Rabu, 21 September 2011

Puisi Untuk Ibu

Bile terbaca sajak ni di FB Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah, tetiba ade titis-titis jernih mengalir deras dipipiku, terasa tersusuk oleh bait2 puisi ini.. sungguh menyentuh kalbuku.. Demi sesungguhnya aku sentiasa merindui kehangatan tangan seorang insan yg kupanggil "ummi" .. Sebuah kerinduan yg tiada penghujung-nya...

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...
Tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...
Tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...
Tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...
Tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...
Tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...
Tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...
Tangan ibu yang membelai duka sambil berkata : Sabar nak, Sabar ye sayang...

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
Tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...
Di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu..?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu hendak dimandikan...
Di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir...
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu...
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


Al-Fatihah untuk arwah Ramlah binti Che said yg telah pergi buat selama-lamanya pada 16 Syawal 2009.
Semoga ummi bahagia di sana, di sisi Maha Pencipta. Ameen.. :.(