Last weekend adalah hari di mana kami sangat sibuk dengan aktiviti tawaf ke segala Mall di sekitar Kuala Lumpur. Tujuan cuma nak beli sneakers & begpack je pun, tapi tawaf merata2 macam nak beli barang untuk kenduri kahwin. Alasan macam biasa semua tak berkenan di hati....Heee... Bertabah sajalah wahai sang suami. hihihihi...
Mood untuk travel semakin terasa. Tiba masa untuk membeli sedikit kelengkapan untuk memulakan pengembaraan rohani untuk kali yang kedua bagi tahun 2016. Segala persiapan telah dilakukan sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.
Propaganda Islamophobia yang dicipta oleh sesetengah kaum musyrikin terhadap umat Islam membuatkan emosi-ku sedikit terganggu. Hmm.... Kebimbangan tetap terbuku di hati-ku hingga saat ini, walaupun keterujaan untuk mengembara juga tidak dapat dinafikan, ia seperti bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Hanya doa yang mampu aku panjatkan moga2 segalanya berjalan dengan baik & di sisihkan daripada segala bencana alam mahupun musibah kejahatan makhluk ciptaan-NYA.
Daripada pagi hingga ke malam kami masih berlegar mencari item yang hendak dibeli. Macam2 dugaan yang dihadapi, dah jumpa kasut tapi tak ada saiz pulak.. hmmm... lain yang hendak dibeli, lain pula yang kami beli.
Bila terlalu lama sangat duk pusing merata tempat cari barang tapi sampai ke sudah tak jumpa-jumpa, mood nak beli tu dah drop. Dah naik malas kot. letih pun ye... Aku bagitau hubby hari lain pulak la kita cari kasut, dah letih dah nak turun naik Mall. Tapi hubby kasi cadangan untuk ke IOI City Mall Putrajaya. Coz kt situ ada butik Reebok, manalah tau ada design yang aku nak kt situ. Cadangan diterima, so after solat marghib kami bergerak ke IOI Putrajaya.

Alhamdulillah, pencarian kami berakhir di sini... hihihi.. sikit punya jauh pusing dari Kajang hingga ke KL. Alih-alih balik beli di Putrajaya saja. Aduhaaiii ... :))
Kasut tu memang selesa dengan kaki aku, design pun just nice. Dan yang paling penting saya suka, bukan orang lain yang suka.. Heee... Bila hati sudah berkenan, try yang lain pun terasa ada saja yang tidak kena... macam2 hihihihi... So malam tu "mission accomplished" untuk kasut aku, cuma tinggal begpack Nuha belum beli.
Mengikut perkiraan aku, Nuha Safiya sudah banyak beg galas, macam-macam beg ada walau bukan begpack tapi rasa dah ok kot untuk si kecik isi buku2 & peralatan warna dia. Kalau ada kesempatan kita cari begpack kakak, kalau tidak tunggu saja next trip yea, pakai jela dulu mana yang ada... Hihihihi.. kalau aku cakap camtu pada si kecik, confirm2 buat muka sedih pastu duduk lipat lutut ke atas dengan muka & tangan terlangkup atas lutut, tanda protes ...
kecik2 pun dah pandai protes, semua kemahuan dia nak dipenuhi .. adeehhh budak kecik...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan