Ahad, 12 Januari 2014

Happy Bestday Sayang Ibu & Abi




Budak kecik yang sangat demanding, Sedar-sedar dah nak masuk 2yrs dah pun. Esok jam 7.25 pagi genaplah usia adik 2 tahun. Happy Bestday Sayang semoga membesar dengan sihat, bijak & Berjaya dunia hingga ke akhirat.
 
Membesarkan anak yang bernama Nuha Safiya Binti Muhammad Shafie selama 2 tahun ini adalah sebuah pengalaman paling indah dalam hidupku. Kehadirannya bagai sebuah cahaya yang memberi sinar pada setiap langkah kehidupanKu. Allah tahu aku keseorangan, Allah tahu aku kesunyian. Lantas dia anugerahkan aku seorang teman yang sangat aku sayangi, seorang teman yg setia bersama-ku.
 
Ya Allah sejahterakanlah hidup Anak-ku, panjangkan & berkatilah umurnya. Limpahkanlah rahmat dan hidayah kepada anakku, Mudah2n dia menjadi hambaMU yg beriman lagi bertaqwa.
 
 
Wahai anak yang ibu kasihi, mungkin ada kesilapan ibu & abi sepanjang membesarkan-mu, maafkanlah kami. Andai ada kekurangan didikkan sepanjang mendidikmu menjadi hamba tuhan, maafkanlah kami. Carilah ilmu sendiri hingga ke petala langit yang paling tinggi, carilah apa sahaja yang ingin kau cari, asalkan pencarian-mu itu kerana Allah. Tabahkanlah hati-mu sepanjang hidup. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama-mu. Walau tiada Ibu di sisi, ingatlah Allah, dia pasti menemani-mu setiap saat dan ketika. Andai kau terasa sunyi, lantunkanlah bacaan Al-quran moga ia bias menjadi teman penghibur-mu. Akhir kata dari Ibu, moga hidupmu sentiasa di limpahi bahagia hingga ke akhirat.
 
Selamat menyambut Ulangtahun yang ke 2 tahun buat anakanda yang Ibu & Abi kasihi...


Selasa, 7 Januari 2014

Dengarlah Suara Yang Indah & Kata-kata Yang Mulia !

Terasa lapang & tenang apabila mendengar alunan suara2 yang memuji Allah dgn bait kata2 yg penuh dengan nasihat & pedoman untuk hati....

























Opick feat flo – Shalu’ala Muhammad

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari Asma-Nya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahnya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba


Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Ya Rabbi Ya Rabbi Ya Rabbi

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad

Sholallah ala Muhammad
Shallallahu Alaihi Wa Salam
Sholallah ala Muhammad
Sholallah alai Wa sallim

Yaa Nabi salaam alaika
Yaa Rasul Salaam’alaika
Yaa Habiib salam’alaika
Sholawattullah’alaika


Jumaat, 27 Disember 2013

Trip China :: Mencari Ilham Di Bumi Hangzhou


Terletak di Daerah Delta Sungai Yangtze yang subur, Hangzhou mempunyai sejarah kuno sebagai salah satu ibukota bersejarah China dan telah menjadi pusat seni, sastera dan budaya selama berabad-abad. Marco Polo, kunjungannya pada abad ke-13, menyebut "Yang Terbaik dan Termulia di Dunia".

Hangzhou adalah salah satu tempat legenda terindah sepanjang sejarah China, ia melahirkan beberapa penyair terbaik China dan menjadi tumpuan set pergambaran untuk karya-karya sastera terkenal. 

Hangzhou merupakan salah satu tempat yang harus anda kunjungi di China. Seperti pepatah China kuno menulis "Di atas adalah Syurga, bawah ini adalah Suzhou dan Hangzhou." lantaran keindahan pemandangan & panorama yang di saksikan melalui foto-foto membuatkan hatiku terdetik untuk mengunjungi tempat yg di nobatkan sebagai syurga di bumi.

Alhamdulillah Aku, hubby & my beloved doter  Nuha telah tiba dengan selamatnya di  Hangzhou Xiaoshan International Airport pada jam 01.30pm. Kali ini Bumi Hangzhou menjadi pilihan untuk kami bertiga meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan. Mencari ketenangan, menikmati sebuah kebahagiaan. Kita ini adalah selamanya bermusafir sehingga tiba ke destinasi. Berjalanlah, pergilah melihat dunia sementara masih ada waktu, kerana belum tentu esok masih ada. Banyak perkara yang akan kita temui sepanjang hidup ini. Bermusafir itu adalah ibadah.


Tambang Taxi dari Airport Ke Hotel adalah sekitar CNY80-100. Klu convert ke Malaysia Ringgit dalam RM45 - RM55. Klu nk jimat lagi boleh naik Bus. Tambang ofcoz la murah. Tp lama skitla perjalanan nak sampai tu coz banyak kali berhenti. Apepun Enjoy your Holiday.. !

Perjalanan kami pada kali ini hanya mengambil masa selama 6D5N berbanding lawatan kami  ke Selatan China iaitu Guangzhou & Shenzen pada tahun lepas mengambil masa selama 9D8N. kali ini kami hanya berlegar di sekitar Hangzhou & Yiwu sahaja. Jika ada lebihan masa teringin juga aku untuk melawat Shanghai & Suzhou. Tetapi Tujuan utama adalah untuk mencari ilham bagi memulakan sebuah perniagaan. Aku ingin mencari lebih waktu untuk diri & anak2. Aku tidak ingin terus terikat dengan waktu kerja yg begitu padat. Walaupun pekerjaanku kini tidak begitu menekan untuk aku ontime sampai ke ofis namun perasaan bersalah & berdosa itu tetap ada. 

Apepun aku ingin hdup dengan lebih tenang, aman & bebas dari segala perkara yang boleh membawa aku ke neraka. Ya Allah Permudahkanlah segala urusan hidup kami dunia & akhirat. Mudah-mudahan ada jalan mudah untuk aku memulakan perniagaan ini. Seperti kata Saidina Umar "Aku tidak peduli tentang susah atau senang-nya hidupku kerana aku tidak tahu mana yang terbaik untuk diriku"

Aku memilih penerbangan bersama Airasia sebagai medium untuk kami sekeluarga sampai ke negara tembok besar ini. Memandangkan kos pengangkutan-nya yang lebih murah berbanding MAS. Keadaan musim di China sekarang adalah musim sejuk. Suhu di Beijing dengar khabarnya mencecah di bawah paras beku iaitu -5 darjah celcius. Namun di Hangzhou keadaan suhu sedikit baik berbanding di Beijing. Suhu pada waktu malam adalah sekitar 2 - 7 darjah Celcius manakala 8 - 14 darjah Celsius pada waktu siang.

Alhamdulillah semua kelengkapan seperti pakaian tebal, makanan ringan & sedikit ubat-ubatan yang di bawa sedikit sebanyak telah membantu kami untuk menguruskan perjalanan secara sendiri di bumi yang tidak pernah dijejaki sebelum ini. 

Sedikit maklumat tentang lokasi, peta perjalanan & kedai makanan halal telah lengkap dalam catatan ringkas perjalanan. Itu semua telah aku siapkan beberapa hari sebelum kami berangkat. Aku lebih suka membuat sedikit carian ringkas mengenai sesuatu tempat yang akan di kunjungi. Ia adalah bertujuan bagi memudahkan segala urusan & perjalanan supaya menjadi lebih teratur. Lebih-lebih lagi bagi kami yang bermusafir dengan seorang bayi. Jadi adalah lebih mudah untuk kami sekiranya segala tentative perjalanan mengenai suhu, lokasi & juga public transport di siapkan lebih awal. 

Namun begitu kesulitan sepanjang pengembaraan tetap akan di hadapi bagi seorang pengembara yg membawa anak kecil, walaubagaimanapun anggaplah ia sebagai satu cabaran mudah bagi seorang pengembara.  

Penginapan kami ketika di Hangzhou telah ditempah melalui Airasia Go. Hotel pilihan sudah pasti lokasi-nya wajib berdekatan dengan public transport (Metro & Bus) iaitu di Hangzhou West Lake Golden Plaza Hotel. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati www.tripvisor.com kt sini banyak maklumat daripada pelancong seluruh dunia mengenai semua hotel. Aku juga memilih lokasi yang tidak berapa jauh dari West Lake, Ini kerana Ia adalah tarikan utama di Hangzhou. Lokasi Wajib di kunjungi bagi sesiapa sahaja yang datang ke Hangzhou. Mengenai West Lake ini, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut pada catatan yang akan datang.  

Stay tune... 

Khamis, 26 Disember 2013

Kawan Lelaki Paling Rapat Dari Zaman Sekolah

Macam ada skandal plak tajuk, sajek je kasi Up skit.. kihkihkih... Al kisahnya my X-schoolmate datang ke rumah last 2 week. Datang nk hantar barang. Coz aku ade beli barang dengan dia. Klu ikut plan awal kitorang nk jumpa tepi jalan je pun, ambik barang & bayar balance. Pastu tetiba plak my frenz ni ada meeting last minit so appointment terpaksa ditunda lewat skit. Aku plak tak kan nk menunggu kawan tu sampai ke marghib kat tepi jalan. Nanti lain plak jadinya, xpasal2 kene tangkap berkhalwat. Dahla area Bangi tu ramai Tok Imam. So memang tak sesuai. Last2 aku balik rumah dulu & plan nak ajak my hubby keluar skali amik barang after marghib. Diskus punya discus, hubby cadangkan jemput my frenz tu datang ke rumah kitorang je. So aku pun dengan senang hati whatsapp la my frenz ke rumah. Itula ringkasan cerita dia.
Actually Ada cerita antara Aku dengan kawan aku ni. Cerita zaman remaja dulula. Kitorang ni memang pernah berutus kad raya bagai tapi sekadar kawan jela, kawan rapat gitu, Bukan ada ape pun. Ala2 mesra gitu je. 

Masa aku kat dapur siapkan makan malam hubby duk usik macam2. Isk dia ni geram pulak rasanya. Bukan dia nk menolong aku masak ke apa. Sajela tu nak buat aku sakit hati. Hmm ape2 je la yunk. Malas aku nak layan, tadi masa aku cakap nk jumpa kawan aku kat luar untuk amik barang, dia yg beria suruh datang rumah, dah aku cakap kat kawan tu suh datang rumah. Ngada2 betul hubby ni. 



Takde apa nak di jeles-nya. Dia pun dah ada anak bini. Aku pun takda intention lebih dari  sekadar kawan dengan member aku ni. Klu betul aku syok kat dia dari dulu lagi dah aku try dia kihkihkih (ketawa jahat skit). Tapi dah nama pun kawan, kawan jela kan. Ade plak fikir entah ape2. Naik berbulu telinga aku duk kt dapur dengar my hubby mengomel dengan my doter. Rasa nak cili2 je mulut dia time tu, nasib baiklah si kecik tu  tak faham ape-ape lg... Hmm hubby aku ni sejak akhir2 ni makin sensitip plak dia. Selama ni ok je. Tiba-tiba plak datang mood over cemburu dia.  Bulan mengambang agaknya. 

Lama jugaklah my frenz lepak kt rumah kitorang. Bukan main berselara makan, maklumlah bini duk jauh. So xde hal la dia nk melepak lama pun. Macam2 cerita kuar. Dari kes Kastam sampai ke cerita di Kota Mekah & Madinah. Hah baru my hubby tau, kawan aku ni klu dah bersembang memang payah nk berenti. Memang mesra alam gitu. Tak kira dengan siapa pun, da jenis dia cepat ngam gitu. Tambah plak aku ni, dari dulu suka  je layan dia bercerita, lagila panjang lebar ceritanya. Memang seronok skali skala klu kengkawan datang ke rumah. Terimbas kembali zaman remaja dulu2. 

Bukan senang nk jumpe lelaki yg still boleh keep contact once dah ada haluan hidup masing2. Walau dulu pernah nak ehem-ehem tapi tak menjadi, apepun still boleh make frenz & kongsi cerita suka & duka as a frenz. I like ...




Rabu, 25 Disember 2013

Bila Cuti Hubby Dah Approve !

Tet..Tet...sambil diiring dengan music berjela. Klu ringtone camtu, dah tau da dari sapa whatsapp tu...  



Alhamdulillah.. nasib baik lulus jugak cuti hujung tahun my hubby. Berdebar jugak aku menanti approval dari Pengarah. Tiket semua aku dah beli, Hotel pun dah tempah. Skali nyer buat xlulus mmg masak-laa. Tentera ni bukan boleh kire sangat, diorang xperduli samade kite dah tempah tiket bagai pun. Jika ada kes terpencil or ura2 rakyat nk berhimpun ke ape, X pasal-pasal semua cuti pegawai di bekukan.

Aku ni duk risau pasal 31 Disember 2013 nnt dengar cerita PR nk anjurkan perhimpunan rakyat lg. Itu yg aku dah mamai pikir tu. Dahla cuti hubby belum approve klu dah approve tu lega la skit. Adooiii camni la bile dah kawin dengan pegawai tentera. Tp bile dah tengok approval tu yabeda-bedu... Nampak cerah skit masa depan. ehehehe

Bile hubby dah amik cuti berjela camtu maknanya dah sampai waktu utk kitorang jalan-jalan plak laa... Akhir2 tahun ni, mood kerja pun da slow, sementara nk tunggu masuk tahun baru kite Holidayla dulu. Recharge energy & semangat untuk memulakan hari pada tahun 2014. Welcome new year 2014. Dah bertambah lagi satu angka umur aku ni. Anak bile  lgnk tambah ni... :)





Memborong di Big Bad Wolf !

 
Yesssza... Buku tentang Egypt dah beli ni, bila plak nk ke sana ni..??? hehehe...
 
Beli... Beli... dan beli... Hehehe.. biasalah org perempuan-kan suke shopping. So xdela pelik sgt klu aku nk g shopping kan. Lagipun aku bukan shopping makeup ke ape. Peruntukan untuk makeup selalu xsampai RM300 pun setahun. Tapi peruntukan untuk shopping buku mmh makan beribu RM setahun. Mmg sejak kecil lg my late ummi slalu bawak aku ke Pesta buku, samada di Dewan Majlis Dungun or Stadium Kuala Terengganu. Klu ada rombongan sekolah nk ke Pesta buku, maka aku adalah pelajar yg xpernah terlepas dari mengikuti ape jua program. Aku mmg suka beli buku. Sebab aku suka baca buku-la sebab tu aku suka beli buku... tp memandangkan dah terlalu banyak sangat buku yg aku beli, so ada banyak jugaklah buku yg belum sempat aku habis membacanya.

 
Nah amik ko selonggok buku aku borong kt Big Bad Wolf. Dari jam 10 mlm sampai jam 2 pagi duk kt The Mine. Whatever it is. Thanks A lot to my hubby coz sudi menjadi teman untuk mengangkat segala buku2 aku tu. Ehehehe...
 
Beli buku walau xbaca pun xpe, InsyaAllah apebila diperlukan nnt pasti ia akan memberi manfaat kepada anak2 mahupun sesiapa shj yg berhajat kepada maklumat di dalamnya. So tiada istilah membazir bile membelanjakan duit untuk membeli bahan bacaan ilmiah. Tapi agak2la kan janganlah plak borong buku sampai anak bini xcukup makan. Itu xtermasuk dalam istilah di atas yea. Ape-ape perkara dlm dunia ni kene berwasatiah mengikut status kewangan masing2. Bak kate org lame, ukur baju di badan sendiri.
 
 
Buku yg bahagian atas tu adalah buku panduan untuk traveller. Banyak Negara jugaklah aku angkat. Xpela, kite borong buku dulu, nnt klu ada rezeki kita angkat la tiket plak. Ke tak gitu... ehehehe
 
 
 
Ini buku si kecik Nuha, bahagian dia mmg kene ade. mana boleh xde bahagian si kecik tuit ni. Klu kite beli ape2 pun dia pun nk jugak yg dia punya. Lagi xbeli lagi tu dia xnak keluar dari kedai.. Adoiii pening kite di buatnya. nasib baik baru sorang, klu 5, 6 org masak jugaklah ibu. Abi buat muka sardine je. Last2 ibuu jugak... 
 
 
Bila time duk sesorang aku suka menghabiskan masa terluang aku dengan membaca buku. Bila time hubby xde kt rumah or bila time konfrontasi dengan my hubby so buku adalah teman paling setia yg akan menemani aku sepanjang waktu. Tapi selalunya konfrontasi paling lama pun sehari, lepas tu dah xleh nk duk diam klu hubby buat dunno. Ehehehe... Walaupun muke cool je tp dlm hati tu bergelora jugak... ehehehe bocor rahsia den.


 
Tu dia, sedar xsedar habis berkepuk jugak, sedap je main angkut masuk kotak. Huh boleh tahan jugak. burst bajet aku kali ni. Anggaran xmelebihi RM350. Hmm xpela, dah penat2 angkut bayar jela.. walaupun ada org buat muke seposen je... ala skali setahun je pun, bukan tiap2 bulan... :)
 
 
 
 

Selasa, 24 Disember 2013

My Home :: Wet Kitchen

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kitchen cabinet dapur basah kt rumah kitorang. InsyaAllah awal bulan January 2014 ni installer dari KS Work akan datang pasang kt umah kitorang. Kalau ikutkan jadual asal diorang dah boleh datang pasang Pada 26hb Disember 2013 tetapi aku ada mintak diorang buat sedikit adjustment & penambahan pada design. So date pemasangan terpaksa di tunda beberapa hari. Last2 aku suh dtg awal tahun je la. Coz end of this month kitorang sekeluarga ada event yg tak dapat di elakkan. Tak sabar nak tengok Outcome camne. ehehe
 
 

Hood pun aku mintak diorang tutup skali, Tp bukan tutup permenant tau. Klu tutup pakai box camtu je nnt susah plak klu tersumbat ke ape. Aku mintak diorang buat pintu jugak utk hood aku tu. ehehehe..
 
 
 
Warna pilihan adalah Hitam & juga Hijau pucuk pisang. Aku kan penyokong Hijau yg Tegar... hikhikhikhik.. :)
 
Material yg kitorang pakai adalah Playwood. memandangkan ini adalah dapur basah, maka penggunaan kawasan ini banyak terdedah kepada air & kelembapan maka aku decide untuk menggunakan Playwood bukan Milamine. Dari segi harga adalah sikit perbezaan. Tapi untuk jangka panjang aku rasa beza seribu dua tu adalah berbaloi. Sebelum ni aku pernah ada kitchen cabinet yang di perbuat daripada Milamine. Bila terlalu banyak terdedah kepada air & Kelembapan kualiti chipboard agak merosot. Lagi plak dapur rumah lama aku tu ada leaking kt bahagian bawah sinki so ape lagi, habis sekeping chipboard berlubang. Tp kt bahagian playwood tak plak rosak.
 
Dari pengalaman tula aku decide nk guna playwood untuk semua bahagian dapur basah aku ni. Untuk lapisan luar plak aku pilih Fomica sebagai penambah seri. InsyaAllah nnt dah siap aku akan upload real picture kt sini. :))