Selalu bila hantar terus meluru masuk & main dengan kawan2. Tapi hari ni, bila sampai tak nak masuk plak. Kalau camni dah gaya-nya mesti ade something wrong semalam. Samada pengasuh Taska marah2 or pukul dia ataupun dia gaduh dengan si Omar lagi. Budak Omar ni mmg glamour betul, semua mak budak kt Taska tu nk kenal mana satu Omar. Nakal & ganas, adoiii rasa nak aje aku kasi hadiah air penawar kt budak kecik tu.
Bila Nuha dah xnak masuk maka hati aku ni dah berbelah bahagi plak jadinya. nak tinggalkan terasa berat hati, nak bawak g office nanti kelam kelibut plak. walaupun ade je staf lain yg bawak anak kt Office. Tapi aku rasa macam xsyok la plak nk bawak Nuha. Coz nanti habis satu Office di rondanya.
Cuba tenangkan Nuha seketika. Last2 pengasuh bawak dia masuk ke dalam. menjerit sekuat hati dia panggil " Buuuu... Buuuu... Buuu..." Ya Allah sedih plak aku nk tinggal si kecik ni. Terasa seperti di ragut sebahagian jiwa-ku. Dari celah2 cermin tu aku masih mengintai samada Nuha dah ok or masih lagi menangis. Alhamdulillah, Kak Ida dah tenangkan dia. Walaupun masih menangis tersedu-sedu tapi stil under control. Kak Ida membuat isyarat supaya aku cepat2 pergi, takut nnt klu Nuha terpandang aku, dia menangis lagik.
Dalam perjalanan ke Office, rasa sedih & sayu masih lagi mencengkam di jiwa ini, tanpa sedar sebijik demi sebijik airmata-ku jatuh ke pipi. Ya Allah.... jagakanlah anak kesayanganku itu, moga dia selamat & baik2 sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan