Aku ingin kongsikan sebuah cerita yang pernah aku baca pada zaman kanak-kanak-ku dulu. Aku juga pernah menceritakan kisah ini kepada arwah umi. Masih terbayang bagaimana riak wajahnya bilamana aku menceritakan kisah ini kepadanya di suatu malam ketika sedang duduk bersembang di meja makan marmar di dapur rumah-ku. Hanya aku & Umi, abi mungkin ke masjid ketika itu. Kerana seingat aku, abi tiada bersama.
Aku : Umi nk dengor cerita dok, sedih sgt cerita ni, cerita pasal seorang budak dengan sebatang pokok.
Umi : Dah mg bace mane cerita tu...
Aku : Dalam majalah, dengor la ni, kite nk cerita ni... (aku pun mula bercerita)
Belum sempat pun aku menghabiskan cerita ini, air mata umi telah berjujuran jatuh ke pipi. Entah kenapa sedih sungguh umi ketika itu. aku hairan. Tetapi dlm menangis itu umi masih senyum & ketawa mungkin ingin menutup rasa malunya menangis di hadapanku secara tiba-tiba . Aku pun turut bersedih ketika bercerita kisah ini kepada-nya. Mungkin umi terharu dengan cara penyampaian ku agak-nya. Detik hatiku ketika itu. Masa tu, aku berusia 11 tahun. Aku sering terlibat dalam apa sahaja acara ko-kurikulum sekolah. Samada bercerita, mendeklamasi sajak, berdebat & berforum. Aku juga adalah seorang anak & pelajar yang sgt aktif bersukan. Setiap kali pertandingan, Aku selalunya akan mendapat Johan atau paling kurang Naib Johan peringkat Daerah Dungun. Dan org pertama yang akan aku berita-kan adalah umi. Aku sanggup ponteng kelas agama petang semata-mata untuk menunggu umi pulang dari kerja. Sungguh tidak sabar untuk kongsikan berita gembira itu kepadanya, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Arwah adalah teman yg paling rapat dengan-ku pada zaman kanak-kanak-ku. Walaupun kekadang aku sering di rotan oleh Abi gara-gara leteran arwah, Tetapi aku tetap sayang kepada-nya. Semua cerita aku kongsi-kan dengan-nya, dia pula melayan aku seperti kawan. Tidak sedikit terasa janggal bile bercerita, ape shj cerita pun aku boleh kongsi dengan arwah, dia adalah pendengar setia cerita-cerita-ku.
Kini umi telah pergi buat selama-lamanya. Setiap kali menjelang ramadhan aku sangat merinduinya. Kerana banyak peristiwa & kenangan terakhir yg arwah tinggalkan untukku pada hari-hari terakhir kehidupanya di sepanjang bulan Ramadhan & sambutan 1 syawal.
Dulu aku mungkin tidak mengerti mengapa arwah umi menangis bila aku menceritakan kisah ini kepadanya. Namun kini setelah aku mempunyai seorang anak perempuan yg semakin membesar. Yang selalu ingin bermanja-manja denganku, yang selalu menanti kepulanganku setiap petang, yang begitu gembira setiap kali aku merangkulnya dengan erat... Aku mulai mengerti segalanya. Dan aku semakin sedar bertapa arwah sangat menyayangiku melebihi dirinya sendiri... Allahuakhbar... Azah sangat rindukan umi... :,( Pada ketika aku menulis cerita ini. Airmataku berjurai tidak henti-henti. Terasa benar ralatnya hatiku ini. Belum sempat aku membalas ketulusan kasih syg yang tidak pernah berpenghujung.. Umi telah pergi buat selamanya meninggalkan aku sendirian bersama dunia yang luas ini... :'(
Hampir habis setengah kotak tisu, nasib baiklah time lunch hour. Semua org tiada di office hanya aku seorang shj tidak kemana-mana. Time rehat sengaja aku skip kerana ingin pulang sedikit awal ptg nnt. Hati seorang Ibu, tidak pernah lupe pada anak2nya walau di mana dia berada..
Semoga Cerita ini menjadi pengajaran paling berguna kepada sesiapa sahaja yang membacanya. InsyaAllah ... Jom hanyati kisah tauladan ini..
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan buah2n sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok itu juga menyayangi-nya.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah kepadaku, bermain-mainlah di sekitarku seperti dulu" ajak pokok besar itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak kecil, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, Aku mahukan permainan dan Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok besar itu berkata, "Kalau begitu, petiklah buah-buah yang ada padaku. Jualkanlah ia untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan, mungkin itu akan membuatkan kau gembira."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik ke semua buah di pokok besar itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok besar itu merasa sedih.
Masa terus berlalu, berbulan-bulan lamanya, pokok besar tetap setia menunggu kehadiran kanak-kanak kecil yg selalu bermain di sekitarnya suatu masa dulu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok besar itu merasa gembira melihat-nya.
Dengan nada gembira pokok besar itu berkata "Marilah bermain-main di sekitarku, aku rindu untuk melihat senyumanmu seperti dulu"
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu dengan riak wajah yg muram.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." kata Pokok besar itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong ke semua dahan pokok besar itu dan pergi dengan gembiranya dengan membawa pulang dahan2 besar untuk di buat rumah bagi keluarganya. Pokok besar itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Lama pokok besar menanti, tahun berganti tahun, musim bertukar musim...
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok besar itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok besar itu dulu. Kini dia telah matang dan dewasa. Kelihatan budak kecil yang dulu, kini telah menjadi seorang lelaki yg gagah perkasa. Pokok besar gembira melihatnya kembali...
"Marilah, bermain-mainlah di sekitarku seperti dulu, lama aku tidak melihatmu ketawa riang.." ajak pokok besar itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada-mu. Tetapi kau boleh memotong batang ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok besar itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok besar itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju ke pokok besar itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok besar itu. Dia rindu untuk bertemu pokok besar. Dia ingin berehat & berteduh di bawah rimbunan dedaun pokok besar. Tetapi sayang-nya pokok Besar itu telah tiada. yang tinggal hanyalah tunggul & akar di dalam Tanah. Apabila pokok besar melihat budak yg sering bermain dengan-nya dulu telah kembali semula kepada-nya, pokok besar berkata :-
"Maafkan aku. Aku tidak punyai apa-apa lagi untuk diberikan kepada-mu. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku kau jadikan kapal untuk berlayar . Kini aku hanya ada sebatang tunggul dan akar yang telah mati..." kata pokok besar itu dengan nada perlahan, sedih & pilu.
"Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang besarmu kerana aku berupaya lg untuk belayar jauh. Aku hanya merasa penat dan ingin berehat di batang-mu serta berteduh di bawah-mu" jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku, moga dengan itu bisa membuatkan kamu merasa tenang & bahagia" kata pokok besar itu.
Pokok besar itu sangat gembira, kerana akhirnya budak kecil yg dulu sering berlari di bawahnya kini telah kembali seperti dulu. Biar pun pokok besar tidak mampu untuk melindunginya dengan rimbunan dedaun & dahan-nya tetapi cukuplah untuk mengubat kerinduan-nya selama ini terhadap budak kecil itu yang kini semakin tua di makan usia.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di tunggul pokok besar. Dia menangis menyesali atas segala perbuatan-nya terhadapat pokok besar yang begitu menyayangi-nya selama ini. Walau sebanyak mana sekalipun dia menangis. Pokok besar yg dulu pernah menjadi teman permainan kini hanyalah sebatang tunggul yg telah mati.