Khamis, 21 November 2013

Bercuti Ke Krabi :: Berpindah Ke Orchid Resort Hotel @ Aonang



Setelah menghabiskan masa selama 3D2N di Krabi Lada Residence Hotel Bandar Krabi maka dengan sukacitanya perjalanan di teruskan ke Aonang Orchid Resort Hotel di Aonang Beach. Masa yang telah di habiskan di Bandar Krabi cukup bermakna. Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh di lakukan semasa di Krabi Town tetapi dengan menghayati suasana malam yang tenang dari segala hiruk pikuk kota seperti kebanyakan bandar2 lain adalah sebuah pengalaman yg berharga pada aku. Sekitar jam 5.30 - 6.30 ptg selalunya kitorang akan ke Pasar Malam untuk membeli sedikit buah & makanan yang di pastikan kesucian-nya. Bagaimana nk menentukan tahap ke-Halalan sesuatu makanan..?? Tengok kepada penjual makanan samada memakai hijab atau X. After that tengok cara penyediaan makanan tu sendiri. Tengok keadaan tempat memasak & pakaian tukang masak. Klu cukup berpuas hati maka aku akan beli, klu xmemenuhi kehenak maka aku makan buah ajela. Oppss... pangjang berjela la plak citer aku ni pasal makanan di Krabi Town ni ek.


 
Kitorang berangkat dari Lada Residence ke Orchid Resort dengan menggunakan Van yg di provide oleh Miss Anne. harga yg diorang charge hanyalah 200 bath mmg sgt berbaloi2. Selalu harga van 350bath  ke 400 bath tp entah kenapa dia kasi special rate kt aku. Mungkin aku slalu puji dia kot.. hahahaha..

 
Lebih kurang jam 9.30 pg kitorang dah sampai kt Orchid Resort Aonang. Alhamdulillah kitorang dapat check In awal. Layanan oleh staff pun sgt terbaik. I like Orchid Resort. Aktiviti pertama ialah terjun kolam. Ini adalah aktiviti utk si kecik yg suka main air. Mmg xcited yg amat la dia. Aku sengaja book bilik yg mengadap kolam coz nk tengok si kecik main air. ehehe adik-adik...


 
Bangun je tido terus tengok kolam, dah jerit2 sambil tunjuk ke arah kolam. Xcited tahap gaban dah ni. ehehe.. ape lagi Abi pun kaki main air jugak tu, ajakla abi terjun ngan adik. Ibu nk rest kt bilik je. Tengok dari atas cukupla.

 
Tu diaa dah siap sepersalinan swimming suit.

 

Tengok tu, dah xsabar2 nk turun, isk berani betoii si kecik ni. nasib baik dah pakai pelampung kalau x bahaya si kecik ni klu di biarkan camtu. Ade dia g terjun terus dlm kolam tu. Bukan dia tau air tu dalam ke cetek. Ibu yg duk kt atas ni plak yg terjerit - jerit. Abi biasalah, maintain cool dia tu. EeEEee sakit plak rasa hati kite ni.


 
Ok dah siap2 nk turun.

 
Kedalaman kolam adalah 1.5m mmg terbaik utk bersantai & berenang. Kolam pun besar & bersih. Lagi plak xramai org sangat masa kitorang stay. So ape lg.. our family jelaa yg kongker kolam ni.

 
Aktiviti berenang berakhir sekitar jam 1 ptg.

 
memandangkan semalamnye kitorang dah pusing2 Aonang maka harini kitorang xdela rushing nk kemana sgt. just lepak2 dlm bilik & mesra2 jelaa.. ehehehe.. Jam 4.30 ptg baru kitorang keluar cari makanan & sewa motor.
 
So kepada yang merancang untuk bercuti ke Krabi, aku tersangatlah rekemen untuk korang memilih hotel ni, di samping service yg sgt terbaik, keadaan bilik yg bersih & layanan yg memuaskan hati makanan yg di sediakan oleh pihak hotel juga adalah halal. Mengikut apa yg di beritahu Tokey hotel ini adalah muslim. Walaubagaimanapun aku kurang makan sarapan pagi diorang. Coz rasa masakan dia xberapa nk kene dengan tekak aku. Just makan roti dengan jam & juga juice shj setiap pagi. Apepun aku suke menginap di sini. Klu kitorang ke sini lg, InsyaAllah hotel ini akan menjadi pilihan penginapan kitorang.
 
 
 
 
 
 

Bercuti Ke Krabi :: Sup Daging Di Pasar Islam

Sepanjang percutian mmg banyak tempat yg kitorang singgah. Asal ada sesuatu yg penarik pada pandangan mata kitorang akan berhenti & lepak beberapa ketika. Sambil tu mata sibuk duk mencari makanan Halal untuk di makan.
 
Antara makanan Halal yg kami jumpe di Krabi, selain dari apa yg di selalu di ceritakan di kebannyakan blog adalah Pasar Islam. Lokasi pasar ini terletak 10km ke atas dari Epot. Klu kita berada di Krabi Town maka kita kene menuju ke Epot dahulu, dari epot tu kite kene terus lg, anggaran perjalanan dalam 10 minit dan kita akan Nampak Pasar islam itu berada di sebelah kanan jalan. Nama tempat aku lupa. tp senang je nk carik coz Pasar tu betul2 tepi jalan & ada gambar bulan & bintang di lukis.
 

 
Kitorang singgah ke Pasar ni semasa perjalanan pulang dari Hot Spring. Perut dah mula berbunyi, jadi mata mula meliar mencari makanan yg boleh di isi. Alhamdulillah akhirnya sup daging & nasi putih. Sungguh sedap rasanya.

 
Tengok tu daging pun kelihatan segar & masih baru...
 


Perkara Yang paling penting apabila berada di Negara asing camni adalah mencari makanan halal & di yakini halal. Itu adalah kewajipan kepada semua umat islam.


 
Inilah Sup kitorang dah sampai.. nasi je belum sampai. Harga untuk hidangan simple tengahari kitorang ini adalah 120 bath berserta 2 gelas Tea O ais. Sedap, Murah & Halal = Terbaik
 
 
 Tanda harga pun adoo... :))
 
 
 
 

Rabu, 20 November 2013

DIY :: Deko Bilik Baby Gilz

 
Dekorasi yang simple untuk bedroom my baby girlz Nuha Safiya... Barang2 tersebut kitorang beli di IKEA. Kos rak buku, lampu meja, kerusi, meja study, mainan kayu serta set cadar pink adalah dalam lingkungan +- RM1100 shj.


Warna pink ni mmg dah siap cat dari awal. Cat yang digunakan adalah Dulux. Tukang cat kitorang upah Indon.
 

 
Buku2 kt rak tu kebanyakannya adalah buku2 aku. Sementara Rak buku masih dalam proses maka terpaksalah aku tumpang kt bilik my baby ni.
 
 

Bukan main seronok dia dapat main kt bilik dia. Kalau dia nk main2 or menulis makan dia akan masuk ke bilik dia ni & mula menconteng. Buku conteng & pensel mmg aku dah sediakan untuk dia. Mmg dari kecik aku dah ajar dia untuk conteng atas buku dia shj. Klu dia conteng kt dinding mmg tangan dia kene upah jentik. So sekarang ni dah Nampak disiplin skit. dah xde nk menconteng kt dinding dah.


 Bile dah siap main2 pandai je dia tolakkan balik kerusi dia tu ke bawah meja. Good girlz.

 
Antara buku2 adik yang masih berada dalam plastic. Nnt dah pandai bace baru boleh buke plastic. skrg ni buat perhiasan ajela kt atas rak tu ya.

 
Yang ni adalah koleksi buku2 aku, banyak lagi dalam kotak kt bilik bawah tu, Nnt dah siap rak buku tu bolehla di susun mengikut jenis bahan bacaan. Moga memberi manfaat kepada semua.

 
Album zaman mula2 kawin.. ehehe.. masa berkemas kotak2 tetiba terjumpa album ni.. Nnt anak2 dah besar boleh bace stori mori ibu pasal Abi adik kt dlm album tu yea...  macam2 cerita ade... apepun Ibu Love Abi for eternal.. gaduh skali skali tu beselah kan.. adat berumah tangga, tp gaduh kejap2 dah le yea... :))

 
Ni lagi buku aku, ada yg belum di bace pun ada... time beli bukan main, bile entah nk bace.. huhuhu xpela nnt ada masa boleh bace. Yang penting ada dlm koleksi.
 
 
 

Selasa, 19 November 2013

Bercuti Ke Krabi :: Nak ke Emerald Pool Tapi Sampai ke Hot Spring

Lama bebenor aku perap citer pasal percutian Krabi kitorang ni. Al-kisahnya SD Card kamera aku hilang. So mmg sampai skrg xjumpe lg. Xtaula whether aku misplace or mmg hilang or tercicir. Adoiii banyak gambar2 lama yg belum aku transfer duk dlm SD card tu. Merata carik tapi xjugak jumpe. So xdapatlah aku nk stori-mori pasal percutian aku ke Krabi. Mana gambar yg ada jela aku citer yea. Bak kata my hubby "Barang yg lalu usah di kenang.." ehehehe..
 
 
Inilah dia kuda tunggangan kitorang, comel tak..? My hubby tengah isi minyak, mahal kemain minyak dia makcik oiii... lagi plak harga minyak xsama mcm kt mesia ni, lain pump minyak lain harga. Aku pun pelik. Hmm dah duk Negara org, layankan ajelaa..
 
Semasa di Krabi haritu kitorang sempat membuat lawatan  ke Krabi Hot Spring. Lain tempat yg di carik lain tempat yg kitorang sampai. Kitorang bergerak ke Krabi Town menggunakan motosikal Honda jenis skuter. After da siap sarapan bagai maka aktiviti pun bermula. Perjalanan bermula dari Hotel Orchid di Aonang Hingga ke Epot Krabi, jarak perjalanan di jangka sejauh 45km, tp tu belum sampai lg. Lokasi Hot Spring ni lagi 15km ke atas dari Epot Krabi tu. Gile jauh bonceng motor. Dah naik kebas montot di buatnya. Rancangan awal Kitorang sebenarnya nk ke Emerald Pool tp sampai ke sudah x jumpa. Last2 kitorang singgah je kt Hot Spring Krabi. Dah nak buat camne, hubby pun dah angin, my doter pun dah naik rimas & aku pun dah pasrah. Dah puas berpusing situ sini tp xjumpe jugak. Menarik ke Hot Spring Krabi ni ?
 
Mohla tengok gambar2 yg sempat aku snap mase melepak buang masa kt situ.
 

 
 
Ini adalah kaunter tiket di Hot Spring tu, Memandangkan kitorang xpakai travel agen maka semua tiket & makanan sendiri beli & sendiri uruskan ok. Tp seronok ape camtu, xpayah nk terikat dengan masa Tour guard, ikut suka hati nk menyinggah kt mana. Dah nama bercuti ke Negara org.. banyak benda yg boleh kite lihat & nikmati dengan selesa bila bergerak sendiri ni... walaubagaimanapun keselamatan harus di jaga. Dan perkara paling utama couple anda adalah seorang yg sporting. Klu tak mmg xbest laa Holiday. Kejap2 nk bertegang urat pasal itu ini... hancuss...




Hambik ko tiket nk masuk tengok kolam 2, 3 kerat tu pun ke charge RM15/person. Perghh sabo jela, nasib baik aku tgh melancong, klu kt mesia jgn harap aku nk masuk. lagi satu dah kebas montot duk atas motor sejam lebih so kitorang perlukan tempat utk berehat seketika. Terbang 300 bath aku.. huwaaaa...
 
 
Ini adalah pondok tempat kitorang duk melepak sambil mengomel berbakul2 pasal tempat ni.. ahahaha.. hubby manusia paling angin & xpuas hati. Aku dah penat, dah xlarat nk pk ape2. Mmg xberbaloii masuk sini.


 
Hot Spring yang original, tp X di jaga dengan baik, habis semua kolam berlumut & busuk..

 
View ada jugak yg ok, tp dengan harga tiket tu mmg xberbaloi langsung. Klu 50bath oklaa. Xde pe sgt pun tempat ni. So aku mmg xsuggest korang dtg ke sini yea. Wasting time. better korang ke Felda Trolak di Sungkai sana. Lagi syok Hot Spring kt situ.
 
 
Muka xpuas hati.. ehheehe..
 
 

 
No idea nk buat ape, mentol lampu pun nk snap.. hadooiii...
 
 
Last sebelum balik my hubby pergi jugak rendam kaki kt dalam kolam air panas ni.. itujela aktiviti yg dpt di buat di sini. Babai Hot Spring. Kali pertama & terakhir aku ke sini. Zaaassss...
 
 
 

DIY :: Taman Mini Depan Rumah

Inilah Taman Mini rumah kitorang. Tanah sekangkang kera yg ada kt depan rumah tu aku cuba mengubahsuai agar menjadi port paling selesa untuk lepak sepanjang  hari. Banyak kali jugak aku tanam & cabut rumput2 tu. Bukan senang jugak nk maintain rumput carpet ni yea. Air nk kene sedang2 aje. klu air kurang nnt daun rumput menguning & kurus2, klu terlebih air plak dia xberapa nk tumbuh and than kt bahagian bawah tu jadi macam berair & Nampak berlendir. Pendek kata mmg nk kene rajin membelek keadaan dia hari2. After membuat sedikit research pasal penanaman rumput maka aku telah mengambil keputusan untuk buang segala rumput yang aku dah tanam awal tahun aritu & aku gantikan dengan rumput carpet jenis philipine yang baru.
 
 
 
Inilah gambar terbaru Taman Mini kitorang setelah mengalami fasa pengubahsuai untuk kali ke 3. banyak benda lagi aku nk clearkan tu. Penutup longkang pun belum ada lagi.
 
 
Rumput yang lama aku telah transferkan ke bahagian luar rumah. Memandangkan rumput lama masih elok so aku fikir better aku tanam kt tepi longkang depan pagar tu. yang bahagian dalam ni semua aku gantikan dengan rumput baru kecuali kt bahagian atas tu je aku kekalkan coz rumput dia masih terjaga & maintain hijau.
 
 
 
 
Pokok ni senang jaga, cuma nk kene cukup siram je 2x sehari. Harga sebeg pokok hiasan ni adalah RM6 sebeg, untuk menjadi banyak seperti itu aku perlukan 8 beg pokok. After dah beli maka aku tanamkan mereka serumpun...
Entah ape tema taman aku agaknya. Macam2 ado.. ehehehe 

 
Step pertama yang dilakukan adalah mencabut semua rumput2 lama. Membuang Tanah merah berbatu sedia-ada sedalam setengah kaki, Kemudian digantikan dengan Tanah kompos hitam yang dibeli di nursery sungai chua kajang. Harga sebeg besar Tanah kompos hanya RM8/beg. Lebih kurang 12 beg Tanah kompos di perlukan. Aku biarkan Tanah hitam tu selama 2 hari supaya dia lebih padat & sebati dengan Tanah lama after that Tanah perlu di pijak2 terlebih dahulu Sebelum diratakan pasir halus di bahagian permukaan atas Tanah bagi memastikan level Tanah adalah sama & tidak berlaku pemendapan Tanah selepas kite menanam rumput nanti.
 
 
 
 
Kemudian bolehlah menyusun rumput2 yang di beli. Sila susun elok2 & potong mana-mana bahagian rumput yang tidak sama. Rumput2 yang baru ni aku beli di sungai buluh, klu tak silap aku di Lot 53. Kat kedai tu banyak rumput & juga tanaman hiasan. harga pun boleh bargain lagi. Klu pandai menawar mmg berbaloi sgt. harga rumput philipine 2x1 ni adalah RM1.50 shj. Aku beli 25 peket rumput.
 
 
Ini adalah pokok limau purut yang aku dah transferkan ke dlm pasu. Asalnya pokok limau ni aku tanam atas Tanah. Tp memandangkan ruang Tanah yang terhad maka aku cabut & tanam balik dlm pasu. Alhamdulillah pokok semakin segar & pucuk cepat bercambah sejak di tanam menggunakan Tanah kompos tu.
 
 
Sedikit ruang aku tinggalkan untuk menanam pokok herba seperti Limau nipis, Limau kasturi & juga pokok hiasan. Bahagian tepi pokok2 tersebut perlu di bersihkan dari sebarang tumbuhan liar bagi memastikan Baja yg di taburkan sampai kepada akar pokok berkenaan. Kalau tak nnt pokok lambat nk berpucuk. Racun perosak juga perlu di sembur 2x sebulan untuk mengelakkan kehadiran makluk perosak.

After 2 minggu aku menggantikan Tanah baru, aku melihat pokok2 yg di tanam membesar dengan begitu cepat. Daun2 bertukar hijau terang & banyak pucuk2 baru mula tumbuh. Pokok limau nipis & juga limau kasturi juga telah berbunga. Alhamdulillah.. Walaupun banyak tenaga di perlukan untuk menggantikan Tanah lama kepada Tanah baru, tp hasilnya mmg terbaik.

Kos yang telah di habiskan untuk Taman mini kitorang ini adalah +- RM400 shj. Segala kerja2 di lakukan sendiri. Kalau upah org mungkin bertambah skit kos-nya.

Plan seterusnya adalah menanam pokok serai, kari dan juga pandan. Semua pokok2 ni aku akan tanam di dalam pasu jugak rasanya. Nak letak kt bahagian mana tu belum pasti. Yang penting semua pokok2 dapat hidup dengan baik, kemas & tersusun. Menentukan di mana kedudukkan pasu sebelum membuat penanaman adalah sangat penting bagi memudahkan kerja & mengelak pasu daripada pecah akibat banyak kali di alih dari satu tempat ke tempat yang lain. Lagi pun pasu yg telah di isi dgn Tanah boleh tahan berat jugak tu. So plan betul2 sebelum decide nk menanam.


 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 18 November 2013

Weekend :: Cuti Sekolah Ke Sunway Lagoon !



Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon Subang Jaya. Setelah hamper 14 tahun berada di KL ni.  Aku ke sini bersama my beloved doter & juga my hubby. Entah macamne tetiba dtg mood nk ke Sunway Lagoon. Padahal sebelum ni dah ramai kawan2 & juga keluarga ajak lepak kt sana tp aku selalu menolak dgn pelbagai alasan. Tup..Tup.. baru2 ni hati terdetik nk ajak my doter main air, after duk fikir2 tempat yg sesuai maka aku decide ke SL. Perjalanan dari Kajang ke Subang Jaya mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki kereta. Jalanraya agak selesa, xbanyak kereta, mungkin kerana cuti sekolah telah bermula maka ramai warga kota membawa anak2 bercuti ke tempat lain. Hmm aman skitla jalanraya di KL ini, xdelah nk terperak dlm jam berejam.. suka-suka ... :))  
 
 
 
Harga Tiket Untuk masuk ke Taman Tema Air Sunway Lagoon pada bulan November 2013.Sekarang ni dah xboleh nk pilih2 team park, wajib beli semua. Jumlah semua team park adalah 5 park dengan harga RM90 untuk warganegara Malaysia shj. Dengan syarat bawak mycard yea. Klu ada JJ card dapat 30% discount. So harga utk JJ card adalah RM84 per person. Minimum hanya untuk 2 org shj bagi satu card. Untuk promosi JJ card ni aku rasa sehingga hujung tahun ni kot, apepun boleh cek kt website sunway lagoon untuk confirmation.
 
 
 
selalu aku bace blog kawan2 yang pernah ke sana diorang kasi wristband macam jam tangan tu, tp  masa aku pergi ni diorang just kasi tali plastic camni aje. tak kisahla apepun, asalkan boleh masuk & main air. hehehe
 

 
Budak comel yg baru nk baik demam tapi masih suam2 lagi. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk merendam budak kecik ni dalam air supaya suhu badan dia menurun dengan cepat. Dah masuk 5 hari dia demam tapi masih xbaik2. Makan ubat adalah perkara paling ahzab sekali. So kitorang laki bini just rendam je dlm baldi supaya suhu badan dia berkurangan. Harap2 esok adik dah baik demam ok.
 

 
Depan Pintu masuk ke Sunway Lagoon.
 


 
Hah tau takut..  sian adik kene sakat dgn Abi, sejak bila abi suka mengusik adik ni, slalu ibu je... :)) 
 
 
 Muka budak fanatic Air, after dah main air hamper 4 jam, main gelongsor air, main ombak & macam2 lagi. Last2 dah xnak main coz dah gigil yg amat. Kalau tak, dialah budak no 1 paling Xcited bile jumpa air kolam. Tengok aje kolan air, xkiralah kolam ikan sekalipun, mesti terjerit2 nk turun main. hehehe..
 
Gambar masa main air xde coz kitorang cume 3 beranak shj. sume nk main air, so xde org nk tolong tengokkan camera. Senang citer kitorang simpan camera dalam box. Harga box kecik RM15 shj. Okla jugak, muat2 untuk beg kitorang yg comel tu.  So gambar main air xdela, cuma gambar atas darat jela sempat di ambil.
 

Buat muka nak main kuda plak. Xde org nk layan adik ea, sian adik... mehla ibu bawak naik kuda pusing2 tu...
 

 
Tengok keretapi sampai bulat mata2, hari hujan so banyak permainan terpaksa di tutup buat sementara waktu...

 
Okeh dah nak balik...

 
King paling kejam la sangat yea .. huhuhu..

 
Aii adik ade berani nk pegang replica tengkorak tu, nnt malam mengigau plak, sapa yg susah, ibuuuu jugak...


 
Macam real, tapi replica semen je pun..
 
 
Amboii2 seronoknye dia .. bukan main bergaya lagi ea... Alhamdulillah nampaknya dah makin ceria tu, harapnya esok dah sihat ok... muahaha
 

 
Naik kuda pusing berkali-kali.. ibu plak naik pening, suh abi beli jela sebijik letak kt depan umah, hari2 boleh naik ...


Terminator :)
 

 
 
 

 
View depan pintu sebelum keluar dari Sunway Lagoon. Berakhirlah sudah aktiviti jalan2 hujung minggu kitorang pada kali ni.. So kepada yang belum pergi tu persilakanlah bawak anak2 berjimba-jimba sempena cuti sekolah ni.. time cuti camnilah nk happy2 kan diorang pun..
 
Kesimpulan tentang aktiviti di Sunway Lagoon ni tersangatlah banyak. kitorang pun xsempat nk main semua game yg ade. Extreme Park pun xmasuk, coz hubby xde geng, mungkin next time kene dtg bersama ahli keluarga yg lain baru boleh buat semua aktiviti.