Sabtu, 21 April 2012

Rindu Ummi

Sob..Sob.. Sob..

Hari ni xtau kenapa emosi sgt terganggu, dlm duk happy plan utk renovation rumah baru nnt tetiba hati di tiup angin kesayuan.. kerinduan pada insan yg telah lama tiada disisi.. Ummi... :.(    (Al-Fatihah utk Ummi..)

Teringat akan sebuah nasyeed yg sngt menyentuh hati di TV al-Hijrah, nyanyian Ahmad Bukhtir ; Ya Ummi... bile dengar lagu tu sambil layan video dia maka berlinanganla air mataku ini bagai air hujan yg boleh membanjirkan padang pasir.. :.(


Dalam kesedihan yg da mule meruntum di jiwa, aku hanya mampu memeluk anakanda kesayangan-ku adeq Nuha, sambil berbicara dgn dia air mataku semakin laju bercucuran..
" Ibu sngt Rindukan Tok Mi syg.. :.( "

Andai ummi masih ada, aku dpt bayangkan kegembiraan diwajahnye melihat cucuanda Nuha yg semakin membesar, dialah manusia yg paling sibuk utk mengajarkan Al-quran dan mengalunkan zikir2 utk adeq.. seperti mana hati-nye meruntum bile mendapat cucu pertama (Abd. Muiz) mcm2 di belinya, banyak betul pantang larangnye.. itu x blh ini xblh.. nnt klu buat begitu anak jadi nakal & etc.. kene buat begini dan amalkan doa itu & ini supaya anak jadi baik & mendengar kate  
".. hmm umi2..
anakmu ini tersgtla merindui nasihat & leteranmu
yg amat berguna itu.."

" Ya Allah ampunkanlah dosaku & dosa kedua Ibu Bapaku, berilah kebahagiaan & tempat paling mulia di sisiMU 
utk ibu yg aku kasihi dunia & akhirat,
Sesungguhnya dialah insan yg telah mengajarku
tentang agamaMU, Dialah insan yg memungkinkan
aku melihat matahariMU sehingga hari ini,
Dialah yg sentiasa bangun di malam hari 
menadah doa kepadaMU
untuk kebahagiaan hidupku dunia & akhirat,
Dialah insan yg sentiasa mengajarku
erti kemanisan dlm bersujud kepadaMU
dikala semua insan lain diulit mimpi indah..,
maka engkau terimalah dia
sebagai hambaMU yg terpuji ya Allah,
Yg akan Engkau janjikan syurga untuknya
kerana sesungguhnya dialah insan terbaik
utk-ku dan keluargaku,
Insan yg pernah mengisi kebahagiaan untuk abiku,
tangan yg sentiasa menghidangkan makanan terbaik utk kami.. Maka ampunilah & rahmatilah Ibuku ya Allah... Hanya Rahmat & kasih sygMU yg aku dambakan  saban ketika demi kebahagiaan IBUku di sisiMU
Ya Tuhanku...." :.( 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan