Selasa, 19 November 2013

Bercuti Ke Krabi :: Nak ke Emerald Pool Tapi Sampai ke Hot Spring

Lama bebenor aku perap citer pasal percutian Krabi kitorang ni. Al-kisahnya SD Card kamera aku hilang. So mmg sampai skrg xjumpe lg. Xtaula whether aku misplace or mmg hilang or tercicir. Adoiii banyak gambar2 lama yg belum aku transfer duk dlm SD card tu. Merata carik tapi xjugak jumpe. So xdapatlah aku nk stori-mori pasal percutian aku ke Krabi. Mana gambar yg ada jela aku citer yea. Bak kata my hubby "Barang yg lalu usah di kenang.." ehehehe..
 
 
Inilah dia kuda tunggangan kitorang, comel tak..? My hubby tengah isi minyak, mahal kemain minyak dia makcik oiii... lagi plak harga minyak xsama mcm kt mesia ni, lain pump minyak lain harga. Aku pun pelik. Hmm dah duk Negara org, layankan ajelaa..
 
Semasa di Krabi haritu kitorang sempat membuat lawatan  ke Krabi Hot Spring. Lain tempat yg di carik lain tempat yg kitorang sampai. Kitorang bergerak ke Krabi Town menggunakan motosikal Honda jenis skuter. After da siap sarapan bagai maka aktiviti pun bermula. Perjalanan bermula dari Hotel Orchid di Aonang Hingga ke Epot Krabi, jarak perjalanan di jangka sejauh 45km, tp tu belum sampai lg. Lokasi Hot Spring ni lagi 15km ke atas dari Epot Krabi tu. Gile jauh bonceng motor. Dah naik kebas montot di buatnya. Rancangan awal Kitorang sebenarnya nk ke Emerald Pool tp sampai ke sudah x jumpa. Last2 kitorang singgah je kt Hot Spring Krabi. Dah nak buat camne, hubby pun dah angin, my doter pun dah naik rimas & aku pun dah pasrah. Dah puas berpusing situ sini tp xjumpe jugak. Menarik ke Hot Spring Krabi ni ?
 
Mohla tengok gambar2 yg sempat aku snap mase melepak buang masa kt situ.
 

 
 
Ini adalah kaunter tiket di Hot Spring tu, Memandangkan kitorang xpakai travel agen maka semua tiket & makanan sendiri beli & sendiri uruskan ok. Tp seronok ape camtu, xpayah nk terikat dengan masa Tour guard, ikut suka hati nk menyinggah kt mana. Dah nama bercuti ke Negara org.. banyak benda yg boleh kite lihat & nikmati dengan selesa bila bergerak sendiri ni... walaubagaimanapun keselamatan harus di jaga. Dan perkara paling utama couple anda adalah seorang yg sporting. Klu tak mmg xbest laa Holiday. Kejap2 nk bertegang urat pasal itu ini... hancuss...




Hambik ko tiket nk masuk tengok kolam 2, 3 kerat tu pun ke charge RM15/person. Perghh sabo jela, nasib baik aku tgh melancong, klu kt mesia jgn harap aku nk masuk. lagi satu dah kebas montot duk atas motor sejam lebih so kitorang perlukan tempat utk berehat seketika. Terbang 300 bath aku.. huwaaaa...
 
 
Ini adalah pondok tempat kitorang duk melepak sambil mengomel berbakul2 pasal tempat ni.. ahahaha.. hubby manusia paling angin & xpuas hati. Aku dah penat, dah xlarat nk pk ape2. Mmg xberbaloii masuk sini.


 
Hot Spring yang original, tp X di jaga dengan baik, habis semua kolam berlumut & busuk..

 
View ada jugak yg ok, tp dengan harga tiket tu mmg xberbaloi langsung. Klu 50bath oklaa. Xde pe sgt pun tempat ni. So aku mmg xsuggest korang dtg ke sini yea. Wasting time. better korang ke Felda Trolak di Sungkai sana. Lagi syok Hot Spring kt situ.
 
 
Muka xpuas hati.. ehheehe..
 
 

 
No idea nk buat ape, mentol lampu pun nk snap.. hadooiii...
 
 
Last sebelum balik my hubby pergi jugak rendam kaki kt dalam kolam air panas ni.. itujela aktiviti yg dpt di buat di sini. Babai Hot Spring. Kali pertama & terakhir aku ke sini. Zaaassss...
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan