Isnin, 22 Julai 2013

Baby Nuha Sudah 1 tahun 7 bulan

 
Nuha Safiya Muhammad Shafie dah besar, Umur dah masuk setahun 7 bulan. Banyak perkembangan positif budak kecik sorang ni. Ibu sangat sayang adik tau. Walau pun kekadang ibu selalu kurung adik dalam bilik air or dapur tp ibu buat semua tu sebab ibu nk suh adik dengar kata. Kalau x, penat ibu nk buat kerja. Ibu kemas adik sepahkan, pastu ibu kemas lagi, adik sepahkan lagi, kali ke-3 after ibu kemas, maka adik ke lock laa kt memana bilik yg ade.. ehehe.. Haaa kan ibu da angin tu... xpasal2 kene kurung, tp bukan sakit pun kene kurung, bukan kene rotan or kene cubit pun. Ok latu.. ehehe.. boleh relex ape kt dlm bilik, siap ibu pasang kipas lg. Amacam seronok x kene kurung..?
 
 
Sejak akhir-akhir ni budak kecik panggil  aku mama plak, penat aku duk bahasakan diri aku Ibu, hmm sampai sudah X-dipanggilnya, alih2 panggil mama. Ape2 la syg, asalkan adik kenal siapa ibu yg melahirkan adik. Abi plak di panggilnya abah, memang xkene langsung. Adooiiii macam2 perangai budak kecik sorang ni. Kadang2 buat aku happy, kadang2 buat aku angin satu badan. Aiissh aku malas nk ajar marah kt anak2 ni. Bior dia besar skit baru aku marah. Tp itulaa kekadang time kite tengah penat tu la dia nk buat perangai. Hmm mau aku X-menjerit. aduyaiii... sabo ajela. Sesekali bila aku fikir2kan balik, rasa mcm kesian la plak kt budak kecik ni, kecik2 dah kene warning bagai, dia bukannya faham sangat ape yg dia buat. Mereka hanya sekadar ingin meneroka dunia kecil mereka seadanya.
 
 
 
Duk meronda semua kawasan kt showroom Honda...
 
Perkembangan si kecik ni sgt ketara. Dia dah pandai berangan bile main sesorang. Pernah aku intai apa yg dia buat kt dlm bilik mainan. Dia buat gaya org yg makan ubat pastu minum air. Siap kembung2 mulut. Kononya minum air la tu. Hahaha.. aku ngan hubby siap tergelak besar lg. Pastu dia berangan sapukan bedak kt baby. Dia amik Pooh dan sebotol losyen pastu dia buat gaya tuang bedak kt tangan & than dia sapukan pada badan Pooh tu. Hehehe adik OoOo adik.. kuat berangan toii budak kecik ni. Macam sapa ni kuat berangan.
 
Antara perkataan yg dia dah boleh sebut, Nak A (air), Nak Syu (susu), Nak Syi (nasi). Klu kite panggil nnt dia nnt dia cakap "Jap" (sekejap) hehehe, Mama, Abah, Opah, Ki, Abg. Selain tu dia dah faham arahan yg di berikan. Klu aku cakap "Buang dlm Dusbin" nnt dia akan amik sampah & g buang dlm tong sampah dapur. Klu kitorang ckp "Seat" nnt dia duduk. Klu aku ckp kt dia, "Ibu nk pergi Work, adik duk ngan Opah yea" dia xkan merengek nk ikut, nnt dia akan lambai tangan dia tandanya aku dah nk g kerja. Tp after aku balik kerja, klu nk tinggal lg dia confirm melalak tergolek klu aku x-bawak dia skali. Time nk amik dia tu, klu dia dengar bunyi alarm kete aku. Sure dah berlari kt depan pintu, siap pakai selipar & lambai tangan kt opah lg. Dia dah nk balik la tu.. ehehe budak panjang akal betul. Tp klu dia xde bosan gile aku. harapkan dia je yg menceriakan hari2 aku. Klu nk tido, mesti nk kene berpeluk dengan dia, klu x, xde makna dia nk tido. Walaupun aku baru lepas kurung dia, still nk aku jugak yg peluk dia, baru dia tido. Hehehe.. adik2...
 
Doa ibu moga adik jadi budak yang bijak & beragama yea syg. Muahaha... Ibu sentiasa syg anak2 ibu.
 
 
 
 
 
 
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan