Salam takziah untuk semua ahli keluarga Azian Irdawaty. Aku mendapat berita mengenai kematian beliau melalui Facebook, beliau di sahkan meninggal pada jam 8.25 mlm tadi Di Hospital Universiti Petaling Jaya. Innalillahiwainnailaihiroojiun. Daripada Allah kite datang & Kepada Allah jua-lah kite kembali.
Kematian beliau adalah disebabkan oleh penyakit kanser payudara yang telah di hidapi oleh-nya setelah beberapa tahun menderita akibat kenser. Tempoh 4 - 8 tahun adalah satu tempoh yang biasa bagi pesakit kanser untuk hidup. Allahuakhbar, ketika mendapat berita tentang kematian pelakon ni, hatiku terasa sesuatu. Teringat kepada arwah Ibuku yang juga mengidap kanser payudara. Terus aku hadiahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah ibuku dan juga arwah kak Azian.
Hidup ini hanyalah sebuah persinggahan. Terkadang kite leka & alpa dengan dunia tetapi maut tidak pernah terleka menerkam jiwa manusia. Aku tumpang bersedih dengan kematian beliau, apepun penderitaan dunia telah berkahir untuknya. Moga Allah meringankan beban akhirat kepadanya. Alfatihah untuk arwah. Semoga roh-nya mendapat redha & kasih syg Allah.
Artikel lanjut mengenai Primadona Azian Irdawaty boleh klik DI SINI
Artikel lanjut mengenai Primadona Azian Irdawaty boleh klik DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan