Banyak iklan yg menayangkan tentang keenakan LOBSTER. Betul ke Lobster ni super sedap ..?? Alhamdulillah aku telah beberapa kali makan lobster nih. Aku kan penggemar udang yg tegar. Arwah abi dulu adalah seorang pemancing udang galah di Sungai Dungun & Paka, aku pun pernah 2,3 kali follow abi memancing naik boat. Setiap minggu mesti kami adik beradik akan meratah udang galah sebesar lengan org dewasa. Bukan seekor dua tau, berkilo-kilo di ratah begitu shj. Hanya rebus dgn garam shj. Kadang2 my brother bakar atas tungku dapur. Mmg lazat tidak terkata. Subhanallah.
Lobster ni pada aku tidaklah seenak udang galah. Jika di beri pilihan aku akan pilih udang galah. Lobster pun sedap juga cume isinya sedikit keras & kurang rasa manis berbanding udang galah. Tetapi dari segi harga pasaran Lobster jauh lebih mahal berbanding udang galah.Mungkin nak dapat tu payah kot, itu yg jadi mahal agaknya.
Beberapa minggu yg lalu hubby di arahkan bertugas di Sandakan Sabah. Sebelum bertolak balik ke semenanjung, hubby telah singgah ke salah satu tempat ternakan Lobster di Sandakan. Itupun staf TLDM yg bawa hubby ke sana dengan boat diorang. Kebetulan masa tu bukan musim Lobster katanya. Hanya ada beberapa ekor shj yg sedikit besar. So hubby beli 1kg shj utk di bawa balik. Harga agak mahal kerana di luar musim RM120/kg. Selalu bila dtg musim hanya RM60/kg katanya. terus up 50% dari normal price.
Maka naik flightlah Lobster hingga ke Hillpark 2. Seminggu jugaklah Lobster tu bertapa dalam peti ais sementara masuk perut. Coz aku belum berkesempatan untuk memasak. Just masak lauk simple2 je seminggu tu. Nak masak cincai-cincai macam sayang pulak rasanya. Sambil tu aku bt carian resepi di Mr google cari resepi yg mudah & sedap utk masak Lobster ni. Last2 aku masak dengan maggi jek.. kuikuikuikui... Buat Maggi Lobster gitu. Resepi paling mudah lah katakan... :))
Dah siap Maggi Lobster. Aku hanya meratah Lobster jek, Hubby & my Younger Brother yg habiskan Maggie tu ...
Kesimpulannya Maggi Udang Galah jauh lebih menyengat berbanding maggi Lobster. Sekian dulu ...
Selamat Mencuba !
Selamat Mencuba !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan