Baru masuk hari ke-2 berpuasa, dah fikir nak raye kt mana ea... ehehehe... Mmg perkara pertama yg akan selalu berlaku konflik suami isteri ialah menyambut raya 1st di rumah siapa..? Walaubagaimanapun masalah ini tidak begitu serius melanda pemikiran aku. Masa mula-mula kawin dulu adalah jugak sedikit sebanyak keributan yg melanda jiwa ni. Mmg konfrontasi abis... mood pun semacam je. adeehh.. gaduh pasal nk balik raye kampong siapa dulu punye pasal. Kampung aku dengan kampong hubby xdela jauh mana pun. 45 minit perjalanan je dah sampai. Sepatutnye xdela timbul konflik kan.. tp itulah.. masing2 berkeras nk balik kampong masing2 dulu. Aku mmg sah2 nk balik kampong aku dulu. Mestilah nk beraya dengan my beloved umi, lg pulak arwah umi masa tu xberapa sihat, so dia hanya mengharapkan aku balik untuk sediakan ape yg patut. Dari kerja2 membersihkan rumah sampailah menyediakan makanan untuk raya pertama. Aku adalah anak perempuan tunggal, lagi 3 org semuanya laki. Adik aku sorang tu mmg rajin memasak. Harapkan dia jela yg menolong umi jika aku tiada. Sampai dah berumah tangga sekarang pun dia masih memasak. Bini dia main order je nak makan ape. best plak aku tengok. eehehe...
Setiap kali raya kitorang akan balik ke kampong aku, walaupun aku tau my hubby ade sikit bengkek dlm hati dia coz slalu balik tido kt rumah aku. TAPI... ye penekanan besar di situ, walaupun Nampak macam balik dirumah aku, tapi sebenarnya xpun, hampir setiap kali Malam Hari Raya Pertama kitorang melepak kt kampong dia. Dari berbuka puasa sampai-lah larut malam. Kekadang sampai dekat jam 2 pagi baru balik rumah aku untuk tido. Rumah aku tu hanya berfungsi macam bilik hotel je pun, kekadang terasa jugak sakit hati bile selalu macam tu, lagi2 masa tu arwah umi xberapa sihat. Sepanjang malam duk berborak & bersembang dengan ipar duai tu, hati & fikiran aku ni xlepas dari memikirkan kerja2 kt rumah, siapalah yg tolong umi agaknya. Sian umi nk kene buat sesorang... sangat sedey bile mengenang kembali peristiwa yg dah berlalu setiap kali menjelang Raya. Bile sampai rumah jam dah dekat 3 pagi, tp umi masih belum tido. Duduk bertengek atas meja dapur sesorang siapkan ape2 yg patut untuk juadah raya esok hari. Umi sentiasa memahami aku. Tanpa sepatah kata pun, dia dah tau yg aku tengah down & sakit hati. Sepantas tu dia akan berkata "Sabarlaa... sekali skala dia nak jumpe adik beradik dia.. mlm2 raya ni org banyok berzikir, banyok bertakbir, amik berkat malam-malam raya ni.. jauh lg perjalanan hidup tu..."
Allahuakhbar aku selalu ingin mendengar kata-kata nasihat itu, umi adalah seorang ibu yang sering berbaik sangka, walau aku tau dalam hati dia mungkin kekadang dia sedikit terguris dengan keadaan yg berlaku, tp dengan indah dia selindungkan luka di hatinya dengan kata2 ketabahan untukku. Moga Allah memberi balasan terbaik atas kesabaran umi melayan sikap2 manusia yg dengan sengaja melukakan hati umi dulu.
Aku masih terkenang kepada sambutan hari raya pertama yang aku sambut selepas bergelar isteri. Selalu-nya bile menjelang ramadhan, baju raya dah siap 2, 3 pasang umi tempahkan, Tp after kawin lain pulak ceritanya. Bile umi Tanya aku, "mana kain-nya nk hantar jahit ni, nnt lambat2 tukang jahit xnk amik dah, bukan kite je buat baju raye.." katanye. So aku explain kt umi yang raya tahun ni aku xbuat baju raya, Aku plan nk pakai baju nikah aritu aje. Lagipun aku mmg xde niat nk beli baju raya pun, coz memikirkan baju nikah pun masih baru & boleh di pakai. So hubby pun xbeli baju raya jugak, dua-dua org xde baju raya. Baju melayu nikah dulu masih elok katanya. Walaupun dlm hati aku ni, nak aje beli baju raya tp xpela. Xpayah membazir, banyak lg benda nk di beli nnt. Maklumlah baru je 2 bulan lebey kawin. Duit pun dah kering. Walaupun majlis kawin biasa2 je pun, xde grand2. sampai gambar kawin pun xde. hanya pakai kamera HP utk amik gambar. Hmm bayangkanlah bertapa simple & ringkasnya kenduri kawin aku. Tapi meriah dengan tetamu yg dtg. Alhamdulillah.
Nak di jadikan cerita, arwah umi siap belikan baju raya untuk aku & juga hubby. Elok je umi lipat baju raya tu & letakkan di atas katil dlm bilik pengatin kitorang. Sesampai je kat rumah, umi buat biasa je, sambut dengan gembira, bersalam & peluk cium. Bila masuk ke bilik untuk letakkan beg & barang2, Hubby tergamam melihat sepasang baju kemeja Sutera & juga sepasang baju kurung warna sedondong. aku pun terkejut jugak. Hubby ingatkan aku yg nk buat surprise kt dia...Oh silap.. tekaan-mu itu salah belaka.. huhuhu.. Rupenya umi yang belikan. Ya Allah Umi.. Umi.. sering buat begitu.. aku kekadang terasa amat terharu dengan kasih syg-nya. Aku dapat rasakan bahawa umi terasa sesuatu, bila aku katakan kepadanya yang raya tahun ni aku hanya pakai baju nikah haritu je, xbeli baju baru pun. Hmm.. kasih ibu, seringkali buat aku ingin menangis bile mengenangkan-nya. Umi selalu ingin memenuhi segala keperluan hidupku sekalipun aku telah berumah tangga. Terima kasih umi kerana sentiasa menjadi penjaga setia-ku hingga ke akhir hayat.
Raya tahun ni camne plak yea, Hmm.. aku lebey selesa balik di Rumah-ku, lgpun di rumah tu sekarang, yang ada cume adik bongsu-ku Sadiq seorang sahaja. Kesian dia duduk sesorang kt rumah tu. Yang lain sume dah berkeluarga. Masing2 dengan hidup masing2. So nampanye raya tahun ni pun sama macam tahun2 yang sudah. di rumah aku lebey selesa, coz tiada org, berbanding di kampong my hubby. Sampai xcukup bilik, terpaksa tido di tengah rumah. Maaflah aku bukan cerewet, tp aku xbiasa begitu. Mungkin alas an yg clishe tp itulah hakikatnya. Xemengapalah klu hubby nk bersembang sampai ke subuh pun, Tp aku nk tido di rumah aku & di bilik aku sendiri.. Lebey selesa & puas rasanya berada di tempat sendiri. Bukan sombong atau memilih, tp aku hanya inginkan sedikit ruang untuk diriku sendiri.. yea... sedikit ruang untuk aku mengisi hati bersama kenangan masa silamku yang penuh cerita di Rumah itu. Walaupun arwah umi telah tiada, tetapi dia tetap ada & hidup di jiwa-ku buat selama-lamanya. Setiap kali balik kekampung, perkara pertama yg ingin aku lakukan adalah melawat ke pusara umi. Aku ingin dia melihatku datang kepadanya, aku ingin umi tahu bahawa aku sentiasa ingin bersamanya, aku akan selalu cuba untuk membahagiakan-nya walaupun kami telah terpisah di antara dua dunia yang berbeza.. Al- Fatihah... Harapan-ku moga hubby memahami & selalunya dia sentiasa memahami dlm diam-nya.
Selamat Menyambut Ramadhan & menunaikan Ibadah Puasa !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan