Isnin, 23 Disember 2013

Entah Dari Mana Datangnya Gambar2 Tu ...!

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku


Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)


Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku


Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)


Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)


Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..




 
Benar aku tidak tahu dari mana datang-nya segala gambar2 tu. Tiba-tiba sahaja berkeping2 di lantai. Hmm... apa lagi perkataan yg mampu aku katakan. Tiada niat untuk menyakiti hati-mu walau sedikitpun. Ada apa pada kisah lalu itu...??Cukuplah hanya sekadar sebuah kisah yang setiap org pasti akan melaluinya. Biarlah semua itu aku simpan dalam hati. Tidak guna untuk menyakiti hati sesiapa dengan kisah lama itu. The reality is all about US... Belive it or not ? Belive it.. ! 
 
 
 
 
 







Selasa, 17 Disember 2013

Primadona Azian Irdawaty Meninggal Dunia

Salam takziah untuk semua ahli keluarga Azian Irdawaty. Aku mendapat berita mengenai kematian beliau melalui Facebook, beliau di sahkan meninggal pada jam 8.25 mlm tadi Di Hospital Universiti Petaling Jaya. Innalillahiwainnailaihiroojiun. Daripada Allah kite datang & Kepada Allah jua-lah kite kembali.
 
Kematian beliau adalah disebabkan oleh penyakit kanser payudara yang telah di hidapi oleh-nya setelah beberapa tahun menderita akibat kenser. Tempoh 4 - 8 tahun adalah satu tempoh yang biasa bagi pesakit kanser untuk hidup. Allahuakhbar, ketika mendapat berita tentang kematian pelakon ni, hatiku terasa sesuatu. Teringat kepada arwah Ibuku yang juga mengidap kanser payudara. Terus aku hadiahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah ibuku dan juga arwah kak Azian.
 
Hidup ini hanyalah sebuah persinggahan. Terkadang kite leka & alpa dengan dunia tetapi maut tidak pernah terleka menerkam jiwa manusia. Aku tumpang bersedih dengan kematian beliau, apepun penderitaan dunia telah berkahir untuknya. Moga Allah meringankan beban akhirat kepadanya. Alfatihah untuk arwah. Semoga roh-nya mendapat redha & kasih syg Allah. 

Artikel lanjut  mengenai Primadona Azian Irdawaty boleh klik DI SINI

Ahad, 15 Disember 2013

Musuh "KETAT"



 

Dah nak masuk 3 bulan my beloved doter duduk kt taska. Dah 3 - 4 kali demam & selsema. Hmm aku pun dah berderet kene unpaid leave wawawawa... Ape nk di kato laie, dah ade anak beginilah gayenya...  
 
Tadi pagi, seperti biasa aku g hantar dia ke Taska Auliya di syeksen 7 Bandar Baru Bangi. Selalunya bile aku hantar dia depan pintu Taska dia terus nk masuk ke dalam after dah muah-muah & salam ngan aku, Tapi kali ni lain plak gaye-nya. Dia tak segembira selalu, bile sampai je depan pintu taska tu terus menjerit & taknak masuk dalam. Eh ape hal plak adik ni, kan selalu seronok je pagi2 tup-tup harini lain macam plak. Aku cuba untuk menenangkan dia tp makin kuat plak dia menjerit sambil kedua-dua tangan menarik baju & tudung aku dengan kuat. Hati aku dah rasa xsedap, sedikit prasangka buruk terus menerjah ke kotak fikiranku. Aduss camne ni.
 
Budak  pengasuh Taska tu cuba nk amik my doter dari pangkuan aku, tp aku tak kasi. Xpela biar aku tenangkan dia dulu. Masuk opis lambat pun nk buat camne. Pada aku my doter is my priority, lainlah klu ade meeting tergempar or VM lab yg nk kene attend time tu, tp this mornink just biasa2 je, xde pe yg urgent tahap gaban. So aku hold-kan diri aku kt Taska tu untuk tenangkan my doter sekejap. Hampir setengah jam lebey tp nampaknya adik tak tenang lg, masih takut2 dan tak nak aku tinggalkan dia kt situ.  
 
Aku cuba perlahan-lahan untuk tinggalkan dia kt taska tu jugak, walaupun berat rase hati aku ni. Sesekali terdetik jugak nk berhenti kerja & jaga anak kt rumah bila tiba hal2 camni. Tapiiii... Hmmm bukan semudah itu ... Sepanjang perjalanan tu fikiran aku asyik duk terfikirkan my doter, rasa sedih bercampur kesian pun ye, kerena tinggalkan dia dalam keadaan masih menangis & mengharapkan aku tak tinggalkan dia kt Taska tu. Tp apekan daya, ibu terpaksa juga pergi syg. Hope adik baik2 ye. nanti ibu cuba uruskan untuk amik adik seawal mungkin yea.
 
Al-kisahnya , ade sorang budak lelaki dalam usia 3 tahun yang selalu buli dia kt Taska. Mengikut cerita budak pengasuh kt Taska tu, My doter selalu bergaduh dengan budak laki tu kerana berebut barang mainan. dalam fikiran aku ni dah terbayang-bayang keadaan tu camne. Memandangkan my doter lg kecik & kurus dari that boy mungkin adik telah di tolak dan jatuh tersembam ke lantai dan Mungkin kejdian tu berlaku berturutan sehingga menyebabkan my doter dah fobia agaknya. Coz si kecik ni mmg cepat serik bile satu2 kejadian tu berlaku secara berturutan pada dia. So bila Nampak je benda yang buat dia fobia tu of coz dia akan menangis semahu-mahunya. Kesian anak ibu.
 
After sampai kt opis, aku pun call my hubby mintak dia balik awal & amik adik kt Taska. Hope my hubby blh keluar awal harini. Aku nk kuar awal pun blh, coz bukan tengah banyak kerja sgt skrg. Tapi macam tak syok la plak. Tak kan selalu sgt nk cabut awal kot. Sekali skala oklaa. aku pun bukan kekadang rasa bersalah jugak buat perangai cabut awal ni, tp bila di fikir-fikirkan balik, dah xde kerja time tu, apa salahnya aku spend time yg terluang tu bersama my doter. Klu ada kerja xde plak aku cabut awal.. InsyaAllah ..hehehe angkat bakul sendiri... :))
 
Tadi my hubby call cakap dia dah amik adik. Alhamdulillah adik dah balik kt rumah ngan hubby. Lega skit rasa hati aku ni. Aaiiisshh budak2 ni, buat aku runsing saje. Apepun as long as xde cedera & Lebam ke ape aku still boleh consider. Tp klu budak laki tu buli depan mata aku, ada aku piat telinga budak laki tu sekali. Kecik-kecik dah pandai nk buli anak dara org yea. 
 

Isnin, 9 Disember 2013

Samsung Note II VS Huawei Ascend Mate

Ape yang best tentang kedua-dua model smartphone ni. Satu brand dari Korea satu lagi dari China. Yang menarik tentang Brand smartphone ni ialah kitorang dapat beli dengan harga yang murah ehehehe..
 
 
 
Last weekend aritu aku ajak my hubby ke Plaza Lowyat. Sebelum tu aku ade tengok dlm Newspaper tentang carnival jualan hebat. Semua model handphone dijual dengan 50% discount. Entah betul entah tidak. Biasala iklan mmg gempak memanjang. Apepun after Asar kitorang bersiap ke Plaza Lowyat. Sesampai je kt Ground Floor kt dalam Lowyat tu aku tengok org ramai duk berkumpul. rupe2nya ada acara lelongan gadget. Huh aku ape lg terus join sekaki, mana boleh terlepas peluang. Nk juga join.. ehehehe.. Hubby dengan my little doter duk kt blakang.

Bila tiba giliran Smartphone Huawei Ascend Mate di lelong maka aku tanpa sedar dah terjebak dalam acara membida Smartphone tu. Padahal pada mulanya aku nk beli Smartphone Samsung Note III, Xterlintas plak pasal Huawei ni. Sekali tanpa sengaja aku Berjaya mendapat bidaan tertinggi. Hubby kt blakang tu buat muka pelik bile pembida di pentas mengumumkan "Smartphone Huawei Ascend mate dimenangi oleh kakak dengan Harga RM780" sambil semua audition mengarah kepada aku. Fuuuhhh Glamour sekojap ko. hehehe...
 
Hubby pun datang dekat dengan aku "Kenapa tetiba bid Hp Huawei..? bukan kate nk beli Note 3 ke..?" dengan selamba aku pun jawablah "Hmm bukan aritu abg kata nk beli Huawei tu kan..Xpela yang tu org kasi kt abg, org beli note II jelaa, kalu nk amik note 3 dah lari bajet..." my hubby terus terdiam. Xsangka plak aku kasi HP Huawei tu kt dia agaknya. hehehe.. aku pun xsangka jugak. Entahla semua berlaku begitu pantas.
 
selapas dah buat bayaran aku lepak lg kt situ, dalam fikiran ingat nk bid Note 3 plak. Klu ade rezeki boleh dapat murah. Tp sayangnya xde rezeki aku untuk menang Note 3 secara lelong. So kitorang terus naik ke tingkat atas untuk beli Note 2. Lebih kurang sejam duk memusing akhirnya tercapailah impian aku utk menukar Smartphone samsung Galaxy S2 aku yg dah berusia 2 tahun tu kepada Samsung Note 2. Walaupun pada asalnya aku nk beli Note 3 dengan bajet RM2300 tp nk buat camne tetiba aku dah terjoin lelongan Huawei tu plak, ape nk di kato, Kita hanya merancang tuhan yg menentukan. Walaubagaimanapun mmg berbaloi join acara lelongan tu. Harga pasaran Huawei Mate tu adalah RM1250 sedangkan aku beli dengan harga RM780 jimat lagi RM470... Mmg terbaik..
 
Note II tu aku beli original set dengan harga RM1500. Siap dengan screen protector & juga cover ala2 kulit.Total perbelanjaan untuk 2 ketul smartphone adalah RM2280.00 shj mmg under bajet. balance lg RM20 boleh buat makan McD ehehehe.. semua org happy haritu, aku pun happy coz dapat beli HP baru & juga dapat Happykan my hubby dengan membeli smartphone juga utk dia. hehehe... klu sesorang je happy xdela happy sgt.. So klu boleh happy bersama kan lagi seronok. :)) malam tu kitorang pakai tido jam 1.30 pagi, laki bini duk excited menggodek smartphone masing2. ehehehehe... Bangun pagi dah mamai...:))
 
 
 



Restoran Sup & Popia Meletop Di KL

 
 
Lunch harini kitorang ke kedai mamak di Taman Setapak Jaya. Tetiba aku rasa macam nk makan sup. So before lunch tu aku dah google tempat makan yang direkemenkan oleh blogger sekitar KL. After duk meng"google" akhirnya aku tertarik dengan kedai Mamak kt setapak ni.
 


 
 
Kepada sesiapa yg tengah mencari restoran untuk lunch aku pun nk rekemenkan Restauran Hussien Sup ni. Sup dia mmg kaw habis. After da makan tu rasa panas je badan. Macam baru lepas Sauna je rasa. Bagus untuk meningkatkan tenaga batin ni.. ehhehee..
 
 
 
 
Harga untuk makanan kt kedai ni boleh di katakana berbaloi. Untuk Semangkuk sup kambing RM6 dan Sup Ekor RM7. Popia 1 set RM1.2 ada 2 ketul popia. Makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.
 
Lokasi kedai ni adalah di belakang Masjid Jamiul Ehsan Taman Setapak Jaya. Kalau nk pakai GPS boleh search Jalan Puah Jaya Taman Setapak. Kalau dari bualatan Pahang tu sila masuk simpang ke Hospital Tawakkal. Lepas tu jalan je terus sampai jumpe Masjid yg berwarna kuning dis ebelah kiri jalan. Betul2 lepas flyover tu terus masuk simpang ke kiri tepi masjid. belakang tula Restauran ni berada. selamat menjamu selera. Zaasss....
 
 
 
Peta nk ke Restoran dari bulatan Pahang


 
 Bile Nampak masjid kuning sila masuk simpang masjid selepas Flyover Duke tu...
 

Rabu, 4 Disember 2013

Grayfosh Full Face Helmet Untuk Hubby

Dah lama my hubby duk mengomel untuk belikan helmet baru full face kt dia. Memandangkan semua perbelanjaan di catatkan dlm buku 555 so tiada sebarang ketirisan boleh berlaku. Eheheehe... Aku kan merangkap sebagai pengurus kewangan. So ape2 yg nk di beli harus di bawa ke mesyuarat mingguan terlebih dahulu. Kalau ada peruntukan atau terlalu emergency mungkin sesuatu perkara tu blh di pertimbangkan. Tentang pembelian Helmet Full Face tu dah hamper 3 bulan my hubby duk menunggu. Tiap2 bulan duk Tanya ada bajet ke tak untuk helmet dia. Hehehe...
 
Memandangkan skrg adalah Musim tengkujuh, boleh dikatakan selang beberapa jam mesti hujan. Dalam hati ni duk fikir jugak, Kesian kt my hubby basah kuyup setiap kali balik kerja, coz dia pakai motor utk ulang alik ke tempat kerja. Lagi plak bila hujan lebat air akan masuk ke dlm helmet ketika atas jalan. Agak bahaya jugaklaa. So dengan baik hati dan keprihatinan yg tinggi aku telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300 untuk pembelian Helmet baru hubby. 
 
 
 
 
Inilah rupa Helmet baru untuk hubby. Bukan main suka dapat helmet baru. Aku punye handbeg terpaksa KIV dulu, mungkin next month la plak. Untuk hubby xpela. Xberenti tersengih bila tau aku ajak dia ke Jalan Ipoh KL. Dah tau la tu aku nk belikan helmet kt dia. Sekali skala buat surprise untuk pakcik pun seronok jugak... Yerla nk buat surprise kt sapa lg kan. Marah pun pakcik bulat, syg pun pakcik bulat jugak... Ehehehe.. :) 
 
 
 
 
Jaga helmet tu elok2 yea, jgn main letak je kt mana2, klu hilang pakai helmet lama tu jela. No bajet for helmet lg sehingga tahun 2015. Mcam kejam je bunyinya...Eheehehe... saje je, kasi ugut skit, klu tak dia main redah aje. atleast dia jaga skit barang dia... Skuter SYM baru je beli xsampai pun 7 bulan, dah hilang, gara-gara rosak, so dia tinggal je tepi Highway plus nk ke KLIA tu sementara cari org nk angkut, after 3 hari dtg2 dah xde Hmm... Nasib baik dapat claim insurance.. Pakcik OoOo Pakcik kurangkanlah sikap acuh X acuh tu yea... !
 
Apepun Moga selamat pergi & balik kerja yea PakCik-ku syg... 
muahaha
 
 

Ahad, 24 November 2013

Bila Terjumpa Biji Getah

 
 
Budak2 zaman sekarang pernah tengok ke camne rupa biji getah..? hah inilah dia rupa bentuk biji getah dari pokok getah. Masa aku kecik2 dulu, dlm lingkungan umur 8 tahun camtu tersangatlah suke mengumpul bijik getah ni. Korang tau aku buat ape dgn bijik getah ni..? buat "berlaga" hahahaha mesti macam pelik je bunyinya, tp itulah dia permainan aku adik beradik masa kecik2 dulu. Kalau ke sawah padi kitorang g tangkap "ikan sekila" itupun buat berlaga jugak. tapi aku suka bela ikan tu. Abg aku jek suke curi ikan aku pastu dia buat berlaga. sedar2 dah mati ikan aku tu... sob..sob..sob.. sian dia.
 
 
 
 
Punyelah fanatic aku dengan bijik getah ni. sampai berbakul-bakul aku kumpul bijik getah ni, siap sorok bawah katil takut kene songlap. Bile bertarung buah dengan my brother aku selalunya kalah. Padahal aku rasa buah getah aku ni dah cukup tebal, camne asyik kalah je ni. Rupe2nya my brother main tipu, dia korek isi bijik getah tu pastu dia isi dengan lilin. Padanlah asyik dia je yg menang. Ciissss penipu toii... tapi lepas tu aku plak buat perkara yg sama, bile bertarung buah dgn budak2 kt sekolah, sahla2 buah getah aku yg kekal maintain. hahahaa.. lawak2.. Zaman kanak2 yg begitu nostalgik sekali...
 
Bila jumpe bijik getah ni kt kedai makan masa otw nk ke Melaka haritu, rasa sangat teruja. Rasa macam nk main berlaga buah getah plak-laaa... tapi nk bertarung dgn sapa...??? hehehe... Indahnya sebuah kenangan !