Selasa, 25 Jun 2013

Resipi Mee Goreng Mamak

Haiii kawan2, hari ni aku nak share resepi Mee Goreng Mamak versi aku sendiri. Slalu aku suka buat Mee Goreng Basah ala Trengganu je, Resipi Asli my late beloved Umi. Yummy2 sedaappp meh... :))
 
So kepada kawan2 di luar sana yg suke makan Mee kt kedai mamak tu, better try masak sendiri kt rumah, confirm meletoop & yang penting korang boleh masak dengan sedap & berkhasiat untuk hidangan anda sekeluarga.

 
Tauhu yg da siap di goreng...

 
Udang yg telah siap dibuang kulit & di tos kan..

 
Bahan2 yang diperlukan :
 
 Sepeket Mee kuning (halal & suci/ pastikan buatan org islam)
 2 ketul Tauhu di goreng & di potong dadu
 Sawi di potong kecil
sebijik kentang di rebus & di potong kecil
Udang/Sotong/Ayam/Daging (ikut citarasa nk banyak mana)
sebijik telur
 6 btg Cili Kering di rebus & di kisar lumat
 5 btg cili padi di belah 2 (klu nk pedas blh tambah)
segenggam Taugeh
sebijik Limau nipis di belah 4
 5 ketul Bawang Merah di kisar separa lumat
 2 ulas Bawang putih di kisar separa lumat
 Sos cili, sos tiram, Kicap, garam & gula
 



 
Cara membuatnye :
 
Tumiskan bahan bertanda Merah di atas dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan Udang/Sotong/Ayam/Daging yang telah di bersihkan.
Masukkan sedikit garam & gula (mengikut citarasa)
Masukkan 2 sudu sos cili, sesudu Sos Tiram & kicap manis
 Kemudian Masukkan Mee Kuning & gaul sebati.
ketepikan Mee & Masukkan sebijik telur  ditengah2 kuali bersama sedikit minyak, biarkan telur sedikit masak & gaul rata bersama Mee.
Selepas beberapa minit, masukkan sawi, taugeh, kentang & tauhu.
Kacau sehingga Mee & sayur sebati.
Biarkan Mee sedikit Kering.
Angkat & sedia untuk di makan.
Perahkan sedikit Limau sebelum makan, pasti melekat.. !!




Ok sayang dah  Mee Mamak da siap masak, jom kite dinner... :))



 
Gendang-Gendut tali kecapi, Kenyang Perut suke hati...
hikhikhikhik... :)
 
 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan