Harini adalah hari terakhir kami di sini, mengikut perancangan awal, pagi ni kami ke Dubai City Center, lawatan pertama adalah ke Burj Al Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia. Perasaan gembira & teruja tu mmg tak terkata. Padahal semalam dah kejang semua otot2 kaki ni, nasib baik minyak urut ada, bolehla menghilangkan sedikit rasa sengal2 dan sakit kaki, yang paling penting tukang urut sedia berkhidmat, so far my tukang urut ni mmg tidak menghampakan, jimat kos urut RM80. hihihi...
Perjalanan dimulakan seawal jam 8.00pagi, cuaca alhamdulillah tak hujan, kami ke Dubai Center dengan menaiki Metro ke Dubai Mall. Tempoh perjalanan sekitar 25 minit shj. Sampai di Dubai Mall semua org menuju ke pejabat masing2, hanya kami dan beberapa org tourist duk melepak depan pintu shopping Mall tu sementara menunggu pintu di buka.
Harga tiket untuk naik ke Burj Alkhalifa ni adalah AED 125/adult. Tapi entah kenapa haritu kami kene AED 140/adult. Compius sekejap, awat mahal AED 15 plak ni ?? rupenya tiket kitorang tu da dimasukkan charge untuk snack. cisss rugi 30 AED. Memandai-mandai pulak pak arab ni tambah, saje je nk kenekan pelancong bajet macam kami ni. huh...
Sepanjang perjalanan
menuju ke Dubai Mall dari Station Metro tu banyak pemandangan indah yg
dapat di nikmati. Mata hanya tertumpu kepada beberapa tempat yg masih di
peringkat awal pembinaan. Semua project under EMAAR, wah gile banyak
company ni monopoli project2 kerajaan Dubai. Boleh dikatakan hampir 75%
project mega yang sedang dibangunkan di Dubai adalah under EMAAR
properties. Terbaik... !!
Pemandangan dari Burj Al-Khalifa, Ketika ini kami berada di level 124 outdoor observation deck, lantai kayu ok. level 124 bukanlah level yang paling tinggi tetapi da rasa gayat semacam. nampak bangunan kt bawah tu kecik macam semut je. Dengan angin sejuk yg sepoi2 bahasa menghembus betul2 membuatkan aku jauh mengelamun seketika.
sedikit ringkasan mengenai Burj Khalifa dimana ia mempunyai jumlah level sebanyak 160 level dengan ketinggian 828 meter menjulang kelangit biru. Ia Merupakan bangunan tertinggi di dunia serta bilangan level terbanyak di dunia iaitu 160 level yang boleh diduduki. Ia juga mempunyai elevator service yang terpanjang di dunia. Berada seketika di bangunan ini membuatkan aku terfikir bagaimana hebatnya tenaga kerja dan juga kepakaran team project yang terlibat sepanjang pembinaan bangunan ini. Bukan mudah untuk menjayakan tugas besar lagi hebat seperti ini.
Antara project yg masih dalam pembinaan. Mungkin after 1 year plus dah complete kot semua tu. mungkin pemandangan sedikit berbeza & bertambah indah. SubhanAllah, hanya setitis dari selautan dari nikmat-NYA sudah cukup membuatkan kite merasa hebat & berbangga dengan Dunia. Allahuakhbar !
Bangunan Pencakar langit sedang giat dijalankan di Dubai, rata-rata project2 mega ini bertujuan menarik pelabur luar untuk melabur di Dubai & seterusnya menarik ramai pendatang dari luar untuk membeli property di sini. Dulu kawasan ni semua adalah padang pasir yg kosong tanpa ape2 tumbuhan mahupun bangunan2 tinggi melebihi 10 tingkat. Tapi harini, padang pasir yang dulu kering kontang telah bertukar wajah sepenuhnya.
Jika diperhatikan betul2, ada sebuah bangunan Nun jauh di persisir pantai, ala2 bangunan rebung tu, Itulah dia Bur Al-Arab tapi kitorang xsempat nk ke sana, coz untuk ke sana kami terpaksa mengambil taxi dari station Metro yang terdekat. Memandangkan kami hanya ada masa beberapa jam shj lagi, kami skip dulula, mungkin next trip kot. Banyak lagi benda penting yg belum di selesaikan.
Bangunan cantik yang dikelilingi tasik besar tu adalah antara Hotel-Hotel & condominium mewah di Dubai, harga bilik Hotel di sekitar bandar ni lebih kurang RM3500 - RM25000 semalam. Agak2 banyak duit skit tu bolehla lepak semalam dua kt situ. Aku ada jugak terasa nk lepak semalam tp belum mampu lagik nak habiskan duit sebanyak tu semata-mata untuk sebuah bilik hotel. RM300/nite pun rasa dah mahal. Klu beli Gold Bar 999.9 dah dapat 2g tu... hihihi...
Inilah harga AED15 yg dimasukkan dalam tiket kami. Hmm segelas kopi panas & juga sebijik Croissant dah penat2 lepak kt atas tadi dapatlah melepas lelah kt cafe Burj AlKhalifa ni sambil menikmati pemandangan yang jarang2 dapat dinikmati. Sambil makan2 tu kami membuat sedikit perkiraan tentang segala kos sepanjang perjalanan. Kat mana nk reserve duit untuk beli hadiah untuk Opah & anak ibu. kire punye kire, lepas di tolak segala peruntukan bisness & jalan2 akhirnya balance hanya tinggal kurang dari 500AED. Memandangkan harini adalah hari terakhir kami di sini so xdela risau sangat, cume jgn terlepas flight sudah, yang tu klu terjadi mmg kene kerje part time cuci pinggan la jang oii.. hihihi...
Setelah hampir 30 minit lepak2 di bangku Cafe Burj Khalifa tu kami beransur ke shopping Mall dan seterusnya bertolak balik ke bilik hotel. Jam sudah menunjukkan 1230pm. Paling lewat pun kul 2.00pm kami dah kene check out dari hotel jika tidak, sila sediakan extra yea.
Sambil Jalan-jalan di Dubai Mall, ibu terpandang kedai kasut kanak-kanak, sekilas pandang banyak design yang cantik-cantik. So ape lagi, jom kite terjah. Maka inilah hasilnya. Alhamdulillah siap hadiah untuk anak ibu. Untuk Opah pulak dia nak Abaya, Hmmm nk kene g carik kt pasar abaya la plak nnt. hopefully sempatla cari sehelai dua untuk Opah.
Perjalanan di teruskan seperti yang telah tercatat di schedule kami. Berkejar2 ke situ sini, sampai2 je kt Hotel jam dah dekat kul 2, aku mintak hubby slow talk dengan pak arab kt depan tu untuk keluar lewat skit with no extra charge. mungkin dlm 2.30pm or 3pm camtu. coz nak mandi & solat semua. Alhamdulillah dia kasi. Lega skit rasa hati ni.
After 3.00pm kami mengemas beg2 pakaian dan tinggalkan sekejap di lobby hotel. Yerla, xkan nk angkut bagasi gajah tu boleh tersungkur kat kaki 5 jalan jawabnya nnt. Segala urat kaki & tapak kaki dah mula rasa sengal & kebas semacam. Dah macam masuk pertandingan Explore Race plak aku rasa. Klu sekadar untuk aku, mmg aku tak pergi dah ke Pasar Abaya tu, tapi memandangkan Opah yang nak, terpaksalah aku gagahkan juga kaki untuk mencari sehelai dua bagi memenuhi hasrat opah.Hati org tua kene jaga, as long as boleh dipenuhi dan mereka happy oklaa. Klulaa arwah ummi masih ada.... :.(
Alhamdulillah, sempatlah aku angkat 3 helai abaya, 2 untuk Opah dan 1 untuk aku. Harga boleh tahan murah jugak. Klu kt Malaysia org jual dalam RM250 - RM300/helai. Selesai sudah segalanya. Masa Untuk bertolak ke Airport plak. Flight kami jam 8.30mlm, tapi kul 6.00ptg kami masih terkial2 dengan beg dan barang2 dagangan di Diera City lg. kul 6.45mlm baru kami menaiki Metro menuju ke Airport.
Semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. tepat jam 7.30mlm kami dah berada di Airport & mula mendaftar masuk. Aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat seketika di Surau Airport, Masa nak solat tu, Ya Allah baru terasa sakit segala urat2 & sendi2. Masa duk seronok jalan situ sini xrasa sgt. adehh... Kami selamat Boarding & meninggalkan Kota Dubai pada jam 8.30 malam.
Perjalanan balik dari Dubai - KL mmg sgt mencabar, hampir sepanjang penerbangan cuaca buruk di laporkan. Kapal terbang pule bergoncang2. Aku skali lagi xdapat tido selama 7 jam penerbangan. Mulut tidak henti mengucap dan berzikir. Ya Allah, sesampainya di Airport KLIA, aku rasa nk pengsan dah. Memandangkan sepanjang 7 jam tu, sedikitpun aku xboleh lelap. Allahuakhbar rasa nak menagis bile kapal terbang mule mendarat dengan jayanya. Terasa seperti mimpi Ngeri berada dalam situasi penerbangan macam tu.
Semoga berjumpe lagi... Bye2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan