Inilah Taman Mini rumah kitorang. Tanah sekangkang kera yg ada kt depan rumah tu aku cuba mengubahsuai agar menjadi port paling selesa untuk lepak sepanjang hari. Banyak kali jugak aku tanam & cabut rumput2 tu. Bukan senang jugak nk maintain rumput carpet ni yea. Air nk kene sedang2 aje. klu air kurang nnt daun rumput menguning & kurus2, klu terlebih air plak dia xberapa nk tumbuh and than kt bahagian bawah tu jadi macam berair & Nampak berlendir. Pendek kata mmg nk kene rajin membelek keadaan dia hari2. After membuat sedikit research pasal penanaman rumput maka aku telah mengambil keputusan untuk buang segala rumput yang aku dah tanam awal tahun aritu & aku gantikan dengan rumput carpet jenis philipine yang baru.
Inilah gambar terbaru Taman Mini kitorang setelah mengalami fasa pengubahsuai untuk kali ke 3. banyak benda lagi aku nk clearkan tu. Penutup longkang pun belum ada lagi.
Rumput yang lama aku telah transferkan ke bahagian luar rumah. Memandangkan rumput lama masih elok so aku fikir better aku tanam kt tepi longkang depan pagar tu. yang bahagian dalam ni semua aku gantikan dengan rumput baru kecuali kt bahagian atas tu je aku kekalkan coz rumput dia masih terjaga & maintain hijau.
Pokok ni senang jaga, cuma nk kene cukup siram je 2x sehari. Harga sebeg pokok hiasan ni adalah RM6 sebeg, untuk menjadi banyak seperti itu aku perlukan 8 beg pokok. After dah beli maka aku tanamkan mereka serumpun...
Entah ape tema taman aku agaknya. Macam2 ado.. ehehehe
Step pertama yang dilakukan adalah mencabut semua rumput2 lama. Membuang Tanah merah berbatu sedia-ada sedalam setengah kaki, Kemudian digantikan dengan Tanah kompos hitam yang dibeli di nursery sungai chua kajang. Harga sebeg besar Tanah kompos hanya RM8/beg. Lebih kurang 12 beg Tanah kompos di perlukan. Aku biarkan Tanah hitam tu selama 2 hari supaya dia lebih padat & sebati dengan Tanah lama after that Tanah perlu di pijak2 terlebih dahulu Sebelum diratakan pasir halus di bahagian permukaan atas Tanah bagi memastikan level Tanah adalah sama & tidak berlaku pemendapan Tanah selepas kite menanam rumput nanti.
Kemudian bolehlah menyusun rumput2 yang di beli. Sila susun elok2 & potong mana-mana bahagian rumput yang tidak sama. Rumput2 yang baru ni aku beli di sungai buluh, klu tak silap aku di Lot 53. Kat kedai tu banyak rumput & juga tanaman hiasan. harga pun boleh bargain lagi. Klu pandai menawar mmg berbaloi sgt. harga rumput philipine 2x1 ni adalah RM1.50 shj. Aku beli 25 peket rumput.
Ini adalah pokok limau purut yang aku dah transferkan ke dlm pasu. Asalnya pokok limau ni aku tanam atas Tanah. Tp memandangkan ruang Tanah yang terhad maka aku cabut & tanam balik dlm pasu. Alhamdulillah pokok semakin segar & pucuk cepat bercambah sejak di tanam menggunakan Tanah kompos tu.
Sedikit ruang aku tinggalkan untuk menanam pokok herba seperti Limau nipis, Limau kasturi & juga pokok hiasan. Bahagian tepi pokok2 tersebut perlu di bersihkan dari sebarang tumbuhan liar bagi memastikan Baja yg di taburkan sampai kepada akar pokok berkenaan. Kalau tak nnt pokok lambat nk berpucuk. Racun perosak juga perlu di sembur 2x sebulan untuk mengelakkan kehadiran makluk perosak.
After 2 minggu aku menggantikan Tanah baru, aku melihat pokok2 yg di tanam membesar dengan begitu cepat. Daun2 bertukar hijau terang & banyak pucuk2 baru mula tumbuh. Pokok limau nipis & juga limau kasturi juga telah berbunga. Alhamdulillah.. Walaupun banyak tenaga di perlukan untuk menggantikan Tanah lama kepada Tanah baru, tp hasilnya mmg terbaik.
Kos yang telah di habiskan untuk Taman mini kitorang ini adalah +- RM400 shj. Segala kerja2 di lakukan sendiri. Kalau upah org mungkin bertambah skit kos-nya.
Plan seterusnya adalah menanam pokok serai, kari dan juga pandan. Semua pokok2 ni aku akan tanam di dalam pasu jugak rasanya. Nak letak kt bahagian mana tu belum pasti. Yang penting semua pokok2 dapat hidup dengan baik, kemas & tersusun. Menentukan di mana kedudukkan pasu sebelum membuat penanaman adalah sangat penting bagi memudahkan kerja & mengelak pasu daripada pecah akibat banyak kali di alih dari satu tempat ke tempat yang lain. Lagi pun pasu yg telah di isi dgn Tanah boleh tahan berat jugak tu. So plan betul2 sebelum decide nk menanam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan