Ahad, 18 September 2011

Oh My Baby


Semalam aku n hubby ke Midvalley belikan tilam n segala peralatan untuk our 1st baby, tilam dia aku pilih color hijau muda, dah xde color lain yg menarik, yg ade cume 2 color, 1 color biru dan 1 lg color hijau muda, Xcantiklaa color biru tu so aku pick up hijau muda punyer, al-maklumla mata aku ni mmg xberkanan skit klu color biru ni .. eehehe Not becoz of Political Sentiment.. kelambu untuk dia pun aku amik color yg hampir2 same ngan tilam, color hijau, putih campur pink.. ehehehe mmg cute.. harap2 anak ibu dpt tido dengan selesa dan aman.. muahahaha...

ape yg aku perasan tentang tahap keaktifan my baby ni, ade time2 tertentu dia akan duduk diam dan hanya bergerak sekali sekala shj, dan ade masenya dia akan move ke kiri & ke kanan xberenti, klu org pantai Timur kate, "buas semacam" eheehehe.. atau dlm bahasa yg mudah difahami ala2 bergerak terlalu aktif.. keadaan itu dpt aku bahagikan kepada beberapa keadaan.

keadaan pertama bila aku berada ditempat yg bising & riuh rendah. biasanya kt site or ketika aku menonton TV. slalunya bile ade music2 yg agak keras bunyinya dia akan move ke kiri dan ke kanan secara agak kerap dlm sela masa 5 - 10 minit. ape yg aku dapat rase, dia cube memberitahu yg dia berada dlm situasi yg tidak selesa dan mengharapkan aku segera mencari tempat yg lebih mendamaikan.

Keadaan yg ke-2 bile aku memasang ayat2 suci al-quran samada di waktu mlm sebelum tido or waktu pagi sepanjang perjalanan nk ketempat kerje, dia akan bergerak dengan gerakan yg lembut dan perlahan.. selepas tu senyap dan terus tido agaknya.. seperti dia terbuai oleh alunan ayat2 suci al-quran ataupun zikir.. subhanAllah, bertapa besarnya pengaruh al-quran walaupun kepada janin yg masih belum mengerti ape2 tentang kehidupan. mungkin kerana jiwa janin itu suci dan bersih dr sebarang dosa so dia mendapat kesan langsung drpd mukjizat al-quran berbeza dengan jiwa insan yg telah ditutupi dosa dan noda hitam yg telah lama bertapak dihati, walaupun mendengar ayat2 suci al-quran berulang kali, ianya hanya seperti mendengar music di radio, tiada sebarang kesan yg tertinggal di hati, jauh sekali pada akal & sikapnya.. Astarfirullahal'azim...

Keadaan yg seterusnya apabila aku berbicara dengannya, kekadang pada sebelah mlm lebey kurang jam 10.30 to 11.30 dia akan bergerak aktif secara tiba2, aku selalu menasihatinya supaya tido dan duduk diam ataupun bergerak dengan perlahan..  "Anak Ibu.. jgn nakal2 sngt, ibu da penat ni, jom tido skali dengan Ibu dah lewat mlm ni, esok kite nk bangun subuh plak, ibu nk pg kerje lg, nk masak sarapan lg, jom kita tido.." aku berkata2 sambil mengusap perutku, seolah2 membelai diri-nya. dan Alhamdulillah selepas beberapa minit dia akan kembali tenang dan aku dapat tido dengan aman sampai menjelang subuh..

Aku n my hubby duduk berasingan, sorang di utara sorang di Kota metropolitan, so hanya pada setiap hujung minggu my hubby akan dtg menjenguk keadaanku disini... Tindakbalas janin-ku dapat dirasakan ketika ayahnya balik pd hujung minggu, setiap kali aku berbicara dengan my hubby atau bergelak ketawa, dia akan diam tanpa membuat sebarang gerakan, seolah2 cuba mengecam suara insan baru yg ade bersamaku ataupun mungkin dia dapat rasekan kehadiran seseorang yg rapat dengan dirinya tetapi jarang sekali suaranya didengari.. boleh dikatakan hanya beberapa tindakbalas atau gerakan dapat dirasekan ketika my hubby ada bersama. bilangan gerakan adalah kurang drpd biasa. Maha suci Allah, kejadian yg sngt menakjubkan..

Ape2pun, aku berdoa semoga insan yg akan aku lahirkan nnt berjiwa tenang & berakhlak mulia.. InsyaAllah.. dlm doaku sesudah solat aku selalu mebisikkan padanya...
"Semoga hidup anak ibu akan sentiasa diberkati & rahmati Allah hingga ke Syurga..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan