Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan limpah kurnianye... harini da masuk hari ke-8 aku berkhidmat di Al-Bukhari Group, banyak benda yg aku belajar, bergaul dengan pelbagai latar belakang manusia yg kebanyakkan-nye terdiri di golongan atasan dan berpengalaman dlm bidang pengurusan harta dan pembangunan hartanah terasa begitu kerdil diriku ini, masih banyak benda yg perlu aku belajar untuk pergi jauh lg..
Aritu aku ade meeting dengan Gamuda berkenaan dengan tanah yg nk di bangunkan di sekitar semenyih, boleh tahan jugak nampaknye perancangan dia.. mmg proud gile dpt involve untuk projek2 besar ni, walaupun nampak senang tp bile dah facing the reality thats not so easy.. banyak benda yg perlu diteliti dengan details.. huh mmmg mencabar gile.. walaupun begitu bile senior2 mengeluarkan idea2, perghh mmg dahsyatt xterfikir plak aku tentang semua tu.. the way diorang melihat tu mmg xsama dengan cara penglihatan junior cam aku.. moga2 Allah memberi jalan mudah untuk aku lalui segala cabaran kerje ni dlm keadaan aku yg sarat 6 bulan ini Insya'Allah.. ameen..
Esok plak aku ke Kinrara kem, untuk memantau surrounding area kt situ, kem kinrara akan di alihkan ke sendayan dan juge PD so tanah tapak kem akan di ambil alih untk projek perumahan berskala tinggi & mewah. tengokkan kepada planning projek yg dah siap mmg mantap gile, tp harga seunit adooiilaa no komen, setakat gaji household 4k to 5k mmg xbenranganla nk beli rumah kt situ.. kcuali xde komitment ape2, maybe ade peluang la nk lulus pinjaman bank ..
Harga hartanah di sekitar Klang valley mmg melampau yg amat skrg, dah tahap gile2 aku rase, mmg xrelevan langsung, tp yg pelknye setiap kali launching cepat aje habis unit2 ni, sedangkan harga da gile babas punyer tinggi, entah sape la yg menghabiskan semua stok hartanah tu.. hmm pening aku memikirkannye.. ape2 pun aku harap aku pun akan diberi peluang untuk membeli unit2 hartanah yg bermutu tinggi suatu hari nanti Insya'Allah, Walaubagaimanapun aku bersykur kerana aku telah berjaya merealisasikan impian untuk memiliki sebuah hartanah sendiri pada usiaku belum mengjangkau 30 tahun, walaupun hartanah ia cumalah sebuah hartanah bertingkat namun aku bersyukur kerana aku berjaya memilikinya pada harga di bawah market value iaitu 140k shj dlm sebuah acara lelongan hartanah di KL, sedangkan harga pasaran sekarang telah menjangkau 200k, aku telah berjaya membuat leveraging pada pembelian hartanah kali pertama sebanyak RM60,000 .. Alhadulillah ya Allah.. :))
aku ingin meletakkan target untuk memiliki hartanah ke-2 aku pada usia kurang 33 tahun bermakna lebih kurang 5 tahun dari sekarang. aku ingin memiliki sebuah rumah terrace. lokasi rumah adalah dlm lingkungan kurang 50km dr kuala lumpur serta mempunyai segala fasilities yg mendamaikan seperti penempatan rumah di cahaya SPK puncak perdana, walaupun jauh dari bandar dan kesibukan kota tp suasana persekitaran-nya masya'Allah sungguh mendamaikan sesuai dengan jiwa aku yg sukakan ketenangan yg digabungkan dengan element air yg begitu mengasyikkan setiap jiwa yg tinggal didalamnya.. huhuhu berangan la plak aku ni.. yerlaa.. kate org dr angan2 itula akan terjadinya impian, dan dr impian itu akan menanamkan semnagat untuk berusaha dgn gigih utk mendapatkannye.. Insya'Allah mungkin suatu masa yg telah dijanjikan, akan tibalah waktu dan saatnye untuk-ku memiliki-nya ameen.. semoga dipermudahkan Allah segala urusan dunia dan akhiratku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan