Dah lama my hubby duk mengomel untuk belikan helmet baru full face kt dia. Memandangkan semua perbelanjaan di catatkan dlm buku 555 so tiada sebarang ketirisan boleh berlaku. Eheheehe... Aku kan merangkap sebagai pengurus kewangan. So ape2 yg nk di beli harus di bawa ke mesyuarat mingguan terlebih dahulu. Kalau ada peruntukan atau terlalu emergency mungkin sesuatu perkara tu blh di pertimbangkan. Tentang pembelian Helmet Full Face tu dah hamper 3 bulan my hubby duk menunggu. Tiap2 bulan duk Tanya ada bajet ke tak untuk helmet dia. Hehehe...
Memandangkan skrg adalah Musim tengkujuh, boleh dikatakan selang beberapa jam mesti hujan. Dalam hati ni duk fikir jugak, Kesian kt my hubby basah kuyup setiap kali balik kerja, coz dia pakai motor utk ulang alik ke tempat kerja. Lagi plak bila hujan lebat air akan masuk ke dlm helmet ketika atas jalan. Agak bahaya jugaklaa. So dengan baik hati dan keprihatinan yg tinggi aku telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300 untuk pembelian Helmet baru hubby.
Inilah rupa Helmet baru untuk hubby. Bukan main suka dapat helmet baru. Aku punye handbeg terpaksa KIV dulu, mungkin next month la plak. Untuk hubby xpela. Xberenti tersengih bila tau aku ajak dia ke Jalan Ipoh KL. Dah tau la tu aku nk belikan helmet kt dia. Sekali skala buat surprise untuk pakcik pun seronok jugak... Yerla nk buat surprise kt sapa lg kan. Marah pun pakcik bulat, syg pun pakcik bulat jugak... Ehehehe.. :)
Jaga helmet tu elok2 yea, jgn main letak je kt mana2, klu hilang pakai helmet lama tu jela. No bajet for helmet lg sehingga tahun 2015. Mcam kejam je bunyinya...Eheehehe... saje je, kasi ugut skit, klu tak dia main redah aje. atleast dia jaga skit barang dia... Skuter SYM baru je beli xsampai pun 7 bulan, dah hilang, gara-gara rosak, so dia tinggal je tepi Highway plus nk ke KLIA tu sementara cari org nk angkut, after 3 hari dtg2 dah xde Hmm... Nasib baik dapat claim insurance.. Pakcik OoOo Pakcik kurangkanlah sikap acuh X acuh tu yea... !
Apepun Moga selamat pergi & balik kerja yea PakCik-ku syg...
muahaha
muahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan