Selasa, 29 Oktober 2013

We Have Lunch Together Everyday !

Makan bersama pasangan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Serius ia sungguh hebat. Cubalah untuk mencari masa terluang untuk makan bersama pasangan sama-ada ketika di rumah mahupun office hour.
 
Aku & my hubby mmg selalu makan bersama-sama walaupun ketika di pejabat. Kitorang mmg amik lunch bersama-sama di Restoran mahupun gerai sekitar Jalan Pahang. Hubby di MINDEF, manakala office aku dah berpindah ke Jalan Pahang sejak sebulan yg lalu. Walaupun jarak antara rumah utk ke tempat kerja agak jauh & perjalanan mengambil masa lebih 1 jam tetapi aku tetap happy bile menjelang waktu rehat tengah hari. Jika hubby berada di sekitar Kuala Lumpur kami mesti lunch bersama-sama. Itu satu kemestian. Sekiranya aku ade urusan di MINDEF  maka aku cuba pastikan ia habis sekitar jam 12.30 tgh hari.

Kakak Cleaner kt office aku ingatkan aku ada skandal dengan lelaki lain, dia tak tahu yg selalu datang amik aku kt bawah tu adalah my hubby. Adeeh nasib baik aku sempat explain kt dia last week, klu tidak, ade jadi gossip sepejabat. Aiiyaaa...
 
Mungkin keadaan itu begitu agak janggal bagi pasangan suami isteri yg telah berkahwin, selalunya yg selalu dating waktu lunch ni kebanyakkannya couple2 yg tengah angau bercinta. Hari2 datang melanguk kt office si dara untuk keluar makan bersama. Syukur Alhamdulillah my hubby tidak seperti kebanyakkan lelaki lain. Makan bersama isteri bukanlah sesuatu yg memalukan bagi dia. Selalunya lelaki yang sudah berumah tangga akan berasa malu atau segan untuk keluar makan dengan isteri. X macho la Bro lunch dengan bini ! kwang..kwang..kwang...
 
Budaya yang semakin sebati dalam jiwa muda-mudi di Malaysia. Klu buat benda baik & elok jadi xelok. Klu kuar makan dengan awek & wanita bukan muhrim baru ade class. Pemikiran manusia yang tidak bertamaddun & kurang agama. Ingatlah wahai lelaki yang telah bergelar suami. Isteri adalah seorang manusia, dia ingin di kasihi & ingin di layan sebagai kekasih. Perempuan itulah yang selalu setia untuk berada di sisi kamu untuk menjaga keperluan zahir & batinmu, perempuan itulah yg telah melahirkan anak2 yg comel sebagai penyambung zuriat untukmu. Apelah sangat dengan meluangkan sedikit waktu yang ada untuk membahagian hati seorang wanita yang telah sah menjadi suri hidupmu itu. Walau mungkin bicaranya menyakitkan hatimu, walau sesekali kerenahnya membuatkan kau hilang sabar tetapi ingatlah wahai suami, mereka di ciptakan dari tulang rusuk yg bengkok, jika kau berkeras untuk membetulkannya dia akan patah jika kau hanya membiarkanya begitu tanpa didikan, dia akan selamanya bengkok. Belailah mereka dengan kelembutan, didiklah mereka dengan sabar kerana di sebalik kesabaran & ketabahan-mu  itu ada rahmat yang tersembunyi. Allah itu selalu memerhati & Dia adalah sebaik-baik pemerhati.
 
Terima kasih Abg kerana selalu menjadi teman yang terbaik untukku, dari lubuk hati yang paling dalam aku menotakan Doa semoga Allah terus merahmati kita sekeluarga hingga ke Jannah.
 
 
Wallahualam...
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan