Sebagai seorang isteri yang berkerjaya, aku keluar rumah jam 8 pagi & pulang ke rumah lebey kurang jam 6.00 ptg, banyak tugasan rumah yang terbengkalai dan terpaksa menunggu hujung minggu untuk di clearkan. Setiap Hari perkara wajib yang akan aku siapkan ialah membuat sarapan sebelum ke tempat kerja. After balik kerja aku akan terus ke dapur untuk masak makan malam. Waktu makan adalah sekitar jam 7.00- 8.00 mlm. Makan sambil layan cite kt TV3. Banyak Hikmahnya memasak untuk keluarga. My hubby adalah Assistant yang sangat cekap. Kerja-kerja memotong bawang & lada di sub-kan kt dia. Aku hanya sediakan ayam, daging atau ikan untuk menu masakan, campurkan bahan2 masakan & menentukan kuantiti gula atau garam yg di kehendaki ke dalam periuk. kerja menumis lada atau menggoring ayam & ikan semuanya di subkan to my beloved hubby. Dia pun mmg suka buat kerja2 memasak. Aktiviti memasak kitorang adalah sangat happening. Tp after memasak korang faham2 sajelah habis bersepah satu dapur di kerja-kan. Bak berkemas mmg xleh sub kt Dia, hasilnya pasti mengecewakan. So kerja2 membersihkan dapur & mengemas adalah tugas hakiki aku. Hubby hanya pandai Vacum je. Whatever it is aku tetap say thanks to my hubby atas pertolongan ikhlas dia tu.
Petua untuk pastikan hubby rajin membantu di dapur adalah "memuji secara berlebihan hasil kerja ataupun masakan yang di masak, walaupun xkene je rasa dengan tekak xpe, jgn banyak komen, makesure makan dengan berselera bila hubby masak and than mintak dia masakkan lg untuk masa-masa yang akan datang. Sure dia akan bersemangat & sangat rajin untuk terus memasak & membantu anda di dapur" Believe It or Not ..? Believe It !! Boleh cuba lepas ni kt rumah yea puan-puan sekalian.
Seperti kerja-kerja mencuci, menyidai & mengangkat pakaian di ampaian selalunya aku akan sub-kan to my hubby jugak. Itupun bile keadaan terlalu kritikal untuk aku uruskan sendiri. My Hubby is My bestfriend. Klu minta ape2 bantuan InsyaAllah dibantu dengan baik, cume kekadang tu kene rasuah jugak sikit, baru kerje tip-top... hikhikhik
Aku adalah species manusia yang sangat suka bercucuk tanam, lagipun warna kegemaran aku adalah Hijau, yea Hijau Ok, bukan Biru !! ... walaupun Tanah di halaman rumah tu xdela sebesar mana kot tapi cukuplah tu, nak buat camne itu shj yang ada. This week aku asyik berulang alik ke Nursery. Dari Nursery Sungai Chua Kajang hinggalah ke Sungai Buluh. Every weekend kerja pusing ke Nursery je. Kemaruk nk beli Pokok & rumput dah dtg lg. Padahal rumput lama dah ade tp aku fikir nk ganti rumput lama dengan rumput baru.. kwang..kwang..kwang.. My bestfriend everafter follow je.. itu satu kewajiban, klu tak sape yang nak mengangkat Pokok & pasu segala. Kerja aku memilih pokok2 & pasu je. Angkat mengangkat ni mmg tak laa... :)
Pendek kata ke mana aku pergi, my hubby adalah teman yang sentiasa ada bersama. Aku senang bile dia ada bersama dalam ape shj urusan hidup-ku. Kekadang time aku terpaksa buat kerja luar pun aku selalu paksa dia ikut. ehehe.. paksa rela jelaa... walaupun muka ala2 gangster kampong pisang tapi dalam hati lemah gemalai. So kepada yang belum berumah tangga, Don't Jugde A Book By it Cover ok ! kekadang muka je Nampak baik, dengan kawan xberenti gelak, tp dengan bini Ya Allah mcm Singa Ko... !! Isk nauzubillah...
Sesekali aku terfikir jugak, if my hubby xde.. oh huru-hara aku dibuatnya. Klu setakat xde pergi kursus seminggu dua or sebulan dua tu still aku leh survive. Tp jika something bad happen to him. Oh my God... I cant Imagine it ! Nauzubillahiminzalik. Aku sentiasa risau jika ape2 terjadi pada hubby. Dalam setiap doa aku sentiasa bermohon moga Allah panjangkan umur-nya & berkati hidup dia.
Untuk dekorasi taman terbaru aku akan update once dah siap nnt. sekarang ni masih tunggang terbalik. Tambahan pula cuaca skrg asyik hujan je so aktiviti menanam agak terbatas. nak main hujan lelebey nnt demam susah jugak kak oii.. cuti dah xde ni. ehehehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan