Selasa, 16 Julai 2013

Progres Rumah :: Pemasangan Alarm System P-A-R-A-D-O-X

Kerja-kerja penambahbaikan rumah belum selesai sepenuhnya, walaupun tempoh renovation rumah telah mengambil masa hampir 6 bulan. macam2 cerita & kisah telah di lalui, uh mmg bengang & sakit kepala nk melayan kerenah Indon2 yg buat renovation ni. Buat kerja macam sampah tp nk bayaran macam hasil Tip Top, bile kite suh repair dia buat endah x endah, 2 minggu dtg sekali, pasang 1 kipas & 2 lampu. lepas tu xdtg2. Sampai dah masuk Puasa ni ade 5 biji lampu belum habis di pasang.  
 
Sesapa yang tengah buat renovation rumah mmg kebanyakan akan menghadapi masalah yg sama, walaubagaimanapun segala Plan haruslah berada pada trek yg betul klu x, mmg pening nk memikirkannya. Mcm kitorang skrg... mmg keluar trek habis, nk patah balik ke trek asal tu agak letih nk kejar. Tambahan pula dah dekat nk raya, aduyaaiii semput jugaklah di buatnye. Huhuhu...
 
 
LED keypad, klu nk tukar kepada LCD keypad pun boleh cume nk kene top-up lg RM250. So aku pakai LED je, xpayah LCD bagai pun xpe, yg penting function sama dah ok., tp klu ade extra boleh aje nk cantik...  
 
 
Okla entry kali ni aku nk storey yg best je, malas nk panjang2 citer pasal indon2 bodoh yg menyusahkan tu. Semalam Installer Alarm telah menyiapkan Pemasangan Alarm system di rumah kitorang. Alhamdulillah, satu lagi listing rumah telah Berjaya di laksanakan sebelum raya, so lapang skitla dada ni nk balik kampung. Segala pendawaian telah di lakukan lebih awal lg. Cume semalam diorang dtg install siren, keypad & point pada semua tingkap & pintu keluar, termasuk mainhole syiling.
 
 
 
Untuk Alarm system ni, aku menggunakan PARADOX SP6000 sebagai pengawal keselamatan rumah. Ada macam2 jenis alarm system kt luar sana. Antara ygsering kite dengar adalah ADT. Ape beza ADT & PARADOX ni..?? Dari segi kualiti adalah sama, cuma beza-nya adalah ADT mengenakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM75 sebulan dengan contract selama beberapa tahun. Kos pemasangan & barangan juga di kenakan tp agak rendah. Berbanding dengan PARADOX mereka hanya mengenakan kos pemasangan & juga Barangan shj. Tiada kos bualanan yg perlu di tanggung. Oleh itu kitorang membuat keputusan untuk bayar sekali shj. Malas nk amik komitmen bulanan.

Untuk SP6000 ni di bahagikan kepada 8 zon dengan penambahan keseluruhan sebanyak 32 zon. Tp kitorang pakai 8 zon je, nk buat ape pasang sampai 32 zon. Banyak sangat tu untuk rumah double storey intermediate. Tp next time klu rasa nk tambah zon xde masalah, cume nk kene panggil balik installer untuk dtg buat wiring baru & penambahan zon. Duit pun nk kene tambah jugak la yea..
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan boleh berurusan terus dengan Mr.Chin. Dia agak friendly & senang di bawa berbincang. Korang boleh aje cakap kt dia, dapat no dari Owner Rumah kt Hillpark 2 Bandar Teknologi Kajang. Kot2 dapat special discount mane-la tau kan huhuhu.. Tp serius aku cakap, service diarang mmg tip top. 10x kite request suh dtg pun dia still ok. Xde plak di kenekan sebarang bayaran. Mmg terbaik... :)

Next Listing yg sedang di usahakan adalah Kitchen cabinet, Dining Table, gate & juga Autogate. Mudahan2 dapatlah bonus raye banyak skit... amen.. hehehe :)  
 
 
 
 
Crystal Alarms & Automation
81-1A OG Business Park, Jalan Tan Yew Lai
58200 Kuala Lumpur.
Telefon No: 03-7782 3230
HP : 019-321 3230
 








3 ulasan:

  1. Salam,

    Nak tanya..so kalau Alarm triggered, Shafiza dapat notification tak? meaning centre call ke, notify thru mobile ke? And alarm system Paradox ni pakai line telefon tak? Sbb kalau pakai ADT, derang mmg pakai line telefon. (bile tah line telefon nak ade kat Hill Park 2)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ramadhan syazwan,
      Klu alarm triggered mmg dia akan ada voice dial, sms & email kepada registered owner yg dah di masukkan dlm listing. Tetapi buat masa sekarang line telefon belum ade di Hillpark 2 so belum activate lg la untuk service tu. Line dah ade cume Telekom service line je belum ade. Installer akan buat penyambungan line kepada Telefon once line TM dah masuk InsyaAllah. harapnya TM dapat pasang tiang secepat mungkin. :)

      Padam