Khamis, 26 Disember 2013

Kawan Lelaki Paling Rapat Dari Zaman Sekolah

Macam ada skandal plak tajuk, sajek je kasi Up skit.. kihkihkih... Al kisahnya my X-schoolmate datang ke rumah last 2 week. Datang nk hantar barang. Coz aku ade beli barang dengan dia. Klu ikut plan awal kitorang nk jumpa tepi jalan je pun, ambik barang & bayar balance. Pastu tetiba plak my frenz ni ada meeting last minit so appointment terpaksa ditunda lewat skit. Aku plak tak kan nk menunggu kawan tu sampai ke marghib kat tepi jalan. Nanti lain plak jadinya, xpasal2 kene tangkap berkhalwat. Dahla area Bangi tu ramai Tok Imam. So memang tak sesuai. Last2 aku balik rumah dulu & plan nak ajak my hubby keluar skali amik barang after marghib. Diskus punya discus, hubby cadangkan jemput my frenz tu datang ke rumah kitorang je. So aku pun dengan senang hati whatsapp la my frenz ke rumah. Itula ringkasan cerita dia.
Actually Ada cerita antara Aku dengan kawan aku ni. Cerita zaman remaja dulula. Kitorang ni memang pernah berutus kad raya bagai tapi sekadar kawan jela, kawan rapat gitu, Bukan ada ape pun. Ala2 mesra gitu je. 

Masa aku kat dapur siapkan makan malam hubby duk usik macam2. Isk dia ni geram pulak rasanya. Bukan dia nk menolong aku masak ke apa. Sajela tu nak buat aku sakit hati. Hmm ape2 je la yunk. Malas aku nak layan, tadi masa aku cakap nk jumpa kawan aku kat luar untuk amik barang, dia yg beria suruh datang rumah, dah aku cakap kat kawan tu suh datang rumah. Ngada2 betul hubby ni. 



Takde apa nak di jeles-nya. Dia pun dah ada anak bini. Aku pun takda intention lebih dari  sekadar kawan dengan member aku ni. Klu betul aku syok kat dia dari dulu lagi dah aku try dia kihkihkih (ketawa jahat skit). Tapi dah nama pun kawan, kawan jela kan. Ade plak fikir entah ape2. Naik berbulu telinga aku duk kt dapur dengar my hubby mengomel dengan my doter. Rasa nak cili2 je mulut dia time tu, nasib baiklah si kecik tu  tak faham ape-ape lg... Hmm hubby aku ni sejak akhir2 ni makin sensitip plak dia. Selama ni ok je. Tiba-tiba plak datang mood over cemburu dia.  Bulan mengambang agaknya. 

Lama jugaklah my frenz lepak kt rumah kitorang. Bukan main berselara makan, maklumlah bini duk jauh. So xde hal la dia nk melepak lama pun. Macam2 cerita kuar. Dari kes Kastam sampai ke cerita di Kota Mekah & Madinah. Hah baru my hubby tau, kawan aku ni klu dah bersembang memang payah nk berenti. Memang mesra alam gitu. Tak kira dengan siapa pun, da jenis dia cepat ngam gitu. Tambah plak aku ni, dari dulu suka  je layan dia bercerita, lagila panjang lebar ceritanya. Memang seronok skali skala klu kengkawan datang ke rumah. Terimbas kembali zaman remaja dulu2. 

Bukan senang nk jumpe lelaki yg still boleh keep contact once dah ada haluan hidup masing2. Walau dulu pernah nak ehem-ehem tapi tak menjadi, apepun still boleh make frenz & kongsi cerita suka & duka as a frenz. I like ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan