Sebulan ni aku asyik ke pameran hartanah, tiap hujung minggu aku mmg akan ajak hubby ke mana-mana show house or House Gallery. Dah meroyan nk beli rumah lagi ke cek oiii..?? Hubby siap buat cerita kt my aunty yg aku nk beli rumah lagi. hamboiiii sedaapnya dia buat citer yea. Seronok bukan main dia bila dapat jumpe my aunty. maklumlah bukan slalu pun kitorang melepak kt umah Opah Nuha tu. sebulan sekali belum tentu. So bile dah jumpe, macam2la dia report kt my Aunty. Seronok bukan main ye... Suke latu ada geng nk sokong dia & kutuk2 aku tu...
Mentang2 aku asyik ajak dia g tengok rumah je, sesuka hati dia make up story yang aku nk g beli rumah. Hamboi2 banyak nooo duit den ni hah, xde kerje lain asyik nk beli rumah je... ingat beli rumah tu mcm nk beli baju ke syg oiii.
Dah sah2 la aku ni kerja dlm bidang property development. Mmgla aku kene update kan diri aku ni dengan segala maklumat yang berkenaan dengan hartanah terbaru skrg. Asal aku ajak g tengok rumah je ingat aku nk g beli rumah. Addooiii U ni... Kang aku letak booking untuk new house plak kang, ade yang pening lalat sat g. Haaa nak sgt buat cerita pasal aku nk beli rumah kan..? Amacam ok x Yg..?
Baru2 ni aku ade g tengok House Gallery kt Setia Ecohill Semenyih. Design Rumah bolehlaa, Cume saiz rumah agak kecik pada aku. Harga bermula dari 410k - 580k bagi unit 20x65 & 20x70 dengan keluasan rumah 1690 sft - 1890sft. Huh mamai aku tengok harga property skrg. Nasib baik da siap2 grab satu landed property last year, kalau tidak mmg berbulu di buatnya. dahla harga sikit punye mahal pastu rumah plak sekangkang kera.
Hampir2 nk grab satu unit kt sini, Tp after fikir balik, kitorang cancle-kan, asyik beli unit strata je, better carik bungalow sebijik lg syok... ehehe :)
Seminggu sebelum tu aku ke Southville city ade bullet untuk Savvana Executive suite. Saiz bermula dari 956sft - 1017sft. Aku saje je acah my hubby. Aku cakap aku nk beli unit ni satu. mmg pada mulanya aku ada intention jugak nk amik satu unit kt Southville City ni as my investment. Tp after aku duk fikir panjang aku cancle-kan niat aku tu. Lagipun aku dah ade satu unit apartment di Taman sepakat Indah 2 sebagai rental Investment. So rasenya aku lebey berminat untuk menggunakan Loan facility terakhir aku tu untuk sebuah landed property. Xkisahla jauh skit pun. Asalkan harga aku dapat unit Bungalow untuk aku bercucuk tanam.
Kitorang duk aim unit jenis setingkat je. sekadar buat investment sambil2 tu boleh buat lepak2 weekend... Tp xtau lglaa jadi ke x nk beli ni, saje g usha2 dulu.. :))
Klu yang ni pun ok, tp nk buat ape besar2, Rumah aku kt Hillpark tu pun dah letih aku nk berkemas..
Rumah Rehat dalam Hutan di Bukit Broga pada Hujung minggu ... Ok ke..??
Bercerita berkenaan hartanah Bungalow yg berada dalam perhatian adalah Lot Bungalow di Bandar Akademia Lenggeng Negeri Sembilan. Bandar ini adalah bersempadan dengan negeri Selangor. Ia terletak kurang 6KM dari tapak Projek Setia Ecohill semenyih. Dengan harga yang agak menarik serta sedikit fasilitis yg disediakan. Aku cukup berminat untuk memiliki 1 unit lot Bungalow di sini. Walaubagaimanapun banyak perkara yang perlu difikirkan. Apa yang sedang di fikirkan sekarang adalah kebebasan untuk hidup & berseronok. Tp jika aku membuat penambahan asset di sini, maka aku perlu berfikir secara rasional untuk mengurangkan segala aktiviti melepak & melancong untuk tempoh 30 tahun. Uhh... sesuatu perlu dilakukan. Aktiviti social aku harus berjalan seperti biasa. Aku perlukan waktu2 untuk merehatkan fikiran dari segala hal2. Oleh yang demikian Holiday adalah perkara yang sangat penting bagi aku. Walaubagaimanapun Memiliki Asset juga adalah suatu kepuasan bagi aku. Arrgghhh mamai dibuatnya.
Apepun moga tahun 2014 menjanjikan kelapangan rezeki kepada kami sekeluarga. Skrg ni kepala aku tengah ligat berfikir bagaimana untuk aku mendapatkan lebihan wang sebanyak RM100,000.
Aku juga bercadang untuk membuat bidaan bagi hartanah yg di lelong. Sudah lama tidak membuat bidaan. So dengan lebihan wang 100k itu aku mungkin akan mendapatkan 2 atau 3 unit hartanah dengan mengunakan sedikit Fasility bank. beberapa unit terbaik telah di kenal pasti. Perangcangan ni adalah untuk tahun 2014. Bagi penghujung tahun 2013 ni kite slowdown skitlaa.. Banyak sangat hal2 yang dating dari manusia Bodoh + Bangang yang menyusahkan aku. So xperlu nk rushing sngt kot. 2014 dah xlama. Ehehe..
Jom kite tambah asset lagi sebijik... !!!
Jom kite tambah asset lagi sebijik... !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan