Selasa, 18 Februari 2014

JJCM @ Nims Little Island Bangi

Klu tengok review blogger berkenaan restaurant ni mmg ramai yang cakap sedap, ada tu mcm terlampau berlebih la pulak nk promote restaurant ni. Pada aku makanan di sini biasa-biasa shj. Tidak terlalu sedap tetapi bolehla klu nak mencuba.
 
Haritu my hubby dengan baik hati telah membuat offer utk belanja makan kt Secret Recipe Sempena Birthday aku pada 16 Feb last week, tapi aku pulak yang xnak, coz makanan & harga macam xpadan aku rasa. Lagipun dah berpuluh kali kot lepak kt secret Recipe tu, jadinya xde benda yang best sngt pun klu hubby nk belanja kt situ. So aku ajak hubby ke Restaurant Ana Ikan bakar bersebelahan dengan balai bomba Bangi. Sekali masa kitorang pergi mlm tu, tutup la plak kedai ni. Adooiii dah berangan nk makan ikan bakar. Aku ni adalah penggemar ape shj jenis makanan yang di bakar. tapi xkesampaian hajat utk ke situ, mungkin next time kot.
 
Seterusnya Plan A dah cancle maka kite ke Plan B. Rancangan ke-2 adalah ke Nim's Little Island di Bangi. Lokasi kedai ini adalah di Jalan Teratai Sungai Ramal Dalam. Kedai agak jauh ke dalam. So klu dari jalan masuk tu dlm 300m gitu kot nk sampai ke kedainya tu. keadaan kedai biasa2 shj, Standard kedai Kelantan camtulah. Service bagus, kerana xlama menunggu, xsampai 30 minit dah sampai makanan. Minimum awal lagi dah sampai.
 
 

 
Kitorang order Tomyam Kelapa + Sotong Celop Tepung + Telur dadar + 2 Nasi Putih + Air Tembikai & Calamansi Barli. Harga untuk semua hidangan ni adalah RM29.50 Hmm Okla... harga masih boleh diterima. Walaupun Isi Tomyam tu xdela banyak mana. Standart makan kt geraila. Rasa tomyam tu biasa2 saja. Mengikut rasa lidah aku ni, tomyam dia biasa-biasa shj, masak sendiri lg sedap kot. ehehehe jangan marah Noo, aku just kasi 3.5 bintang jelaa. Cuma tang service yang cepat tu boleh kasi 5 star.
 
 
 
Sementara menunggu hidangan sampai terpaksa Abi melayan adik. Xhabis-abis dengan Upin & Ipin. Sampai Internet Data habis kt si kecik ni je...
Hmm bile dah ade anak, camnilaa..
 
 
 
 
Oh ye sotong celop tepung pun tidak memenuhi standart, my hubby cakap bukan sotong celop tepung tapi "Tepong celop tepong xpun Cucur Sotong" ehehe.. xfaham aku. Sotong kecik cinonet, tepong bukan main besar balut kt luar. harga RM5 utk 6 pcs. Oh Malaysia-ku.
 
 
Ape entah benda ni org panggil. mahal sungguh. klu kat Terengganu 5 keping RM2. Seafood segar lagik. Ini bukan rasa apepun. tepung dengan lada je rasa. itu pun M0.80 sekeping... adooiii
 
 
Kepada yang rasa nak mencuba masakan di kedai ni boleh-lah cuba, mungkin masakan lain lebih sedap kot. Mungkin next time klu aku ke sini lagi nk kene try makanan lain la plak. Mungkin boleh cuba yang goreng-goreng kot.
 
Apepun, thanks to hubby coz sudi belanja makan, ehehe walaupun hadiah dah claim awal lagi dah.. lupe pulak nk upload gambar hadiah dari my beloved ni. ehehehe biasalah setahun sekali kene paw.. bukan hari2 pun... Tapi bukan mintak pun, dah org nak kasi kite terima jela. Org memberi kite merasa.. ! :)
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan