Terletak di Daerah Delta Sungai Yangtze yang subur, Hangzhou mempunyai sejarah kuno sebagai salah satu ibukota bersejarah China dan telah menjadi pusat seni, sastera dan budaya selama berabad-abad. Marco Polo, kunjungannya pada abad ke-13, menyebut "Yang Terbaik dan Termulia di Dunia".
Hangzhou adalah salah satu tempat legenda terindah sepanjang sejarah China, ia melahirkan beberapa penyair terbaik China dan menjadi tumpuan set pergambaran untuk karya-karya sastera terkenal.
Hangzhou merupakan salah satu tempat yang harus anda kunjungi di China. Seperti pepatah China kuno menulis "Di atas adalah Syurga, bawah ini adalah Suzhou dan Hangzhou." lantaran keindahan pemandangan & panorama yang di saksikan melalui foto-foto membuatkan hatiku terdetik untuk mengunjungi tempat yg di nobatkan sebagai syurga di bumi.
Alhamdulillah Aku, hubby & my beloved doter Nuha telah tiba dengan selamatnya di Hangzhou Xiaoshan International Airport pada jam 01.30pm. Kali ini Bumi Hangzhou menjadi pilihan untuk kami bertiga meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan. Mencari ketenangan, menikmati sebuah kebahagiaan. Kita ini adalah selamanya bermusafir sehingga tiba ke destinasi. Berjalanlah, pergilah melihat dunia sementara masih ada waktu, kerana belum tentu esok masih ada. Banyak perkara yang akan kita temui sepanjang hidup ini. Bermusafir itu adalah ibadah.
Tambang Taxi dari Airport Ke Hotel adalah sekitar CNY80-100. Klu convert ke Malaysia Ringgit dalam RM45 - RM55. Klu nk jimat lagi boleh naik Bus. Tambang ofcoz la murah. Tp lama skitla perjalanan nak sampai tu coz banyak kali berhenti. Apepun Enjoy your Holiday.. !
Apepun aku ingin hdup dengan lebih tenang, aman & bebas dari segala perkara yang boleh membawa aku ke neraka. Ya Allah Permudahkanlah segala urusan hidup kami dunia & akhirat. Mudah-mudahan ada jalan mudah untuk aku memulakan perniagaan ini. Seperti kata Saidina Umar "Aku tidak peduli tentang susah atau senang-nya hidupku kerana aku tidak tahu mana yang terbaik untuk diriku"
Aku memilih penerbangan bersama Airasia sebagai medium untuk kami sekeluarga sampai ke negara tembok besar ini. Memandangkan kos pengangkutan-nya yang lebih murah berbanding MAS. Keadaan musim di China sekarang adalah musim sejuk. Suhu di Beijing dengar khabarnya mencecah di bawah paras beku iaitu -5 darjah celcius. Namun di Hangzhou keadaan suhu sedikit baik berbanding di Beijing. Suhu pada waktu malam adalah sekitar 2 - 7 darjah Celcius manakala 8 - 14 darjah Celsius pada waktu siang.
Alhamdulillah semua kelengkapan seperti pakaian tebal, makanan ringan & sedikit ubat-ubatan yang di bawa sedikit sebanyak telah membantu kami untuk menguruskan perjalanan secara sendiri di bumi yang tidak pernah dijejaki sebelum ini.
Sedikit maklumat tentang lokasi, peta perjalanan & kedai makanan halal telah lengkap dalam catatan ringkas perjalanan. Itu semua telah aku siapkan beberapa hari sebelum kami berangkat. Aku lebih suka membuat sedikit carian ringkas mengenai sesuatu tempat yang akan di kunjungi. Ia adalah bertujuan bagi memudahkan segala urusan & perjalanan supaya menjadi lebih teratur. Lebih-lebih lagi bagi kami yang bermusafir dengan seorang bayi. Jadi adalah lebih mudah untuk kami sekiranya segala tentative perjalanan mengenai suhu, lokasi & juga public transport di siapkan lebih awal.
Namun begitu kesulitan sepanjang pengembaraan tetap akan di hadapi bagi seorang pengembara yg membawa anak kecil, walaubagaimanapun anggaplah ia sebagai satu cabaran mudah bagi seorang pengembara.

Penginapan kami ketika di Hangzhou telah ditempah melalui Airasia Go. Hotel pilihan sudah pasti lokasi-nya wajib berdekatan dengan public transport (Metro & Bus) iaitu di Hangzhou West Lake Golden Plaza Hotel. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati www.tripvisor.com kt sini banyak maklumat daripada pelancong seluruh dunia mengenai semua hotel. Aku juga memilih lokasi yang tidak berapa jauh dari West Lake, Ini kerana Ia adalah tarikan utama di Hangzhou. Lokasi Wajib di kunjungi bagi sesiapa sahaja yang datang ke Hangzhou. Mengenai West Lake ini, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut pada catatan yang akan datang.
Stay tune...
Stay tune...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan