Susah sangat adik nak main kete kt luar, motor police yang pakai bateri kt luar tu dah rosak, so bile nk tolak dengan kaki, sikit punye seksa aku tengok. Sian pulak anak ibu. Sampai berpeluh mengayuh dengan kaki. Kat rumah tu dah ade 4 buah kenderaan untuk Nuha sahaja. Amboiii joli betul budak kecik ni yea. Nnt Klu ade adik dah xboleh nk pampered sangat ok.
Ni dia kereta baru adik yang xpakai bateri. Semua 3 buah kete kt umah tu pakai bateri, bila bateri dah kong dah xleh nk main. Terpaksa kuar duit lagik untuk bli bateri.
After dah puas pusing sekedai maka aku decide aku kete kuning yang tadi-la. Mmg dah set awal2 dalam kepala, dah xnak beli kete/motor yang jenis pakai lg. Coz senang nk maintain yg camni. Harga pun jimat skit. Adik nak terjah tang mana pun xpe.
Bangla dah nak siap pasang dah. Lokasi Kedai mainan ni kt Chowkit, corner lot yang paling hujung skali. X-ingat pulak nk tengok nama kedai. Tapi mmg org slalu ramai kt kedai tu, harga pun agak murah & berbaloi2. Klu nk compare harga kedai mainan yang kt Chowkit Vs Nilai 3 tu better beli kt Chowkit jela. Jauh lebih murah & banyak pilihan. Lagipun kedai ni adalah kedai pemborong barang mainan. Klu bawak semek Nuha ni comfirm guling2 nk macam2. Aku ke kedai ni sebab dekat je dengan office aku. Time lunch tu terus pergi cuci mata sesorang kt sini. Dah banyak hari nk pergi beli tapi asyik xmenyempat je. So harini aku kuatkan ingatan & gagahkan jua untuk pergi. Memandangkan Hubby ade kursus di Subang Jaya so aku pergi sendiri jela.
Xsabar rasanya nk balik. Nak tengok semek kecik main kt depan rumah tu. Mesti suke yang amat la tu dapat kereta baru. ehehe adik2... walaupun pagi-pagi selalu buat perangai macam2 sampai naik berbulu kepala ibu ni hah. Tapi bila xde je depan mata rasa rindu pulak kt anak ibu yang banyak kerenah & sangat manja ni. Anak Abi la katakan. Anak ibu adalah permata hati ibu muahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan