Rabu, 19 Februari 2014

Kembali Ke Rahmatullah

 
 
Seorang lagi dari saudara-ku telah meninggal dunia 2 minggu lepas. Arwah adalah bekas Pengarah di JPPH, tetapi telah bersara awal. Arwah adalah seorang yang suka berkongsi ilmu. Aku selalu merujuk kepada Arwah untuk mengetahui ape shj maklumat yang berkaitan Penilaian Hartanah & juga status penilaian sesuatu Tanah sekiranya ia adalah projek kerajaan. Banyak maklumat berguna yang sempat di kongsikan oleh arwah kepadaku. Apepun Allah lebih menyayangi-nya. Aku doakan semoga arwah sentiasa berada di bawah perlindungan-NYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
 
 
 
 
Setiap manusia yang hidup pasti akan menemui kematian. Banyak dari kita tau tentang hakikat itu, tapi kebanyakkannye tidak sedar tentang kenyataan itu. setiap dari kite merasakan bahawa kita akan hidup & mati itu hanya untuk org lain. SubhanAllah, yang Maha Hidup moga-moga engkau sentiasa memberi kesedaran kepada hati-ku yang Alpa.
 
 
 
Kita merancang untuk membuat itu & ini tetapi Allah juga merancang & telah mentakdirkan sesuatu untuk kita tanpa kite sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teliti & lebih utama berbanding perancangan kite. Maka sebelum merancang sesuatu maka ingatlah Allah, ucaplah InsyaAllah, mudah2n Allah memberi kesempatan untuk kite melaksanakan-nya.

Kubur adalah tempat yang gelap, maka terangilah ia dengan tahajud di malam hari. Andainya manusia yg telah masuk ke alam kubur itu sedar & yakin akan hakikat yang nyata itu tentu sekali mereka telah mempersiapkan Lampu untuk menerangi kuburnya.

Namun kebanyakkan dari manusia itu tahu tetapi tidak yakin, maka hari2 yang di lalui di habiskan hanya untuk menerangi mahligai dunia. Allahuakhbar... !!
Ampunkan aku ya Rabb.... :,(  setiap kali menghadiri pengebumian saudara, aku terasa seolah-olah aku juga di masukkan ke dalam lubang yang sempit itu. Perihal itu membuatkan aku hilang keseronokan utk hidup, rasa keghairahan kepada dunia tiba-tiba lesap entah kemana.

Ya Allah aku takut, demi Allah aku takut, aku takut tentang banyak-nya khilaf tentang amal-ku, aku takut tentang bicaraku yang mungkin melukai hati manusia yang tidak aku ketahui, aku takut kebanggan-ku tentang dunia membuatkan hatiku terasa riak, aku takut setiap waktu yang aku lalui penuh dengan titik dosa. Bagaimana untuk aku jawab semua itu di hadapan malaikat yang dating kepadaku.. bagaimana dapat aku beralasan untuk tidak di seksa sedangkan semua-nya telah tercatit di buku amal-ku. Allah... Allah.. Allah..

Seminggu aku tidak dapat tidur malam kerana memikirkan-nya. Bahang ketakutan menghadapi alam kubur itu membuatkan aku menjadi kosong. Aku terasa hanya ingin beramal tanpa memikirkan dunia. Segalanya dilakukan hanya kerana Allah.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan