Selasa, 9 Februari 2016

Savvy Part 2 : Repair & Cat Kereta





Kereta Savvy yang kami beli dari acara lelongan awam haritu telah siap di baiki & juga di hantar ke kedai cat kereta di Jalan Reko. Bengekel membaiki kereta Savvy kami tu terletak di Seri Kembangan nama bengkel tu ape entah. Tapi harga agak berpatutan, cumanya anda perlu tahu ape yg hendak di baiki & barang ape yg hendak di tukar, ini kerana mereka hanya melakukan kerja atas permintaan anda dan saya menasihatkan anda untuk membeli sendiri barang2 yang hendak di tukar di Jalan Ipoh  (bangunan VANLI-pengedar barangan Proton & Toyota) harga adalah jauh lebih murah berbanding harga bengkel. 




Bengkel cat kereta di jalan reko kami temui melalui Facebook "PERKIFA AUTO Spray" kualiti kerja di bengkel ini agak kurang memuaskan, walaupun mereka memberi jaminan 3 tahun untuk sebarang masalah cat tetapi kami bukanlah kaki komen yg melampau. Setelah siap di cat ada beberapa bahagian kereta yg di cat tidak rata & juga berpasir. ini mungkin di sebabkan mereka tidak membersihkan kereta dengan betul sebelum di cat. 



Dengan harga RM2300 (Luar Dalam tidak termasuk enjin & Bonet kereta) untuk sebuah kereta mini seperti Savvy agaklah mahal sebenarnya. Tetapi life must go on. Nothing to complaint. Cuma my hubby minta diorang cat balik mana2 bahagian yg terlalu obvious menggerutunya. Walaupun setelah di cat 2x, kualiti kerja tidaklah banyak berbeza. So aku hanya boleh kasi 3* untuk kualiti kerja di Perkifa Auto ni. Total Damage RM2400 termasuk RM100 upah cuci Kusyen kereta.  




Alhamdulillah kereta dalam keadaan baik sehingga sekarang. So siapa kata membeli kereta Lelong agak rumit & banyak masalah ? Yang penting anda hanya perlu melakukan sedikit search mengenai kereta yg ingin di beli. Selebihnya kos untuk repair enjin & cat kereta supaya nampak lebih cantik & menarik untuk dipakai mahupun di jual kembali. 



Jom sertai Acara Lelongan Kereta !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan