Salam semua kengkawan,
Pagi ni aku nk share maklumat berkenaan Hotel pilihan di Shenzen. Mengikut jadual, kitorang hanya berada 3D2N shj di Shenzen selebihnya masa di habiskan di Guangzhou. Planning perjalanan di Shenzen adalah jalan-jalan melawat tempat2 menarik (Blh rujuk di Entry Ini) & juga jumpe 1 of the supplier kt sana. Actually aku ke China ni pun ade sikit tujuan Biznes, ehehe tp belum decide pepe lg, InsyaAllah klu semua da Ok nnt aku storey yea.
Di sana kami memilih ZTL Hotel Shenzen Hotel ni mmg betul2 berdekatan dengan Railway Station Louhu, Hotel lain pun banyak tp berdasarkan banyak komen pelanggan yang telah menginap di sini, Hotel ini antara hotel pilihan pelancong ke sana. Ini kerana kadar bilik yg agak bersesuaian & juga facility yg baik. Pada mulanye aku ingat nk book Royal Suites & Towers Hotel tp sayangnye promotion price da habis, tinggal yg mahal2 je. So cam biasalah aku mesti sedaya upaya mencari Hotel yg dpt menawarkan aku service yg baik dgn kadar yg berbaloi-baloi... huhuhu..
Untuk pengetahuan kengkawan, aku mengurus sendiri semua tempahan bilik, jadual perjalanan, Tiket flight, transport semasa di China. So far aku rase semuanya berjalan lancar. klu pakai agent confirm seorang dia charge semua facility yg sama seperti aku jadualkan dlm lingkungan harga RM5000++ /person paling kurang. Tempoh Holiday kami di China adalah 8D7N.
Kepada yg plan untuk ke-sana tanpa menggunakan ejen korang boleh rujuk segala maklumat yg telah sediakan. harap membantu. Sekian terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan