Isnin, 3 Mac 2014

Panggilan Ka'abah Telah Datang

Panggilan Haji terasa semakin dekat di hati. Terasa seperti ingin ke Mekah & Madinah. Tapi bagaimana hendak menunaikan Haji sedangkan hutang masih bertimbun. Simpanan di Tabung Haji pun belum mencukupi. kos untuk menunaikan Haji adalah sangat tinggi sekarang. Kalau pergi dengan Pakej Tabung Haji @ Muassasah mungkin bolehla dipertimbangkan. tapi itupun bukan sekarang. Mungkin 3 tahun lagi InsyaAllah. Tapi detik hati untuk ke sana seperti tidak dapat di tahan-tahan lagi. 3 tahun itu terlalu lama untuk di tunggu. Entah sempat entah tidak, entah sihat entah sakit. Hanya Pakej Tabung Haji yang menawarkan subsidi oleh kerajaan. Mungkin harga dalam sekitar 10k - 12k seorang. Klu berdua sudah 20k - 24k. Duit untuk perbelanjaan di sana lagi. Mungkin 10k sudah memadai. Sekurang-kurangnya Simpanan perlu ada RM35,000. Hmmm.... menghela nafas panjang buat seketika.
 
Terfikir juga di benak hati untuk mencairkan segala asset hartanah yang ade. memandangkan masa sihat & ajal tidak menunggu kita. Mungkin dengan mengorban sebijik hartanah untuk menuju jalan Allah & rasulullah itu mendapat keredhaan Allah. Rezeki di bumi ini semuanya milik Allah. Aku tidak ingin termasuk dalam kalangan manusia yang menghitung-hitung harta hingga masuk ke dalam kubur. Aku tidak ingin menjadi manusia yang telah di beri amaran oleh Allah di dlm ayat surah At-takatsur itu. Nauzubillah, aku tidak ingin masuk dalam golongan itu.
 
Setelah membuat sedikit penelitian & pembacaan tentang menunaikan Ibadah Haji. Jalan untuk menuju Allah & Rasulullah seharusnya bebas dari segala rasa ingin selesa & serba sempurna. Hati harus tenang & jiwa seharusnya sentiasa berlapang dada demi mencari keredhaan Allah. Oleh yang demikian aku membuat kesimpulan untuk diriku sendiri bahawa untuk menunaikan ibadah haji aku hanya perlu bersederhana. Tidak perlu berhabis wang berpuluh ribu semata-mata inginkan keselesaan semaksimum mungkin. Mungkin Pakej Tabung Haji itu lebih zuhud & banyak menuntun hati & jiwa supaya bersabar & redha, Berbanding pakej2 tavel agent yang lain. Melalui pemerhatian-ku Pakej Menunaikan Ibadah Haji yang di bawa oleh Rayhar mencecah RM20,000 seorang. Klu berdua sudah 40k, belum tambah duit perbelanjaan semasa di Tanah Suci. Kalu di fikirkan tentang duit sampai bila pun sentiasa tidak cukup. Nampaknya cadangan untuk mencairkan salah satu Asset hartanah itu mungkin boleh di fikirkan sebaiknya. Mudah-mudahan Allah membuka jalan kepada semua urusan dunia & akhirat-ku.
 
Kadang-kadang kite terlupa untuk apa kite di hidupkan. Kenapa kita menjadi begitu & begini. Semua itu adalah kehendak Allah. Allah memberi kite harta supaya mudah untuk kite beribadah kepada-NYA tapi apa yang terjadi sebaliknya. semakin banyak harta dunia di kumpul semakin terasa ingin mengumpul lagi. Allahuakbar... Sesungguhnya aku sedar Allah SWT itu sentiasa memerhati setiap tingkah-laku hambanya. Seperti-mana ibu-ayah memerhatikan gerak-geri & tingkah laku anak2-nya, Namun pemerhatian Allah itu lebih lagi menjangkaui segenap jiwa, setiap lintasan hati yang ada di benak sanubari, Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan