Khamis, 7 Jun 2012

Lapangkanlah Dadamu Wahai Diriku...

Sebulan dua ni pelbagai dugaan singgah kepadaku, yg mana ia menuntut sejuta kesabaran dari sudut hatiku, menuntut supaya aku lebih tabah melalui-nya, walau kekadang terasa seperti aku ingin tinggalkan saje semuanya, kerana aku telah letih menghadapinya sendirian.

Bile saat genting seperti ini hadir dlm hidupku maka insan pertama yg terbayang di mata adalah ummi, aku seperti menjadi anak2 kecil yg mengharapkan dakapan seorang ibu, mengharapkan ia sentiasa ada dikala kesunyian berlabuh di hati... ape yg mampu aku lakukan utk memujuk hati hanyalah memikirkan perkara lain sebanyak-banyak-nye supaya ia memenuhi ruang fikiranku dan dgn itu tiada ruang untuk aku berasa sendirian. bile di rumah aku slalu menyibukkan diri dgn anakanda yg kukasihi Nuha, melayan kerenahnya, bermain dgnnye, mandi dgn-nye, bergurau senda dgn-nya, tido dgn-nya dan melakukan segala perkara dgn-nya, walaupun dia masih kecil dan tidak mengerti ape2, tetapi hatiku terasa lapang bile memikirkan tentang dia dan bersama dgn-nye membuatkan aku lupa segala beban harianku.. Syukur Tuhan kerana engkau kirimkan dia kepadaku...

Sungguh hidupku sngt ceria pada pandangan insan lain, kerana aku adalah seorang insan yg tidak pernah mempamirkan duka lara hidupku di khalayak. Hanya diriku saja yg tau bertapa aku menanggung selautan kesunyian pada setiap detik kehidupanku. mempunyai seorang suami yg sentiasa sibuk dgn tugas terhadap negara membuatkan aku semakin tegar  melalui semua perkara sendiri. Banyak insan yg mengatakan kepadaku "blh plak Nora buat semua benda sendiri yea, klu akak mmg da menangis da.." hmm aku hanya mengiakan dgn seraut senyuman tanpa sebarang komen. xperlulah utk aku ceritakan susah payah yg aku lalui kerana pada aku tiada ape2 yg berubah, semua harus aku lakukan sendiri juge. Cume kekadang bile aku telah hilang semangat utk menghadapinya, aku akan menangis sendiri, memohon simpati pada yg maha pencipta, merayu dan mengadu kepada-Nya dlm sujudku. Moga DIA memberi aku kekuatan utk terus berjalan setapak demi setapak, dan tanpa aku sedari aku  sebenarnya telah jauh menyusuri liku2 hidupku...

Semalam aku dikejutkan lg dgn berita dr suamiku yg dia akan ke Australia pada akhir bulan ini selama beberapa bulan, mungkin 4 -5 bulan agaknya... aku hanya diam membatu, terasa seperti satu lagi petir menyambar hatiku, pecah berderai rasenye, aahhh aku sendiri lg :'(... ya Allah, aku telah letih melalui semua-nya sendirian, aku tidak mampu lg ya Tuhanku, aku ingin kuatkan hatiku tp sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yg lemah dan tidak berdaya. satu demi satu airmataku memecah kelopak mata, menitis laju membasahi pipiku, Bahagianya aku mendapat perkhabaran baru itu, terima kasih kepadamu, kerana selalu memberi kejutan istimewa buatku... Aku sedaya untuk cuba memahami beban tugasnya, namun kadang kala jiwa ini sering terasa yg diriku bukanlah perkara utama pada perkiraan-nya, selalu menjadikan aku manusia terakhir untuk dia fikirkan... dalam fikiran-nya hanya kerje.. kerje.. dan kerje...  

Aku memikirkan, bagaimana aku harus lalui hari2ku sendirian beberapa bulan ni, ke Tesco bersama Nuha membeli barang2 & mengangkatnye naik ke rumah sendiri, mengambil cuti utk ke Klinik kesihatan menghantar Nuha utk Immunisasi, mengambil cuti lg bile opah ade appointment doctor,  pergi ke pasar membeli barang dapur sendiri, menghadapi Ramadhan Al Mubarak sendirian dan melalui Aidilfitri bersama anakanda Nuha serta memandu kereta balik ke kampung menjelang Syawal... aahh aku xmampu utk menghitung saat2 itu.. biarlah semuanya dtg sendiri dan aku akan laluinya mengikut kemampuan diriku...

Andai ummi masih ade, semuanya ini adalah perkara enteng bagiku, pergilah ke petala langit ke 7 pun aku masih kuat melaluinya sendiri, kerana aku tahu bonda pasti menemani... tp hari ini, segalanya hanya aku sendiri, cume yg tinggal adalah ibu saudara yg sekali-sekala memberi bantuan jika terlalu payah untuk-ku lakukan sendiri... mungkin senang semua org berkata-kata, tp tidak semudah utk melaluinya... 


 
Walau ape pun aku tetap harus melaluinya sendiri, moga Allah tabahkan hatiku dan sentiasa memberi laluan mudah dlm hidupku bersama anakanda tercinta... Ameen Ya Rabb :'(   Hanya kepada engkaulah tempat terbaik untukku sandarkan segala-galanya...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan