Sepanjang percutian mmg banyak tempat yg kitorang singgah. Asal ada sesuatu yg penarik pada pandangan mata kitorang akan berhenti & lepak beberapa ketika. Sambil tu mata sibuk duk mencari makanan Halal untuk di makan.
Antara makanan Halal yg kami jumpe di Krabi, selain dari apa yg di selalu di ceritakan di kebannyakan blog adalah Pasar Islam. Lokasi pasar ini terletak 10km ke atas dari Epot. Klu kita berada di Krabi Town maka kita kene menuju ke Epot dahulu, dari epot tu kite kene terus lg, anggaran perjalanan dalam 10 minit dan kita akan Nampak Pasar islam itu berada di sebelah kanan jalan. Nama tempat aku lupa. tp senang je nk carik coz Pasar tu betul2 tepi jalan & ada gambar bulan & bintang di lukis.
Kitorang singgah ke Pasar ni semasa perjalanan pulang dari Hot Spring. Perut dah mula berbunyi, jadi mata mula meliar mencari makanan yg boleh di isi. Alhamdulillah akhirnya sup daging & nasi putih. Sungguh sedap rasanya.
Tengok tu daging pun kelihatan segar & masih baru...
Perkara Yang paling penting apabila berada di Negara asing camni adalah mencari makanan halal & di yakini halal. Itu adalah kewajipan kepada semua umat islam.
Inilah Sup kitorang dah sampai.. nasi je belum sampai. Harga untuk hidangan simple tengahari kitorang ini adalah 120 bath berserta 2 gelas Tea O ais. Sedap, Murah & Halal = Terbaik
Tanda harga pun adoo... :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan