Isnin, 15 Februari 2016

Titipan Untuk Diri Pada Hari Kelahiran-ku




Umur meningkat lagi satu angka. Semakin kurang "CAPITAL" kehidupanku. Walaupun harta duniawi semakin bertambah tetapi adakah seiring dengan pertambahan harta nun di sana, sedangkan masa untuk kembali kepada-NYA semakin Dekat. 

Allahuakhbar..... Allahuakhbar.... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Panjangkanlah umurku dalam ketaatan kepada-MU, bukakanlah segala pintu rezeki-Mu di langit & di bumi untukku & seluruh keluargaku agar dengannya kami dapat melakukan kebaikan & ketaatan di sisi-MU. Dan Janganlah kau ikat hati-hati kami dengan rasa cinta kepada dunia secara terlampau. Jadikanlah harta2 dunia dan segala isinya hanya berada di tangan2 kami, agar mudah untuk kami hulurkan kepada mereka yg memerlukan. Ampunilah kami atas segala dosa2 kami. Janganlah kau tinggalkan kami lantaran kejahilan kami mengenal sifat2-MU. Pimpinlah kami dalam hidayah & temukanlah kami dengan hamba-hamba-MU yg beriman. Janganlah kau matikan kami ketika belum KAU ampuni dosa2 kami. Ampunilah kami & kedua ibu-bapa kami, anak2 kami & zuriat keturunan kami, ahli keluarga kami, guru kami, sahabat handai yang sentiasa mendoakan kami & seluruh umat Islam yg masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ameen Ya Allah.  

Bagaimana ingin mengenal Allah jika diri sendiri belum kita kenali. Kadang2 aku sentiasa melihat kepada cermin. Melihat segala raut wajah seorang manusia, aku bertanya di dalam hati, kenalkah kau pada sosok jasad ini ? kadang2 tanpa sedar aku menangis, banyak sungguh kemaksiatan yang aku lakukan dengannya. bagaimanakah aku ingin menyelamatkan diriku pada "Yaumid Deen" nnt, sedangkan sosok ini akan menjadi saksi atas segala perbuatanku semasa di dunia ini. Ya Allah..... :.(  memenuhi kehendak fitrah sebuah jasad pun belum aku penuhi. Bagaimana aku ingin bicara tentang pahala, tentang syurga. Teringat mengenainya maka luruhlah segala kehendak duniaku satu per satu. Tiada apa pada jiwaku, yg tinggal hanyalah sebuah kebimbangan yang semakin meresap kedalam hati. Aku yakin tentang adanya hari pengadilan itu dengan seyakin-yakinnya & kerana itu aku takut untuk menghadapinya dengan jiwa yang penuh dosa ini.

Setiap tahun, tika tiba-nya hari kelahiran-ku, aku sentiasa berfikir masih adakah waktu yang banyak untukku lalui hidup ini bersama mereka yang aku sayangi. Bertapa banyaknya masa yg telah aku abaikan. Dulu aku punyai Umi & Abi, mereka selalu membicarakan tentang hari akhirat kepadaku. Menginatkan aku tentang dosa & pahala. Tapi kini Umi & Abi pun telah pergi meninggalkan aku di dunia. Yang tinggal hanya segunung pesanan untukku jadikan panduan. Ape yang mereka usahakan untuk dunia, semuanya telah mereka tinggalkan buat kami, apa yg mereka usahakan untuk akhirat mereka juga, kini mereka sedang menikmati hasilnya. Doaku Terimalah amalan mereka ya Allah. 

Kata umi "Entah bila umi pun akan mati, tinggal semua harta dunia ni untuk org yg hidup, selalulah kau bacakan Alquran untuk umi, Gelap gelita dalam kubur tu azah, Ya Allah takutnya (umi menangis teresak-esak) banyakkanlah buat amal, kurang2kanlah perkara dosa, sakit sangat azab Allah tu, masa hidup ni kite tak rasa, sebab kite seronok, cuba ingat bile kite mati, duduk dalam kubur sorang2 diri, masa tu ape yg kita nak ?" 

Arwah Umi seolah-olah dapat meneka segala perkara yang aku lakukan. Ya hati seorang ibu, mmg dekat dengan kita. Aku sering menangis bila mengenang segala pesanan arwah. Pernah juga aku bertanya "Apa pandangan umi tentang anak umi ini, baik ke, degil ke ? dalam senyum umi menjawab " Azah ni anak baik hati, taklah degil sangat cume cara tu kene betul sikit, bila nak marah tu banyak2kanlah istirgfar, supaya syaitan2 tak duduk dekat, kalau rasa nk marah sangat pergi mandi, pastu mengaji,  yang lain2 tu alhamdulillah lah..."  Ya Allah ampunkanlah umi & abiku. Mereka insan yg paling banyak mengajarku tentang MU. Yang tidak jemu menunjukkan kepadaku jalan kehidupan yang benar. Ampunilah dosa2 mereka, kerana mereka juga seorang hamba yang lemah, yg tidak lari dari kekhilafan. 

Selamat hari lahir buat diri-KU, terima kasih kepada seluruh anggota yang banyak menyumbang kepada kejayaan hidup duniaku hari ini, tanpa seluruh anggota & panca indera ini, tiada apa yg mampu aku lakukan sendiri. Maafkanlah aku jika dengannya aku pernah melakukan dosa, janganlah di akhirat nnt kau menjadi saksi yang menghumbankan aku ke Neraka Allah. Bantulah aku wahai tangan & kakiku, berjalanlah engkau kepada perkara kebaikan, hulurkanlah bantuan sesama insan. Wahai hati tenanglah, janganlah engkau merasa sombong & lupa diri. Jadilah hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang Yang Maha Kuasa, bisik-kanlah perkara mulia kepadaku, pandulah seluruh anggota lain kepada kebaikan & jauhilah dosa & maksiat. elakkanlah bersangka buruk & berniat jahat kepada sesiapa. Wahai mata & telinga, pandang & dengarlah perkara yang mengundang pahala & redha Allah, yang boleh membawa aku dekat kepada Yang Maha Esa. Wahai mulut, bataskanlah bicara yang kotor & menghina sesama manusia. Diamlah bila tidak ada perkataan yang baik untuk dituturkan. Tahanlah bicara walau hati rasa terluka. kerana hati mmg sifatnya begitu, sabarlah demi TuhanMu. Kerana aku bimbang hanya keranaMu wahai mulut aku termasuk di dalam golongan manusia yg keji lagi di laknat Allah. Wahai jiwa, bersabarlah dalam ketaatan kepada Allah, rendahkanlah nafsu keduniaanmu, mudah2n nnt engkau dikalangan org2 yang beruntung !

Selamat hari lahir !
 


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan