Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon Subang Jaya. Setelah hamper 14 tahun berada di KL ni. Aku ke sini bersama my beloved doter & juga my hubby. Entah macamne tetiba dtg mood nk ke Sunway Lagoon. Padahal sebelum ni dah ramai kawan2 & juga keluarga ajak lepak kt sana tp aku selalu menolak dgn pelbagai alasan. Tup..Tup.. baru2 ni hati terdetik nk ajak my doter main air, after duk fikir2 tempat yg sesuai maka aku decide ke SL. Perjalanan dari Kajang ke Subang Jaya mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki kereta. Jalanraya agak selesa, xbanyak kereta, mungkin kerana cuti sekolah telah bermula maka ramai warga kota membawa anak2 bercuti ke tempat lain. Hmm aman skitla jalanraya di KL ini, xdelah nk terperak dlm jam berejam.. suka-suka ... :))
Harga Tiket Untuk masuk ke Taman Tema Air Sunway Lagoon pada bulan November 2013.Sekarang ni dah xboleh nk pilih2 team park, wajib beli semua. Jumlah semua team park adalah 5 park dengan harga RM90 untuk warganegara Malaysia shj. Dengan syarat bawak mycard yea. Klu ada JJ card dapat 30% discount. So harga utk JJ card adalah RM84 per person. Minimum hanya untuk 2 org shj bagi satu card. Untuk promosi JJ card ni aku rasa sehingga hujung tahun ni kot, apepun boleh cek kt website sunway lagoon untuk confirmation.
selalu aku bace blog kawan2 yang pernah ke sana diorang kasi wristband macam jam tangan tu, tp masa aku pergi ni diorang just kasi tali plastic camni aje. tak kisahla apepun, asalkan boleh masuk & main air. hehehe
Budak comel yg baru nk baik demam tapi masih suam2 lagi. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk merendam budak kecik ni dalam air supaya suhu badan dia menurun dengan cepat. Dah masuk 5 hari dia demam tapi masih xbaik2. Makan ubat adalah perkara paling ahzab sekali. So kitorang laki bini just rendam je dlm baldi supaya suhu badan dia berkurangan. Harap2 esok adik dah baik demam ok.
Depan Pintu masuk ke Sunway Lagoon.
Hah tau takut.. sian adik kene sakat dgn Abi, sejak bila abi suka mengusik adik ni, slalu ibu je... :))
Muka budak fanatic Air, after dah main air hamper 4 jam, main gelongsor air, main ombak & macam2 lagi. Last2 dah xnak main coz dah gigil yg amat. Kalau tak, dialah budak no 1 paling Xcited bile jumpa air kolam. Tengok aje kolan air, xkiralah kolam ikan sekalipun, mesti terjerit2 nk turun main. hehehe..
Gambar masa main air xde coz kitorang cume 3 beranak shj. sume nk main air, so xde org nk tolong tengokkan camera. Senang citer kitorang simpan camera dalam box. Harga box kecik RM15 shj. Okla jugak, muat2 untuk beg kitorang yg comel tu. So gambar main air xdela, cuma gambar atas darat jela sempat di ambil.
Buat muka nak main kuda plak. Xde org nk layan adik ea, sian adik... mehla ibu bawak naik kuda pusing2 tu...
Tengok keretapi sampai bulat mata2, hari hujan so banyak permainan terpaksa di tutup buat sementara waktu...
Okeh dah nak balik...
King paling kejam la sangat yea .. huhuhu..
Aii adik ade berani nk pegang replica tengkorak tu, nnt malam mengigau plak, sapa yg susah, ibuuuu jugak...
Macam real, tapi replica semen je pun..
Amboii2 seronoknye dia .. bukan main bergaya lagi ea... Alhamdulillah nampaknya dah makin ceria tu, harapnya esok dah sihat ok... muahaha
Naik kuda pusing berkali-kali.. ibu plak naik pening, suh abi beli jela sebijik letak kt depan umah, hari2 boleh naik ...
Terminator :)
View depan pintu sebelum keluar dari Sunway Lagoon. Berakhirlah sudah aktiviti jalan2 hujung minggu kitorang pada kali ni.. So kepada yang belum pergi tu persilakanlah bawak anak2 berjimba-jimba sempena cuti sekolah ni.. time cuti camnilah nk happy2 kan diorang pun..
Kesimpulan tentang aktiviti di Sunway Lagoon ni tersangatlah banyak. kitorang pun xsempat nk main semua game yg ade. Extreme Park pun xmasuk, coz hubby xde geng, mungkin next time kene dtg bersama ahli keluarga yg lain baru boleh buat semua aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan