Ahad, 23 Februari 2014

Hadiah Bestday 2014 Daripada My Hubby


Seperti telah aku ceritakan pada entry yang lepas DI SINI mengenai sambutan bestday aku yang ke Tettt.. ehehe, dah three series ni lain macam la plak rasa, adooiii nanti 4 series plak, klu dapat BMW 3 series ok jugak. :)
 
Coretan ni pun aku tulis saja untuk kenang-kenangan my hubby & juga bacaan untuk anak2 di masa akan datang. For information anak2 yang di kasihi semua, Your Abi is the best Abi in the World. Walau kekadang dia seperti no feeling at all tp abaikan jela yang tu sebab dia mmg camtu dari kecik lagi, dari kecik pendiam & suka duduk dlm bilik kata my SIL. Tapi jauh dalam hati dia tu, dia mmg tersangatlah sensitip org-nya. 
 
Hubby mmglah seorang Abi yg suka mengambil berat & menguruskan anak2. Abi selalu mandikan Nuha, pakaikan baju, masakkan bubur, temankan Nuha berendam dalam besen & etc (hari cuti jela). Hari2 lain tu semua kerja2 camtu mmg sah2la ibu yang akan buatkan. So bila tiba hari cuti Ibu kasi ruang kt Abi la plak untuk rapat dengan anak2. ehehehe.. alasan terbaik untuk buatkan hubby dengan gembiranya uruskan my beloved doter. :)
 
Okla entry kali ni, adalah mengenai hadiah special dari hubby iaitu set kerusi anyaman sengkuang untuk luar rumah. Memandangkan kekadang rumah kitorang sentiasa di kunjungi oleh sanak saudara yang suka merokok maka pilihan membeli kerusi untuk kegunaan di luar rumah adalah sangat sesuai. Bukan-nya xkasi duduk dalam rumah, tapi lebih selesa & nyaman kot klu  merokok kt luar. Dengan baik hatinya hubby cadangkan untuk belikan set kerusi tu kt Nilai. Harga set ni ialah RM500. Kerusi sengkuang rasanya, aku agak jela, coz pemukaan dia tu rasa agak kesat, so pada pengamatan aku mmg bukan plastic tiruan.
 
 
Bantal merah untuk sandar belakang tu aku beli di IKEA, yang tu xtermasuk skali. Harga RM500 tu hanya untuk 2 kerusi + meja bulat & juga cermin alas meja. tang harga tu aku X-pastila plak harga tu murah ke  mahal, coz xdan nk survey sangat masa tu. pergi 2 kedai je, terus beli. Harap xdela kene ketuk dengan Tauke Bangla kt Nilai tu. Slalu klu pergi bli barang mmg pusing 10 buah kedai baru decide nk beli. ehehehe...
 
Sebenarnya ada cerita jugak di sebalik cerita pembelian set kerusi ni, Last month my brother & his family datang ke rumah kitorang. My brother ni mmg kuat merokok, memandangkan my hubby xmerokok, so aku mmg xde bekas untuk letak habuk rokok ke ape. Pastu aku cakap la elok2 kt my brother yang kt rumah aku ni xde bekas habuk rokok, coz xde org merokok, klu nk merokok duk kt kerusi luar tu jela, buang je habuk rokok kt luar tu. Kebetulan hubby ada skali masa tu, dan-dan tu jugak my hubby pun pergi amik cawan kaca kt dapur utk letak habus rokok. aduusss.. Hmm macam2..
 
Lepas my brother dah balik tu hubby marah aku pasal kejadian tu. Katanya nnt my brother amik hati ke ape plak cakap macam tu.. Lahaiii.. abg aku tu xdenya nk sensitif sangat. Setakat cakap camtu tu dia pun faham. Hubby oh hubby.. org lain xterasa ape dia dulu yang ter"over" sensitive. Itulah ceritanya yang buatkan hubby semangat sangat nk beli set kerusi kt luar tu. So bolehla kasi hadiah untuk bestday aku skali katanya. Aku terima je. Org memberi kite merasa. :)
 
Apepun Thanks a lot to my hubby atas hadiah yang sangat comel tu. Duit claim hubby yang last month punye habis untuk belikan hadiah & belanja makan untuk bestday aku. So lepas ni klu my brothers or member2 hubby datang ke rumah bolehla lepak merokok di situ yea. Aku dah buat comel2 dah untuk korang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan