Ahad, 23 Februari 2014

Hadiah Bestday 2014 Daripada My Hubby


Seperti telah aku ceritakan pada entry yang lepas DI SINI mengenai sambutan bestday aku yang ke Tettt.. ehehe, dah three series ni lain macam la plak rasa, adooiii nanti 4 series plak, klu dapat BMW 3 series ok jugak. :)
 
Coretan ni pun aku tulis saja untuk kenang-kenangan my hubby & juga bacaan untuk anak2 di masa akan datang. For information anak2 yang di kasihi semua, Your Abi is the best Abi in the World. Walau kekadang dia seperti no feeling at all tp abaikan jela yang tu sebab dia mmg camtu dari kecik lagi, dari kecik pendiam & suka duduk dlm bilik kata my SIL. Tapi jauh dalam hati dia tu, dia mmg tersangatlah sensitip org-nya. 
 
Hubby mmglah seorang Abi yg suka mengambil berat & menguruskan anak2. Abi selalu mandikan Nuha, pakaikan baju, masakkan bubur, temankan Nuha berendam dalam besen & etc (hari cuti jela). Hari2 lain tu semua kerja2 camtu mmg sah2la ibu yang akan buatkan. So bila tiba hari cuti Ibu kasi ruang kt Abi la plak untuk rapat dengan anak2. ehehehe.. alasan terbaik untuk buatkan hubby dengan gembiranya uruskan my beloved doter. :)
 
Okla entry kali ni, adalah mengenai hadiah special dari hubby iaitu set kerusi anyaman sengkuang untuk luar rumah. Memandangkan kekadang rumah kitorang sentiasa di kunjungi oleh sanak saudara yang suka merokok maka pilihan membeli kerusi untuk kegunaan di luar rumah adalah sangat sesuai. Bukan-nya xkasi duduk dalam rumah, tapi lebih selesa & nyaman kot klu  merokok kt luar. Dengan baik hatinya hubby cadangkan untuk belikan set kerusi tu kt Nilai. Harga set ni ialah RM500. Kerusi sengkuang rasanya, aku agak jela, coz pemukaan dia tu rasa agak kesat, so pada pengamatan aku mmg bukan plastic tiruan.
 
 
Bantal merah untuk sandar belakang tu aku beli di IKEA, yang tu xtermasuk skali. Harga RM500 tu hanya untuk 2 kerusi + meja bulat & juga cermin alas meja. tang harga tu aku X-pastila plak harga tu murah ke  mahal, coz xdan nk survey sangat masa tu. pergi 2 kedai je, terus beli. Harap xdela kene ketuk dengan Tauke Bangla kt Nilai tu. Slalu klu pergi bli barang mmg pusing 10 buah kedai baru decide nk beli. ehehehe...
 
Sebenarnya ada cerita jugak di sebalik cerita pembelian set kerusi ni, Last month my brother & his family datang ke rumah kitorang. My brother ni mmg kuat merokok, memandangkan my hubby xmerokok, so aku mmg xde bekas untuk letak habuk rokok ke ape. Pastu aku cakap la elok2 kt my brother yang kt rumah aku ni xde bekas habuk rokok, coz xde org merokok, klu nk merokok duk kt kerusi luar tu jela, buang je habuk rokok kt luar tu. Kebetulan hubby ada skali masa tu, dan-dan tu jugak my hubby pun pergi amik cawan kaca kt dapur utk letak habus rokok. aduusss.. Hmm macam2..
 
Lepas my brother dah balik tu hubby marah aku pasal kejadian tu. Katanya nnt my brother amik hati ke ape plak cakap macam tu.. Lahaiii.. abg aku tu xdenya nk sensitif sangat. Setakat cakap camtu tu dia pun faham. Hubby oh hubby.. org lain xterasa ape dia dulu yang ter"over" sensitive. Itulah ceritanya yang buatkan hubby semangat sangat nk beli set kerusi kt luar tu. So bolehla kasi hadiah untuk bestday aku skali katanya. Aku terima je. Org memberi kite merasa. :)
 
Apepun Thanks a lot to my hubby atas hadiah yang sangat comel tu. Duit claim hubby yang last month punye habis untuk belikan hadiah & belanja makan untuk bestday aku. So lepas ni klu my brothers or member2 hubby datang ke rumah bolehla lepak merokok di situ yea. Aku dah buat comel2 dah untuk korang.
 

Khamis, 20 Februari 2014

Lagi Kereta Untuk Nuha

 
Susah sangat adik nak main kete kt luar, motor police yang pakai bateri kt luar tu dah rosak, so bile nk tolak dengan kaki, sikit punye seksa aku tengok. Sian pulak anak ibu. Sampai berpeluh mengayuh dengan kaki. Kat rumah tu dah ade 4 buah kenderaan untuk Nuha sahaja. Amboiii joli betul budak kecik ni yea. Nnt Klu ade adik dah xboleh nk pampered sangat ok.  
 
 
Ni dia kereta baru adik yang xpakai bateri. Semua 3 buah kete kt umah tu pakai bateri, bila bateri dah kong dah xleh nk main. Terpaksa kuar duit lagik untuk bli bateri.

 
After dah puas pusing sekedai maka aku decide aku kete kuning yang tadi-la. Mmg dah set awal2 dalam kepala, dah xnak beli kete/motor yang jenis pakai lg. Coz senang nk maintain yg camni. Harga pun jimat skit. Adik nak terjah tang mana pun xpe.
 
 
Bangla dah nak siap pasang dah. Lokasi Kedai mainan ni kt Chowkit, corner lot yang paling hujung skali. X-ingat pulak nk tengok nama kedai. Tapi mmg org slalu ramai kt kedai tu, harga pun agak murah & berbaloi2. Klu nk compare harga kedai mainan yang kt Chowkit Vs Nilai 3 tu better beli kt Chowkit jela. Jauh lebih murah & banyak pilihan. Lagipun kedai ni adalah kedai pemborong barang mainan. Klu bawak semek Nuha ni comfirm guling2 nk macam2. Aku ke kedai ni sebab dekat je dengan office aku. Time lunch tu terus pergi cuci mata sesorang kt sini. Dah banyak hari nk pergi beli tapi asyik xmenyempat je. So harini aku kuatkan ingatan & gagahkan jua untuk pergi. Memandangkan Hubby ade kursus di Subang Jaya so aku pergi sendiri jela.
 
Xsabar rasanya nk balik. Nak tengok semek kecik main kt depan rumah tu. Mesti suke yang amat la tu dapat kereta baru. ehehe adik2... walaupun pagi-pagi selalu buat perangai macam2 sampai naik berbulu kepala ibu ni hah. Tapi bila xde je depan mata rasa rindu pulak kt anak ibu yang banyak kerenah & sangat manja ni. Anak Abi la katakan. Anak ibu adalah permata hati ibu muahaha...
 
 
 

Rabu, 19 Februari 2014

Sannah Helwah 2 My Wonderful Little Brother !

 
 
Selamat Hari lahir untuk adik bongsu-ku Ahmad Naziruddin Bin Zakaria. Hari lahir dia dekat dengan tarikh lahir aku juga. iaitu 16 feb dan my little brother 20 Feb. So mg senang nak ingat, even kekadang bestday aku sendiri pun aku xberapa nk ingat. Apepun aku bersyukur kerana masih hidup hingga ke hari ini.
 
Doaku untuk my little brother yang masih menuntut, semoga Berjaya dlm ape juga bidang kehidupan dunia & akhirat. Moga-moga Allah memelihara dirimu dari terjebak dengan pengikut Dajjal & iblis yang semakin rancak merosakkan akidah pelajar-pelajar di IPT. Walaupun terkadang ada bicara kasar yang tertutur dari lidahku, tetapi itu semua hanyalah untuk kebaikan dirimu wahai adik. Mudah2n Allah sentiasa menjagamu. Moga Allah permudahkan segala urusan dunia & akhiratmu. Amen.


Kembali Ke Rahmatullah

 
 
Seorang lagi dari saudara-ku telah meninggal dunia 2 minggu lepas. Arwah adalah bekas Pengarah di JPPH, tetapi telah bersara awal. Arwah adalah seorang yang suka berkongsi ilmu. Aku selalu merujuk kepada Arwah untuk mengetahui ape shj maklumat yang berkaitan Penilaian Hartanah & juga status penilaian sesuatu Tanah sekiranya ia adalah projek kerajaan. Banyak maklumat berguna yang sempat di kongsikan oleh arwah kepadaku. Apepun Allah lebih menyayangi-nya. Aku doakan semoga arwah sentiasa berada di bawah perlindungan-NYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
 
 
 
 
Setiap manusia yang hidup pasti akan menemui kematian. Banyak dari kita tau tentang hakikat itu, tapi kebanyakkannye tidak sedar tentang kenyataan itu. setiap dari kite merasakan bahawa kita akan hidup & mati itu hanya untuk org lain. SubhanAllah, yang Maha Hidup moga-moga engkau sentiasa memberi kesedaran kepada hati-ku yang Alpa.
 
 
 
Kita merancang untuk membuat itu & ini tetapi Allah juga merancang & telah mentakdirkan sesuatu untuk kita tanpa kite sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teliti & lebih utama berbanding perancangan kite. Maka sebelum merancang sesuatu maka ingatlah Allah, ucaplah InsyaAllah, mudah2n Allah memberi kesempatan untuk kite melaksanakan-nya.

Kubur adalah tempat yang gelap, maka terangilah ia dengan tahajud di malam hari. Andainya manusia yg telah masuk ke alam kubur itu sedar & yakin akan hakikat yang nyata itu tentu sekali mereka telah mempersiapkan Lampu untuk menerangi kuburnya.

Namun kebanyakkan dari manusia itu tahu tetapi tidak yakin, maka hari2 yang di lalui di habiskan hanya untuk menerangi mahligai dunia. Allahuakhbar... !!
Ampunkan aku ya Rabb.... :,(  setiap kali menghadiri pengebumian saudara, aku terasa seolah-olah aku juga di masukkan ke dalam lubang yang sempit itu. Perihal itu membuatkan aku hilang keseronokan utk hidup, rasa keghairahan kepada dunia tiba-tiba lesap entah kemana.

Ya Allah aku takut, demi Allah aku takut, aku takut tentang banyak-nya khilaf tentang amal-ku, aku takut tentang bicaraku yang mungkin melukai hati manusia yang tidak aku ketahui, aku takut kebanggan-ku tentang dunia membuatkan hatiku terasa riak, aku takut setiap waktu yang aku lalui penuh dengan titik dosa. Bagaimana untuk aku jawab semua itu di hadapan malaikat yang dating kepadaku.. bagaimana dapat aku beralasan untuk tidak di seksa sedangkan semua-nya telah tercatit di buku amal-ku. Allah... Allah.. Allah..

Seminggu aku tidak dapat tidur malam kerana memikirkan-nya. Bahang ketakutan menghadapi alam kubur itu membuatkan aku menjadi kosong. Aku terasa hanya ingin beramal tanpa memikirkan dunia. Segalanya dilakukan hanya kerana Allah.




 

Selasa, 18 Februari 2014

JJCM @ Nims Little Island Bangi

Klu tengok review blogger berkenaan restaurant ni mmg ramai yang cakap sedap, ada tu mcm terlampau berlebih la pulak nk promote restaurant ni. Pada aku makanan di sini biasa-biasa shj. Tidak terlalu sedap tetapi bolehla klu nak mencuba.
 
Haritu my hubby dengan baik hati telah membuat offer utk belanja makan kt Secret Recipe Sempena Birthday aku pada 16 Feb last week, tapi aku pulak yang xnak, coz makanan & harga macam xpadan aku rasa. Lagipun dah berpuluh kali kot lepak kt secret Recipe tu, jadinya xde benda yang best sngt pun klu hubby nk belanja kt situ. So aku ajak hubby ke Restaurant Ana Ikan bakar bersebelahan dengan balai bomba Bangi. Sekali masa kitorang pergi mlm tu, tutup la plak kedai ni. Adooiii dah berangan nk makan ikan bakar. Aku ni adalah penggemar ape shj jenis makanan yang di bakar. tapi xkesampaian hajat utk ke situ, mungkin next time kot.
 
Seterusnya Plan A dah cancle maka kite ke Plan B. Rancangan ke-2 adalah ke Nim's Little Island di Bangi. Lokasi kedai ini adalah di Jalan Teratai Sungai Ramal Dalam. Kedai agak jauh ke dalam. So klu dari jalan masuk tu dlm 300m gitu kot nk sampai ke kedainya tu. keadaan kedai biasa2 shj, Standard kedai Kelantan camtulah. Service bagus, kerana xlama menunggu, xsampai 30 minit dah sampai makanan. Minimum awal lagi dah sampai.
 
 

 
Kitorang order Tomyam Kelapa + Sotong Celop Tepung + Telur dadar + 2 Nasi Putih + Air Tembikai & Calamansi Barli. Harga untuk semua hidangan ni adalah RM29.50 Hmm Okla... harga masih boleh diterima. Walaupun Isi Tomyam tu xdela banyak mana. Standart makan kt geraila. Rasa tomyam tu biasa2 saja. Mengikut rasa lidah aku ni, tomyam dia biasa-biasa shj, masak sendiri lg sedap kot. ehehehe jangan marah Noo, aku just kasi 3.5 bintang jelaa. Cuma tang service yang cepat tu boleh kasi 5 star.
 
 
 
Sementara menunggu hidangan sampai terpaksa Abi melayan adik. Xhabis-abis dengan Upin & Ipin. Sampai Internet Data habis kt si kecik ni je...
Hmm bile dah ade anak, camnilaa..
 
 
 
 
Oh ye sotong celop tepung pun tidak memenuhi standart, my hubby cakap bukan sotong celop tepung tapi "Tepong celop tepong xpun Cucur Sotong" ehehe.. xfaham aku. Sotong kecik cinonet, tepong bukan main besar balut kt luar. harga RM5 utk 6 pcs. Oh Malaysia-ku.
 
 
Ape entah benda ni org panggil. mahal sungguh. klu kat Terengganu 5 keping RM2. Seafood segar lagik. Ini bukan rasa apepun. tepung dengan lada je rasa. itu pun M0.80 sekeping... adooiii
 
 
Kepada yang rasa nak mencuba masakan di kedai ni boleh-lah cuba, mungkin masakan lain lebih sedap kot. Mungkin next time klu aku ke sini lagi nk kene try makanan lain la plak. Mungkin boleh cuba yang goreng-goreng kot.
 
Apepun, thanks to hubby coz sudi belanja makan, ehehe walaupun hadiah dah claim awal lagi dah.. lupe pulak nk upload gambar hadiah dari my beloved ni. ehehehe biasalah setahun sekali kene paw.. bukan hari2 pun... Tapi bukan mintak pun, dah org nak kasi kite terima jela. Org memberi kite merasa.. ! :)
 
 
 
 
 

Isnin, 17 Februari 2014

Bila Hati Bahagia !

 
 
Tentu sekali kebahagiaan yang terpancar dari sekeping Hati yang bahagia akan memberikan Aura ketenangan kepada insan lain. Bahagia bukan datang dari luar, tapi kebahagiaan yang sebenar datang dari dalam diri. Untuk membina mahligai kebahagiaan, pastikan dirimu terlebih dulu merasa indahnya sebuah kebahagiaan itu. InsyaAllah kebahagian & kegembiraan akan turut di rasai oleh insan yang berada di samping-mu.
 
 
 
Bukan kerana org lain tersenyum kepadamu maka kamu merasa bahagia, Tetapi  jadilah insan yang sentiasa membuatkan org lain tersenyum kerana-mu & kamu akan merasa bahagia. :))
 
Renung2kan & selamat beramal
 
 

Khamis, 13 Februari 2014

My LoVe Ever After !

Dia ada bile aku menangis, Dia sudi mendengar bila aku ingin bercerita, walau dia hanya diam membisu tanpa sepatah bicara bila aku bercerita, tapi aku tau dia sedang mendengar. Terima kasih kerana selalu ada untuk apa shj dari dulu hingga kini. Mungkin terkadang tergigit lidah tapi bukan bererti pudarnya sebuah cinta. Hidup ini adakalanya menyakitkan, tapi juga mengembirakan. Walau apepun kenangan, Moga kau menghargai saat indah tika bersama untuk selamanya.
 

 
Bila berjauhan cepatnya rindu, bila tiada depan mata nak cepat jumpe, tapi bile dah jumpe mesti nak gaduh itu & ini. Sorang cakap begitu, sorang cakap begini. Last-last bila dah dua-dua merajuk, semua diam membisu rasa bosan la pula. Cakaplah semula, jomlah kite share2 idea bersama. Bosanlaa senyap sunyi begini. 
 
 
Most of the day, inilah tempat makan favourite kitorang, gerai Ikan Bakar Depan Mindef selain Restaurant Haslam... :) 
 
 
Thanks to Hubby atas hadiah yang istimewa untuk My becoming Best-day, bukan nilai wang yang besar menjadi perhatian. Tapi tulusnya sebuah ingatan sudah cukup mengharukan sekeping hati.
 
Terkadang Dia kelihatan seperti tidak mempedulikan ape-ape. Tapi bila tiba saat-nya, terasa begitu di hargai. Dalam diam dia sedang berfikir rupanya, dalam diam dia merancang sesuatu untuk menghiburkan hati seorang wanita yang naïf ini. Terima kasih syg... Moga Allah sentiasa merahmati-mu.