Ahad, 24 November 2013

Bila Terjumpa Biji Getah

 
 
Budak2 zaman sekarang pernah tengok ke camne rupa biji getah..? hah inilah dia rupa bentuk biji getah dari pokok getah. Masa aku kecik2 dulu, dlm lingkungan umur 8 tahun camtu tersangatlah suke mengumpul bijik getah ni. Korang tau aku buat ape dgn bijik getah ni..? buat "berlaga" hahahaha mesti macam pelik je bunyinya, tp itulah dia permainan aku adik beradik masa kecik2 dulu. Kalau ke sawah padi kitorang g tangkap "ikan sekila" itupun buat berlaga jugak. tapi aku suka bela ikan tu. Abg aku jek suke curi ikan aku pastu dia buat berlaga. sedar2 dah mati ikan aku tu... sob..sob..sob.. sian dia.
 
 
 
 
Punyelah fanatic aku dengan bijik getah ni. sampai berbakul-bakul aku kumpul bijik getah ni, siap sorok bawah katil takut kene songlap. Bile bertarung buah dengan my brother aku selalunya kalah. Padahal aku rasa buah getah aku ni dah cukup tebal, camne asyik kalah je ni. Rupe2nya my brother main tipu, dia korek isi bijik getah tu pastu dia isi dengan lilin. Padanlah asyik dia je yg menang. Ciissss penipu toii... tapi lepas tu aku plak buat perkara yg sama, bile bertarung buah dgn budak2 kt sekolah, sahla2 buah getah aku yg kekal maintain. hahahaa.. lawak2.. Zaman kanak2 yg begitu nostalgik sekali...
 
Bila jumpe bijik getah ni kt kedai makan masa otw nk ke Melaka haritu, rasa sangat teruja. Rasa macam nk main berlaga buah getah plak-laaa... tapi nk bertarung dgn sapa...??? hehehe... Indahnya sebuah kenangan !