Lunch harini kitorang ke kedai mamak di Taman Setapak Jaya. Tetiba aku rasa macam nk makan sup. So before lunch tu aku dah google tempat makan yang direkemenkan oleh blogger sekitar KL. After duk meng"google" akhirnya aku tertarik dengan kedai Mamak kt setapak ni.
Kepada sesiapa yg tengah mencari restoran untuk lunch aku pun nk rekemenkan Restauran Hussien Sup ni. Sup dia mmg kaw habis. After da makan tu rasa panas je badan. Macam baru lepas Sauna je rasa. Bagus untuk meningkatkan tenaga batin ni.. ehhehee..
Harga untuk makanan kt kedai ni boleh di katakana berbaloi. Untuk Semangkuk sup kambing RM6 dan Sup Ekor RM7. Popia 1 set RM1.2 ada 2 ketul popia. Makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.
Lokasi kedai ni adalah di belakang Masjid Jamiul Ehsan Taman Setapak Jaya. Kalau nk pakai GPS boleh search Jalan Puah Jaya Taman Setapak. Kalau dari bualatan Pahang tu sila masuk simpang ke Hospital Tawakkal. Lepas tu jalan je terus sampai jumpe Masjid yg berwarna kuning dis ebelah kiri jalan. Betul2 lepas flyover tu terus masuk simpang ke kiri tepi masjid. belakang tula Restauran ni berada. selamat menjamu selera. Zaasss....
Peta nk ke Restoran dari bulatan Pahang
Bile Nampak masjid kuning sila masuk simpang masjid selepas Flyover Duke tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan