tinggi. 

Melancong adalah perkataan yg sesuai untuk org yg ingin berjalan dengan gaya mewah & bershopping di merata tempat serta tinggal di Hotel2 mewah tanpa merasai kehidupan masyarakat setempat yg sebenar. Tetapi Mengembara lebih kepada mengenali alam, mencari makna sebuah kehidupan, mengenali budaya & kehidupan masyarakat setempat dengan lebih dekat. Itulah manisnya sebuah pengembaraan yg jarang2 dinikmati oleh mereka yg hanya datang untuk melancong.

Walaupun segala rancangan telah kami atur dengan sebaik mungkin, tapi kita hanya merancang, segalanya hanya Allah-lah yang menentukan & ketentuan Allah itu adalah yg paling terbaik untuk kita. Apepun aku sgt berharap agar semua rancangan kami kali ini akan berjalan lancar & di rahmati seperti mana perancangan UMRAH tanpa agent kami yg lalu. 

Segalanya kami serahkan kepada Yang Maha Merencana. Masih banyak perkara yg belum selesai & memerlukan penelitian rapi, baik dari segi penginapan & local transport. Paling utama adalah perbelanjaan semasa di sana. Selain itu, Travel Insurance juga antara perkara penting untuk difikirkan & dimasukkan ke dalam bajet, kerana malang tidak berbau. Insurance company yg menyediakan khidmat untuk travel antaranya adalah Alliance & juga Etiqa. Selalu kami menggunakan khidmat Alliance insurance. 



Merangka Itinerary perjalanan bukanlah semudah yg difikirkan, banyak faktor yg perlu di ambil kira contohnya dari mana ingin bermula & berakhir di mana. Main Route adalah perkara terpenting sebelum membuat tempahan penginapan. Setelah memperolehi "Route" yg sesuai maka tugas seterusnya adalah membuat tempahan penginapan & barulah difikirkan best location to stay, Local transportation, currency rate, Entrance Fee, Place to visit  & Halal Food. 

Perngambaraan kali ni lebih kepada menikmati alam & menyingkap sejarah Tamaddun Islam yg Agung. Sekiranya di izinkan kami bercadang untuk begpack bagi memudahkan pergerakan, walaubagaimanapun beg beroda wajib kene bawak juga. Aku mana larat nk kendong beg besar gabak atas belakang, setakat beg kecik tu bolehlah lagi. Sejak di diagnos mengidap slip disc L4 & L5 ni, aku memang kurangkan aktiviti berat. Jadi kita buat setakat yg mampu ajelah. Ade rezeki lain kali kita terjah lagik. mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan  ameen !
 
Oklah jumpe lagi  untuk updating all the itinerary pengembaraan & keperluan barang2. See You Soon.... 
Babai...




 

Rabu, 20 Julai 2016

Malam 1 Syawal :: Eratkan Silaturrahim


Bergema suara takbir di angkasa...
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa...



         :.(


        :.(


        :.(



Kemeriahan itu bukan pada fizikalnya, tetapi pada jiwa, pada hati yang semakin redha atas segala ketentuan-nya.  Arwah abi telah pergi setahun yang lalu, hubungan antara aku dengan ibu tiri semakin rapat. Aku semakin mengenali dia dengan lebih dekat. Itupun kerana aku memegang pada kata2 abi "Buat baiklah dengan umi(ibu tiri), Dia tu baik, jangan duk sangka buruk ke dia" kerana pesan itu, kerana janji itu aku paksakan diriku untuk berbuat baik dengan-nya, aku lebih mesra memanggilnya "Mokde". Dan alhamdulillah hari demi hari aku sedar, dia juga seorang insan yang baik & inginkan perhatian anak-anak.   

Pada hari terakhir puasa, Opah telah menelefon aku supaya datang berbuka di rumah Maksu. Ayah Su juga menelefon aku memberitahu perkara yang sama, supaya datang berbuka di rumah-nya. Alhamdulillah ramai insan yang masih ingat & sayang kepada-ku. Petang itu aku bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Dungun sekitar jam 1 ptg. Selepas Check out dari Felda Reseidence kami terus ke beberapa rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan ke Dungun kami sempat singgah ke rumah Moknik Rah (kakak arwah abi) & juga ke rumah Ayah De (abg ipar abi iaitu suami kepada arwah Cikde Dah). Lama juga aku di rumah mereka. Duduk bersembang bermacam2 perkara. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing2 dengan urusan hidup sendiri. Tetapi pada raya kali ini aku nekad untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim yang telah hampir hilang dari ingatan. Dulu, arwah umi selalu membawa aku ke rumah saudara mara ketika aku masih kecil hinggalah aku dewasa. Jadi aku sedikit rapat dengan mereka berbanding adik beradik yang lain. Walaupun sudah lama tidak bersua, hubungan & kemesraan itu masih terasa kuatnya. Kerana aku antara sepupu2 mereka yang masih muda. Kerana arwah abi adalah adik yang paling Bongsu. 


Pada petang terakhir Ramadhan itu, kami terus ke Bandar Dungun untuk Check in bilik di sebuah Chalet Ulek Beach Resort di tepi Pantai Sura. Ini kali pertama aku tinggal hotel ketika pulang beraya di kampung halaman-ku sendiri. Bukan kerana sombong tetapi kerana bilik aku telah dihuni oleh sepupu yang juga pulang ke kampung untuk beraya. Mungkin mereka ingat aku tidak balik beraya seperti tahun2 yang sudah. Memang rancangan awal, kami ingin menginap di Hotel sekitar pantai Sura itu sahaja, lebih mudah & paling penting tidak menyusahkan sesiapa.



Suasana di dalam kawasan Ulek Beach Resort Dungun
  



Sementara menunggu staf chalet yang tiada kerana ke Bazar Ramadhan, maka kami lepak seketika di tepi pantai Sura.



Yes dah boleh Check in. hampir 40 minit juga menunggu. Bimbang juga jika Opah angin satu badan kerana kami lambat tiba. hmm redha sahajalah..


Bertemu dengan sanak saudara membuatkan emosi-ku semakin baik, perasaan rindu terhadap arwah umi & abi yang telah tiada, seolah2 terubat dengan menziarah kaum keluarga. Ada hikmah tersembungi dengan menyambung silaturrahim ini. Dan aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa pada jiwa & emosi-ku. Sesuatu yang jarang2 aku rasakan. Sesungguhnya DIA maha mengetahui.
 


 Di depan pintu Chalet kami MN10



Setelah check In bilik di Chalet itu kami terus ke rumah Maksu. Opah telah beberapa kali menelefon bertanya bila hendak sampai. Walaupun kadang2 pertanyaan yang kerap kali itu agak merimaskan, tetapi layankan sahajalah, memang ragam orang tua begitu. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 
 
Meriah-nya dapat berbuka bersama saudara mara. Tambah meriah lagi bile Opah pun ada sekali. Walaupun kata2 Opah agak menusuk kalbu bila mendengarnya tapi aku tau dia tidak berniat begitu. Mungkin kerana aku sudah di anggap seperti anak-nya sendiri membuatkan batas bicaranya agak keras seperti seorang ibu menegur tanpa berlapik bahasa. Walaupun begitu, emosi-ku sedikit terganggu, mungkin terkesan dengan kata2 Opah sebentar tadi. Aku hanya diam selama duduk di dapur. Aku tau maksu perasan tentang emosiku yg sedikit terguris. Tapi mereka hanya buat2 seolah-olah tiada ape2. Ketika berbuka opah beberapa kali menyuruh aku makan lauk kegemaran-ku gulai ikan merah. Suruh aku rasa itu & ini. Mungkin dia terasa bersalah kerana begitu pedas melemparkan kata2 petang tadi membuatkan anak saudara-nya ini tersinggung & terus diam membisu beberapa ketika. 

Kadang2 sikap aku tidak ubah seperti anak2 kecil yang masih dalam dodoian ibu. Agak sensitif tetapi berpura-pura tiada apa2. Malam itu setelah berbuka, Opah memanggilku ke biliknya. Sementara hubby & juga yang lain ke Masjid untuk solat berjemaah & bertakbir raya. Nuha & budak2 kecil yang lain sibuk berlari ke Hulu ke Hilir menggamatkan rumah Tok Su yang tidak sebesar mana. 


Sambutan Birthday Ashman di rumah Toksu pada malam raya memeriahkan lagi suasana raya. Seronok tengok anak2 yang masih kecil menyambut raya... 

 Amatlah bersyukur kerana aku masih punyai ibu saudara yang begitu mengambil berat & menyayangi aku, kerana dia, aku sedikit kuat untuk melalui hidup ini. Opah menggantikan arwah umi untuk ibu & tokmi untuk Nuha. Hidup dengan menumpang sedikit kasih saudara-mara. Doa-ku Moga mereka sentiasa di Rahmati Allah dunia & akhirat.

Kedengaran Takbir raya memenuhi ruangan agkasa. Dentuman mercun di sana sini. Itulah suasana kampung yang sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka yang telah pergi. Selepas semua balik dari masjid, kami berkumpul sekeluarga bersembang kosong tentang pelbagai isu semasa. Maksu & anak2 dara yang lain sibuk menyiapkan kuah sate & juga merebus daging untuk gulai nasi minyak di pagi Hari Raya esok hari. Sekitar jam 12 malam, kami meminta diri untuk pulang ke bilik. Ayah Su beberapa kali mempelawa kami untuk tidur sahaja di rumahnya, memandangkan pakaian & segala beg telah ade di Chalet. Mungkin lain kali sahajalah kami menumpang tidur.

Assalamualaikum semua. 
Jumpa lagik besok di pagi Hari Raya Aidilfitri...
 
 








Selasa, 19 Julai 2016

Akhir Ramadhan :: Masjid Puteh @ Masjid Raja Kuala Terengganu

Banyak negeri yang kami lewati sepanjang Ramadhan kali ni. Dari Kuala Lumpur hingga ke Utara & seterusnya ke Pantai Timur Tanahair. Menjejak tapak2 kenangan, mencari erti sebuah kehidupan di bumi Tuhan. Walaupun hidangan berbuka kami tidaklah selalunya enak2 belaka, ada kalanya kami terbeli makanan yang teruk sekali rasanya. Jika di bulan Ramadhan pun masih hendak menipu & tidak jujur, bagaimana pula sikap mereka ketika di luar Ramadhan. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka menjadi umat yang lebih baik. 

Meraikan Ramadhan kali ini aku merasa sungguh bahagia sekali, seperti aku menyambut Ramadhan ketika arwah umi & abi masih ada. Hinggakan aku terlupa segala cerita duka yg melanda. Allahuakhbar aku rindu untuk bertemu Ramadhan lagi. Moga di izinkan Allah & di panjangkan usia dalam ketaatan & kerendahan hati.

Pada malam terakhir Ramadhan kami sekeluarga bermalam di Felda Residence Kuala Terengganu. Lebih selesa & mudah untuk kami bergerak menziarahi sanak saudara yg berada di sekitar Kuala Terengganu. Bertemu kaum keluarga yang sudah bertahun tidak berjumpa. Menziarahi mereka yang masih sakit & sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun umi & abi telah tiada.
 


Pandangan luar dari Felda Residence Hotel


Saujana mata memandang nun jauh Jambatan Pulau Duyung...


Pada malam itu kami menunaikan solat terawih yg ke 30 di Masjid Negeri atau lebih di kenali sebagai Masjid Puteh. Lokasi bersebelahan dengan Stesen bas Kuala Terengganu. Kebetulan lalu di situ, teringat pula melalui zaman persekolahan Menengah di SMK(A)DG Marang. Setiap bulan aku akan menunggu bas untuk balik ke Dungun. Sambil tunggu bas tu sempat lagi berdating. hihihihi... zaman remaja lah katakan. tetapi dating secara berhemah yea, xde duduk rapat or pegang2 tangan bagai HARAM ! dating cara budak sekolah agama gitu. Yerla dengan tudung labuh segala tak ke gile nk dating pegang2, oh tidak !!! Terserempak dengan budak2 senior or warden asrama masak kene tindakan disiplin nanti... Hukmak aiii... tapi Takut kepada Allah itu yg lebih utama. Gelak sendiri bile teringatkan zaman remaja yg di lalui. Semuanya hanya tinggal kenangan yg sungguh indah untuk di kenang.

Eh terlebih cerita pulak yea... sambung cerita Solat terawih kami yg terakhir bagi Ramadhan tahun 2016 di Masjid Putih Kuala Terengganu. 

Sungguh sedap skali bacaan Imam Masjid Putih pada malam itu, mirip bacaan di Masjidil Haram, MasyaAllah tidak terasa berada di Malaysia sepanjang solat terawih itu. Bacaan qunut yang sangat panjang pada rakaat witir yang terakhir membuatkan aku terimbau kenangan Umrah ketika Ramadhan pada tahun 2004 bersama arwah Cik Ngah & Ustaz Alauddin di Masjidil Haram. SubhanAllah airmata terasa hangat membasahi pipi. Imam juga kedengaran beberapa kali tersedu-sedu sepanjang memanjatkan doa. Memang tidak sia-sia kami datang berterawih di Masjid ini. 



Alhamdulillah seusai solat & bacaan doa aku terus berpusing ke belakang mencari si kecik Nuha. Dengan jumlah jemaah yang sangat ramai amat menyukarkan pandangan mata mencari si kecik yg lincah & suka bergaul itu. Bimbang juga si kecil hilang atau di culik orang. Zaman yang kecoh dengan kes penculikan budak membuatkan hati aku semakin berat di himpit rasa gelisah. Hampir 15 minit aku berpusing sekitar masjid, luar & dalam masjid namun belum kelihatan kelibat si kecik Nuha. Ya Allah hanya DIA sahaja yang memahami rasa hati ketika itu. Aku menghubungi hubby memberitahu tentang Nuha yang masih belum kelihatan dari tadi. Kami berpusing ke setiap sudut masjid melihat di celah2 jemaah. Akhir-nya hubby menemui si kecik Nuha duduk sendirian di tepi tangga yang agak tersorok sambil memakan roti. Ya Allah Ya Tuhan.... 

Perasaan risau tadi bertukar menjadi geram, rasa ingin sahaja aku cubit2 telinga budak kecik ni. Bersenang lenang dia duduk di situ sambil makan roti. Amboiii joli sungguh. Nasib baik Abi menjadi penyelamat, klu ibu yg jumpa tadi alamatnya memang sakan da kene.... Oh anak sering membuat jantungku berdegup kencang.


Suasana di Masjid Puteh pada malam ni kelihatan agak meriah, rupanya Sultan Mizan & kaum kerabatnya juga turut sama bersolat terawih di situ. Pihak Masjid menyediakan hidangan makanan yg agak enak iaitu roti, nasi putih, Sup tulang, kuih muih & juga air sirap. Agak membuka selera juga moreh mlm tu. Selepas jumpa si kecik Nuha, kami duduk di tepi pagar masjid sambil menjamah sedikit makanan sebelum bertolak balik ke bilik. Alhamdulillah Malam penutup yg sungguh bermakna. Jika di izinkan, tahun depan aku bercadang untuk pulang ke Kuala Terengganu lebih awal & menginap di mana2 Hotel sekitar Kuala Terengganu untuk sama2 memeriahkan malam2 terakhir Ramadhan di Masjid Puteh ini. InsyaAllah.



 


Jumaat, 15 Julai 2016

Bazar Ramadhan :: Sedap & Berpatutan Vs Cekik Darah !

Bila tiba bulan Ramadhan maka cerita tentang Bazar Ramadhan sering menjadi topik hangat. Walaupun kami sekeluarga bukanlah suka sangat membeli di Bazar Ramadhan. Kalau singgah ke Bazar tu selalunya beli kuih muih je. Aku akan pastikan hanya gerai yang tertentu saja yang akan aku singgah beli kuih. Sebab jika penjual yang dah lama menjual, kualiti kuih yg dijual adalah sedap dan memenuhi citarasa berbanding dengan penjual yang baru beberapa hari belajar nak buat kuih semata-mata untuk jualan di Bazar Ramadhan. Alamatnya ke tong sampah la kuih yang di beli itu.

Memandangkan Ramadhan kami pada tahun ini amat berbeza. Kerana selama 30 hari berpuasa tu, kami sekeluarga bermusafir ke banyak destinasi seluruh negara kerana mengikut My Hubby outstation. Antara Bazar Ramadhan yang kami singgah sepanjang Ramadhan 2016 adalah Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi Selangor, Bazar Ramadhan Putrajaya, Bazar Ramadhan Stadium Alor Setar Kedah, Bazar Ramadhan Dungun Terengganu, Bazar Ramadhan Tanjung Kuala Terengganu. 

Untuk Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi & Putrajaya kebanyakkan kualiti makanan masih di tahap yg ok dengan harga yang agak reasonable. Kuih Talam dan Tepung Pelita adalah kuih pilihan sepanjang bulan puasa. Di Bazar Bangi Alhamdulillah sedap2 belaka kuihnya. Air Cendol Kelapa Sawit juga sangat sedap. Memang berbaloi untuk dibeli. Jika ke Putrajaya pula Bazar di sekitar tapak pasar malam itu tersangatlah besar. Aku hanya beli Tepung Pelita & kadang2 beli Roti John Putrajaya. Alhamdulillah sedap & harga adalah  berpatutan. Untuk lauk pauk tak masuk senarai, sebab aku masak sendiri kt rumah.  

Di Kedah pula kami sempat singgah di Bazar Stadium Alor Setar. Bazar ni memang menjadi tempat feberet kami laki bini ketika menetap di Jitra beberapa tahun sudah. Tapi itu dulula, masa tu harga memang sangat murah & kualiti makanan mostly sedap2 belaka, walaupun pernah sekali terkena TauFooFa basi, konon-nya buy1 Free1, skali Haram J punye pakcik, TauFooFa basi.

Kedatangan semula kami ke Bazar stadium baru-baru ni adalah sangat mengecewakan. Harga agak mahal & kualiti makanan tidak seberapa. Nasi Daging (2 keping daging di hiris nipis sebesar 2 jari) Harga RM7.00 dah la jual mahal rasa pula tidak sedap. Walaupun kami makan ketika tengah lapar (Berbuka puasa) still tak boleh nak terima rasa macam tu. Walaubagaimanapun Kuih muih yang kami beli Alhamdulillah semuanya sedap dengan harga yg berpatutan. 

Bazar Ramadhan Bandar Dungun Terengganu. Ni kampung aku ni. Masa kecik2 dulu bazar nilah tiap-tiap hari duk pulun beli kuih & segala macam. Kebetulan kami pulang ke kampung pada awal Ramadhan yg lalu, maka aku teringin nk singgah membeli juadah berbuka kami di bazar Bandar Dungun ni sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sedang2 elok kami sampai di Dungun jam dah kul 5 ptg. Maka kami pun singgah sekejap. Harga Makanan ya Robbi, mengalahkan Bazar sebelah KLCC aku rasa. Nasi putih kosong RM2 sebungkus. Bukan beras Faiza Basmathi pun. Sekali tengok pun dah tau beras murah. Pusing punya pusing kami beli jugak nasi minyak lauk daging dengan harga RM6.50/bungkus walaupun nampak macam kurang menyelerakan tapi malas nak fikir, belila dulu untuk berbuka. 

Kemudian kami beli ketupat palas rebus 5 ketul RM3 & ayam bakar tempayan 1/2 ekor RM12. Dengan harga yang agak mahal standard makan kt Restaurant aku mengharapkan kualiti makanan elok & sedap. Tetapi sayang 1000x sayang. Sedang elok azan berkumandang, aku bukak ketupat palas nk makan , Ya Allah ketupat dah berlendir (A.K.A basi) bukan sebijik semua 5 bijik berbau hangit & berlendir. Nasi Minyak pun sama, entah ape rasa, Diorang ni pernah rasa ke tidak makanan jualan mereka, atau deria rasa mereka mengalami gangguan ?? 

Aku hanya makan beberapa suap je, selebihnya masuk tong sampah. Ayam bakar pun sama, tak tau rasa ape. Dalam hati rasa sangat terkilan. Org kampung sendiri, teruk betul akhlaknya. Menjual makanan yang sudah basi ! kalau sedekah makanan yang dah basi pun berdosa. Inikan pula menjual. Pakcik yang menjual ketupat palas tu aku harap Allah berilah sedikit pengajaran kepada dia, mungkin ramai dah yang menjadi mangsa ketupat basi dia. 

Bazar paling last kami singgah adalah Bazar Tanjung Kuala Terengganu iaitu pada hari ke 29 Ramadhan. Nasi putih 0 (2 bungkus) + sesudu sambal + Telur masin sebijik RM7.00 Perrgghh terkujat aku dengar harga. Mulanya aku nak amik ikan kembung bakar, sekali aku tengok lalat berkejaran kt ikan bakar dalam tray tu, bukan sekor dua lalat singgah kt ikan tu , dah berkampung aku rasa lalat2 tu kt situ. Terus cancle niat nak makan ikan bakar, naik loya pun ada, tapi nasi sudah siap dibungkus bersama sambal. Mahu tidak mahu aku amiklah juga nasi & telur masin sebijik. MasyaAllah cekik darah betul harga jualan. Yang membuatkan aku rasa sedih, si penjual tu semua dah tua-tua belaka. Tak ada semangat untuk buat kebajikan langsung di bulan Ramadhan yang mulia ni, Kesiaaaann, dah tua pun masih gelap hati. 

Aku sempat sound budak yg bungkus lauk kt gerai tu, "Harga makanan kt Tranung ni mengalahkan harga Kuala Lumpur, mahal melampau harga" dah sound tu terus aku belah. Kemudian aku ke gerai yang lain pula nak beli ayam goreng, dengan harapan lebih baik dari kedai tadik, 1 ketul ayam  RM4/ketul, kecik comel jek saiz potongan ayam. Ayam KFC lagi berbaloi beli rasanya. Hmm sabau je la kata org Melaka. Sebab dah malas nk pusing, maka aku beli jugak ayam tu 2 ketul niat sedekah ajelah. Aku dah malas nk beli ape2 lagi dah. Dah tepu otak nk layan orang yang berniaga tak ikut cara Islam ni.

InsyaAllah kalau ada peluang meraikan Ramadhan lagi di Terengganu, aku tak kan singgah lagi 2 bazar Ramadhan ni. BOIKOT terus. Makan kt Hotel or makan KFC lagik berbaloi2. 

Kepada penjual Bazar Ramadhan yang membaca coretan ikhlas aku ni, nanti ada pula yang kata, ala baru RM7 atau baru RM3 itu pun berkira. Ingin aku tegaskan, ini bukan masalah berkira atau belajar kira-kira. Tapi masalah kamu penjual Bazar yang bertindak tidak jujur dalam menjalankan urusniaga. Kalau kene cara & kualiti makanan yang di jual aku rasa RM70 pun beratur orang nk beli di gerai kamu. Tetapi sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan secara membabi buta tanpa menjaga kualiti makanan & kebersihan amatlah mengecewakan. 

Jom lepas ni pakat BOIKOT mana-mana penjual yang tidak jujur ni. Jangan kasi muka pada manusia khianat & penipu. Sesungguhnya peringatan di dunia adalah lebih baik, berbanding Azab di akhirat nanti. Bawak insaflah para peniaga Bazar sekalian. 


Sekian & selamat malam...



 

Khamis, 14 Julai 2016

Rainbow Paradise Hotel Tanjung Bungah


Dalam duk kalut nk check out dr pearl view, penginapan di area Batu Ferringghi atau Tanjung Bungah belum mendapat keputusan muktamat lagi. Faktor utama pemilihan bilik adalah di tepi pantai & mempunyai saiz swimming pool yg ok untuk si kecik bermain. Pada mulanya aku nak stay di Holiday Inn tapi hubby cakap jauh sangat bimbang jalan jam nnt, takkan lepas subuh dah nk turun katanya. Aiisshh banyak pulak syarat pakcik ni tau. Survey punye survey aku tengok Rainbow Paradise Hotel pun macam bagus. Harga pun bolehla, sedikit murah dari Holiday Inn. Nampaknya hubby mcm positive sikit dengan lokasi hotel ni. So tak payah banyak cerita kita booking terus. Main terjah aje. Tapi sebelum nk terjah tu aku dah khatam semua review hamba Allah yg pernah menginap di situ. Mmg tak sanggup nk hadap kisah seram lagik dah. 



Deruan angin pantai yg menyelinap di balik pepohon & tetiang membuatkan suasana petang di sini cukup mendamaikan.   


Setibanya kami di perkarangan Hotel, semuanya kelihatan bagus & mendamaikan. Dengan semua bilik partial sea view mmg membuatkan aku sedikit teruja & berlapang dada. Hari untuk relax & bersenang2. hihihihi... Nuha pula macam biasa, bila dah nampak pool yg bersimpang siur menjerit-jeritlah dia nk terjun. Opps..Ops.. nnt dulu, float tak pasang lagik jgn berani nk terjun. Tak sabar-sabar si kenit ni, tak padan dengan kecik tapi perasan dah besar... aiishh ... 




Dah tak sabar nk terjun la tu.. Nuha .. Nuha .. semoga zaman kanak2mu penuh makna anak-ku. Moga bila kau menjengah dewasa nnt, saat2 bersama ibu & Abi adalah sebuah kenangan paling indah dalam hiudpmu.   


Dalam jugak kolam ni 1.5m Rasa macam nk join Nuha terjun skali. 
bertabah jeklaa...


Ramai Foreigner stay kt Hotel ni, sepanjang beberapa hari kami melepak di sini hanya 1 pasangan melayu jek yg aku nampak, yg lain semua mat saleh & the geng.  Mungkin disebabkan bulan puasa kot tak ramai org stay kt Hotel.



 Habis jelajah kolam besar main kolam kecik pulak... As u wish je laa si kecik !


Kedudukan Hotel yang betul berada di persisiran pantai memudahkan pengunjung untuk duduk di bangku2 menikmati angin laut yg bertiup nyaman. 


Jauh-nya pakcik baju oren mengelamun. Fikir ape tu pakcik, jangan duk merenung semek saleh yg berpakaian tak cukup kain tu udah la yea.. 
Kurang pahala puasa nnt.



Tak cukup dengan mandi kolam nak main pasir pulak, mainlah budak kecik, nikmatilah zaman kanak2-mu itu. Ibu pun nk duk mengelamun sat, semua org duk layan mood masing2...



Pantai yg bersih dengan pemandangan persisir pantai yg cantik...



Bersih & kemas jek... cume semak dengan manusia yg kurang berpakaian sempurna. Nak buat camne dah tempat2 camni, ramailah warga asing yg berjemur mcm ikan masin...

 Lama tak amik gambar berdua, kasi UP skali.. hihihi sekadar kenang-kenangan di hari tua nnt...






Nuha Safiya mula kelihatan seperti anak india. Kesian kakak dahla tak berapa nk cerah, main pantai +  berendam dalam kolam bertambah2lah kurang cerahnya itu... Next time nk main pantai suh abi bli sunblock dulu yea. Itulah aktiviti sepetang di Rainbow Paradise, dah nk jam 3.30 ptg kitorang pun beransur naik ke bilik & berehat sebentar. 



No bilik Kami 1601 


Saiz bilik yang agak luas & sangat selesa untuk kami 3 beranak. Cuma katil jek kurang selesa. Spring dah sagging, agak sedikit tenggelam klu tidur di tengah2. Aku siap panggil housekeeping tukar tilam lagik.. hihihihi.. sakit belakang lorr tidur tilam tenggelam camtu ... :)




Lebih kurang jam 5 ptg kami bersiap2 untuk ke Restaurant Nasi Beriyani Hameediyah di Lebuh Campbell tu. After that kitorang singgah ke Tesco yg berdekatan Hotel belikan KFC untuk si kecik. Sambil tu sempat lagik borong air minuman & sedikit makanan untuk bersahur esok  pagi. Walaupun kami mmg mendapat kupon breakfast aka sahur tp seperti biasa aku lebih senang makan kurma & minum susu di bilik shj. Hubby jek la yg akan turun untuk makan sahur. 
Untuk hari2 yg seterusnya, seperti biasa hubby pagi2 lagi dah ke Kem Butterworth & kami 2 beranak duduk di bilik & kadang2 turun temankan si kecik Nuha mandi laut atau swimming. Kepala terasa ringan & aman. Indahnya hidup bile dunia bukanlah perkara utama yg perlu difikirkan. Hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Tetapi sampai bila ? Mungkin Allah jua lah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup hamba-NYA ini.



Duduk di beranda sambil melampar pemandangan nun jauh ke ufuk alam...



Pada suatu petang ketika aku temankan Nuha bermain kolam, aku di sapa oleh seorang warga Switzerland namanya Solomi. Kami berbual2 panjang. Dia bersama baby lelaki (2++ yrs) & suaminya telah menjelajah hampir setahun ke seluruh negara di Asia. Hameekkk kau ! Target 18 bulan melancong pusing keliling ke negara2 Asia. Katanya Dia masih mempunyai masa lebih kurang 6 bulan untuk menjelajah Malaysia & Thailand sebelum kembali ke Swiss. 

Aku bertanya bagaimana dia mengumpal wang yg banyak untuk mengembara berbulan2. Katanya Ibu mertua-nya meninggal setahun yg lalu & suaminya adalah anak tunggal, maka segala harta menjadi hakmilik suaminya, Oleh itu dana 50k Euro digunakan untuk mengembara bagi tempoh 18 bulan. Iaitu peruntukan lebih kurang RM12,000/month. Dia duduk di Hotel tu untuk tempoh 2 bulan. Bulan depan dia akan ke Kuala Lumpur pula katanye. Dahsyat betul diorang ni, mengembara makan tahun. 

Banyak benda yg dapat aku kongsikan dengan Solomi hari tu. Dia banyak kondem org islam yg katanye suka berperang & tidak cintakan kedamaian. Ramai pendatang asing yg menetap di Europe kebanyakkan-nya datang dari negara2 bergolak seperti Syria, Jordan, Bosnia & Palestin. Kelihatan dari tutur bicaranya dia kurang memahami Islam di samping dia meletakkan satu tanggapan yg kurang baik terhadap Islam. 

Aku sedaya mungkin untuk mengubah tanggapan negative Solomi terhadap islam dengan memberikan beberapa contoh yg mudah untuk dia fahami. Alhamdulillah dia kelihatan begitu berminat dengan jalan penceritaan aku. Dengan berbekalkan sedikit ilmu sejarah islam di Portugal, Perancis, Spain & juga di Germany dia sedikit faham hakikat Islam yg sebenarnya. Apabila aku cuba kaitkan pula sejarah Kristian vs Islam Solomi kelihatan mula berminat secara total untuk mendengar penjelasan-ku tentang Islam selanjutnya. Aku dapat mengagak bahawa Solomi adalah seorang penganut Kristian yg tegar (Kuat Beribadat). Tetapi sayangnya dia tidak tahu yg penganut Islam juga menyanjungi Nabi Isa (Yesus) tetapi dengan cara pemahaman yg berbeza dengan mereka. Hampir 3 jam juga aku duduk berbual dengan Solomi. Dia juga terkejut apabila aku menafsirkan maksud namanya Solomi = Peace = Salam in Islam. 

Dengan mewujudkan suasana perbincangan yg lebih ikhlas & tidak menyanggah mana2 kepercayaan mereka, ia menjadi sebuah perbincangan ilmiah yg sangat indah. Mudah2n Solomi dapat melihat Islam dengan cara yg berbeza. Hidayah itu dari Allah, kita hanya menyampaikan... Moga bermanfaat untuk-nya.. InsyaAllah.