Jom kita baca Fakta European Continent !
Aku adalah seorang manusia yang sangat meminati bidang geografi dan juga photography. Dari zaman kanak-kanak hingga kini aku sangat suka membaca buku-buku yang berkaitan bentuk muka bumi sesebuah negara & melihat hasil seni photography tentang alam semulajadi. Sebab tu hobi aku adalah melancong & photography.
Lain macam feeling dia kalau dapat amik gambar pemandangan yang super cantik, lagi-lagi bila waktu nak terbit matahari & juga waktu senja. Nikmat dia tu tak dapat digambarkan dengan tulisan. Hanya jiwa yang mencintai alam semulajadi saja yang dapat appreciate & memahami... Mendalam tu kata-kata. hihihihi...
Jom kita ke Benua Eropah sat. Sila pejam mata dan ber-emaginasi seperti kita sedang berada di Benua Eropah. Ia terletak dia sebelah Benua Asia & Benua Afrika serta dikelilingi oleh lautan Atlantik. Keluasan-nya menjangkau 10,507,630 kilometer persegi iaitu 1/8 daripada jumlah daratan di dunia ini. Ia juga terbahagi kepada 5 wilayah yang utama sperti berikut :-
Eropah Barat
Wilayahnya terdiri dari 7 buah negara, iaitu United Kingdom, Netherlands, France, Belgium, Ireland, Luxemburg & Monaco
Wilayahnya terdiri dari 5 buah negara, iaitu
Eropah Tengah
Wilayahnya terdiri dari 8 buah negara, iaitu German, Poland, Swiss, Republic Czech,
Eropah Timur
Wilayahnya terdiri dari 10 buah negara iaitu, Rusia, Armenia, Azerbaijan, Ukraine, Georgia, Lithuania, Estonia, Latvia, Belarus dan Moldova.
Eropah Selatan
Wilayahnya terdiri dari 7 buah negara, iaitu Italy, Spanyol, Portugal, Andorra, San Mario, Vatikan dan Malta.
Benua Eropah satu-satunya benua yang tidak mempunyai gurun dan ia juga mempunyai 3 semenanjung utama yang tersebar di 3 wilayah :-
1. Scandinavia di bahagian Utara
2. Siberia di bahagian Barat
3. Italia di bahagian Selatan
Sebagian besar penduduk Eropah merupakan bangsa-bangsa dari Ras Kaukasoid yang berkulit putih dan berambut perang. Hal ini menjadi ciri khas yang membezakan ia dari benua2 lain. Penduduk2 ini dapat diklasifikasikan kepada lima kelompok iaitu, Suku bangsa Nordik, Suku bangsa Alpina, Suku bangsa Mediteranian, Suku bangsa Slavia dan Suku bangsa Dinara.
Benua ini mempunyai kitaran 4 musim seperti musim Panas, Luruh, Sejuk, dan musim Bunga. Walau bagaimanapun setiap wilayah dipengaruhi oleh iklim fizik semulajadi mengikut kawasan.
Benua ini masih memiliki 1/4 kawasan hutan dari seluruh hutan dunia, hutan spruce Skandinavia, hutan pine yang luas di Russia, hutan hujan chestnut Caucasus dan hutan oak cork di Mediteranian.
Binatang liar, seperti banteng, ibeks, bison dan kijang berbulu halus yang jarang sekali ditemui di benua lain. Walau bagaimanapun binatang2 ini turut mengalami kepupusan yang agak kritikal sehingga kesatuan Eropah telah menggubal akta perlindungan hidupan liar melalui persempadanan hutan simpan yang dipelihara.
Binatang liar, seperti banteng, ibeks, bison dan kijang berbulu halus yang jarang sekali ditemui di benua lain. Walau bagaimanapun binatang2 ini turut mengalami kepupusan yang agak kritikal sehingga kesatuan Eropah telah menggubal akta perlindungan hidupan liar melalui persempadanan hutan simpan yang dipelihara.
Setelah mengetahui ciri-ciri alam di Benua Eropah maka haruslah kita juga menyimpan cita-cita untuk menjejak-kan kaki ke Benua ciptaan Allah yang Maha hebat lagi penuh misteri. Antara cita-cita yang tertanam di hati adalah ingin menyaksikan cahaya Aurora Borealis di Scandinavia atau di Iceland. Kita masukkan dalam list dululah. Jika di izinkan Allah, InsyaAllah sampai la tu nanti. Ameen.
Ok dah habis citer...
Nak berangan pulak ni... !
Adios... !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan