Ahad, 14 Februari 2016

Kari Kepala Ikan Terbaik @ Batu Maung Pulau Pinang


Jom Terjah Restaurant Pen Mutiara Penang ni. Kari kepala ikan dia memang terbaik. Kepala ikan merah yang segar bugar tu di buat kari huh mmg menyengat habis. Tambah lagi terbaik bile harga dia murah tak terkata. Bayangkan harga kepala ikan merah segar yg dah siap masak cume RM45. Gile tak murah. Dekat KL ni klu tak ade RM80 to RM130 tak payah order kari kepala ikan lah. 

 Berselfie sat sementara menunggu makanan sampai...


Kari dia ni untuk makan 2 org je ni, tapi aku rasa makan 4 org pun boleh. Kepala ikan mmg besar & kuah sangat banyak.

Tempat ni kami terjah masa lawatan ke Penang minggu lepas. My hubby di jemput untuk mengajar pelajar2 TUDM yg masih dalam latihan tentang hal2 berkaitan enjin kapal terbang & jet pejuang TUDM, maka dengan senang hatinya aku follow la sekali. Sejak-sejak aku da tak kerja ni, mmh heaven gile hidup. Bizness yang aku tengah Run sekarang ni pun tidak menjadi masalah jika aku nak travel ke mana-mana all around the world. Klu dulu masa kerja Opis, bile nak g bercuti nk kene cek AL tinggal berapa hari, pastu nk submit kt HOD untuk approval pulak, klu cuti dah habis nk kene request No-Pay Leave bagai, aduss seksa tol hidup. Itu belum lagi nk hadap minah2 kepoh yg nk menyibuk tentang cuti aku, adehhh glamour siot aku ni, semua org nk amik tau pasal aku, cuti tinggal berapa hari, pergi ke mana, naik rimas dibuatnya. kalah retis you hahahahaha. Tapi sekarang benda2 yang buat semak kepala tu already gone !  So ape lagi.. Yabedabedu laa, rasa nk lompat tinggi2 & jerit kuat2. hahahaha dah naik sawan ke ape ni. Bile hidup da happy sangat, kadang2 kepala boleh  jadi weng ko. To makcik2 yg masih duk kt opis tu jangan jeles yea. huhuhuhu

 Jom kite menjamu selera, dah lapar ni, makan panas2 barulah sedap yum...yum...


Ok sambung cerita aku pasal Restaurant Pen Mutiara ni. Actually Pen Mutiara ni juga ade Hotel kt bahagian atas restauran dia. Rate sekitar RM250 - RM500. So kepada yang ingin ke Penang bolehla lepak kt Hotel Pen Mutiara ni. Pepandai jek aku suggest kan, bukan aku pernah stay kt sini pun. hihihihi... 

Antara menu yang kami order untuk makan malam kami malam tu ialah :-

Kari Kepala Ikan Merah utk 2 org makan
Sayur kangkung belacan
Ulam kampung
Telur dadar
Sorong Goreng tepung
Nasi putih
Air bali Panas & Sirap limau

Total damage RM102.00 

Sayur belacan agak kureng, mungkin dia dah masak siap2, so agak sejuk & over cooked. yang lain2 semua ok. Kari kepala ikan paling TOP.  So silalah singgah ke Pen Mutiara jika anda berada di sekitar Pulau Pinang yea. Penang ni banyak tempat makan, macam2 jenis kari ade. Asalkan Halal & bersih mesti kami terjah. Selamat menjemu selera. :)