Khamis, 21 November 2013

Bercuti Ke Krabi :: Berpindah Ke Orchid Resort Hotel @ Aonang



Setelah menghabiskan masa selama 3D2N di Krabi Lada Residence Hotel Bandar Krabi maka dengan sukacitanya perjalanan di teruskan ke Aonang Orchid Resort Hotel di Aonang Beach. Masa yang telah di habiskan di Bandar Krabi cukup bermakna. Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh di lakukan semasa di Krabi Town tetapi dengan menghayati suasana malam yang tenang dari segala hiruk pikuk kota seperti kebanyakan bandar2 lain adalah sebuah pengalaman yg berharga pada aku. Sekitar jam 5.30 - 6.30 ptg selalunya kitorang akan ke Pasar Malam untuk membeli sedikit buah & makanan yang di pastikan kesucian-nya. Bagaimana nk menentukan tahap ke-Halalan sesuatu makanan..?? Tengok kepada penjual makanan samada memakai hijab atau X. After that tengok cara penyediaan makanan tu sendiri. Tengok keadaan tempat memasak & pakaian tukang masak. Klu cukup berpuas hati maka aku akan beli, klu xmemenuhi kehenak maka aku makan buah ajela. Oppss... pangjang berjela la plak citer aku ni pasal makanan di Krabi Town ni ek.


 
Kitorang berangkat dari Lada Residence ke Orchid Resort dengan menggunakan Van yg di provide oleh Miss Anne. harga yg diorang charge hanyalah 200 bath mmg sgt berbaloi2. Selalu harga van 350bath  ke 400 bath tp entah kenapa dia kasi special rate kt aku. Mungkin aku slalu puji dia kot.. hahahaha..

 
Lebih kurang jam 9.30 pg kitorang dah sampai kt Orchid Resort Aonang. Alhamdulillah kitorang dapat check In awal. Layanan oleh staff pun sgt terbaik. I like Orchid Resort. Aktiviti pertama ialah terjun kolam. Ini adalah aktiviti utk si kecik yg suka main air. Mmg xcited yg amat la dia. Aku sengaja book bilik yg mengadap kolam coz nk tengok si kecik main air. ehehe adik-adik...


 
Bangun je tido terus tengok kolam, dah jerit2 sambil tunjuk ke arah kolam. Xcited tahap gaban dah ni. ehehe.. ape lagi Abi pun kaki main air jugak tu, ajakla abi terjun ngan adik. Ibu nk rest kt bilik je. Tengok dari atas cukupla.

 
Tu diaa dah siap sepersalinan swimming suit.

 

Tengok tu, dah xsabar2 nk turun, isk berani betoii si kecik ni. nasib baik dah pakai pelampung kalau x bahaya si kecik ni klu di biarkan camtu. Ade dia g terjun terus dlm kolam tu. Bukan dia tau air tu dalam ke cetek. Ibu yg duk kt atas ni plak yg terjerit - jerit. Abi biasalah, maintain cool dia tu. EeEEee sakit plak rasa hati kite ni.


 
Ok dah siap2 nk turun.

 
Kedalaman kolam adalah 1.5m mmg terbaik utk bersantai & berenang. Kolam pun besar & bersih. Lagi plak xramai org sangat masa kitorang stay. So ape lg.. our family jelaa yg kongker kolam ni.

 
Aktiviti berenang berakhir sekitar jam 1 ptg.

 
memandangkan semalamnye kitorang dah pusing2 Aonang maka harini kitorang xdela rushing nk kemana sgt. just lepak2 dlm bilik & mesra2 jelaa.. ehehehe.. Jam 4.30 ptg baru kitorang keluar cari makanan & sewa motor.
 
So kepada yang merancang untuk bercuti ke Krabi, aku tersangatlah rekemen untuk korang memilih hotel ni, di samping service yg sgt terbaik, keadaan bilik yg bersih & layanan yg memuaskan hati makanan yg di sediakan oleh pihak hotel juga adalah halal. Mengikut apa yg di beritahu Tokey hotel ini adalah muslim. Walaubagaimanapun aku kurang makan sarapan pagi diorang. Coz rasa masakan dia xberapa nk kene dengan tekak aku. Just makan roti dengan jam & juga juice shj setiap pagi. Apepun aku suke menginap di sini. Klu kitorang ke sini lg, InsyaAllah hotel ini akan menjadi pilihan penginapan kitorang.
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan