Isnin, 28 Mac 2016

Lepak @ ZAWARA Coffee Bangi

Lama dah tak lepak santai dengan hubby berdua-duan camni tanpa si kecik merengek kt sebelah nk itu ini, walaupun kt rumah tu mmgla selalu jek duk makan bersama, lepak tengok TV sama2, tapi sorang tergolek kt sofa sana, sorang terbaring kt sebelah sini sambil main hp & hapdet status whatsapp ... so bile lepak makan kt luar ni adela ruang sembang sikit2, than mood dia lain macam skit rasanya hihihihi... 


Masa kitorang lepak kt Zawara ni, my beloved Nuha follow Opah ke Kenduri kahwin di Selayang Baru. Dia kalau dah jumpe Opah mmg tak ingat Ibu & Abi dah. Entah ape yg dia suke sangat pun tak tau. So bile si kecik dah xde makanya kiotrang pun berpusing2la serata alam, dari Shah Alam sampai ke KL. OTW nak balik kajang ingat terus nk singgah rumah Opah amik Nuha, skali tengok jam masih awal lg. Klu balik rumah pun bukan ade ape2 so kitorang lepak la kt Zawara Coffee ni dulu, dah org kata best sgt lepak kt situ, kitorang sajela nk cube ape yg best sangat tu. 


So after dah habis di belasah segala makanan maka-nya inilah review kami pasal makanan kt sini ...so-so je... Dalam banyak2 menu kt sini, aku paling suke kek coklat dia yg berlapis-lapis tu. Agak lain dari yg lain, klu spaghetti Salmon tu biasa je, xde best mana. Churros  deep chocolate pun kitorang try, tp biasa je, xde gempak mana laa. Coffee Butterscotch boleh tahan. nak kasi berapa bintang yea 7/10 okla.


Review berkenaan harga pula, agak pricey, macam duk kt london gitu harganya.. huhuhu Hipster la sangat kan.Ala2 Cafe kt Paris gitu, itu yg harga lain macam tu. adeehh, ape2laa. nasib aku tak bayar pakai EURO currency je huhuhu.

Ok bye...





Ahad, 27 Mac 2016

Part 3 : Kedai Kain Kana & Rumah Makan Sangkuriang Bandung

Semasa di Bandung kami menggunakan khidmat kereta sewa & supir Hayuka Bandoeng. Alhamdulillah servis yang di berikan mmg terbaik & termurah di pasaran. Untuk satu hari pusing bandar hanya IDR 370,000 pusingla ke mana sahaja yg anda mahu tetapi jika ingin ke Tangkuban Perahu & Kawah putih ada sedikit tambahan di kenakan kerana agak jauh. Tapi kami tak pergi pun kt situ. Mahal bebenor fee nak masuk. Klu dulu masa hubby pergi fee sekitar IDR 75,000 sahaja, tetapi sekarang meningkat kepada IDR 350,000 (RM130/pax) huh gile mahal. So kami decide say No to Tangkuban Perahu. Duit tiket tu buat Shopping lagi berbaloi.


Hari ke 2 tu kami di bawa oleh Ujang ( Supir Hayuka Bandoeng) ke kedai kain Kana. Katanya murah kain di situ. So kami mengikut sahaja. Sesampai di sana mmg banyak sungguh kainnya. Kedai kain Kana ni sebenarnya kawasan perumahan. Rumah dia tu di jadikan store baju2 yg di buat di kilang dia sebelum di agihkan kepada penjual di Pasar Baru katanya. Banyak jugaklah aku borong kain di sini, siap aku tempah terus untuk di buat baju raya & Jubah. Tetapi setelah ke Pasar Baru ke esokkan harinya, aku membuat kesimpulan lebih baik membeli di Pasar baru sahaja, kerana lagi banyak design & Harga boleh di banding2kan. Dari segi harga, Pasar Baru lebih murah jika di bandingkan di Kedai Kain Kana beza dalam IDR 20,000 sehelai untuk kain sulam. Huh mmg silap percaturan sungguh kali ini. Tapi jika dibandingkan kedai kain di Malaysia harga yg ditawarkan masih murah, ayat sedapkan hati sendiri.
 


Inilah Kedai Kain Kana yg aku maksudkan, Walaupun kain dia banyak tapi corak lebih kurang sama jek, cuma color je lain2. So pendek cerita tak banyak pilihan & harga tak boleh nego sangat, sebab dah murah katanya. Nasihat aku pergilah ke Pasar Baru dahulu, kemudian baru ke Kedai Kain Kana ni. Kualiti kain pun sama jek dengan pasar baru, xde beza pun, tipu jek cakap kualiti kain dia lagi bagus.


Lebih 4 jam aku lepak kt kedai kain ni, adala beberapa org yg datang membeli, tapi hanya beli sehelai dua jek, aku jek yg borong sakan haritu. Rupe2nya aku dah terkene. hehehehe... Pasar baru Lagi murah & cantik2... menyesal den !


Ini adalah kain2 di pasar baru, mmg lain coraknya, sangat bervariasi...


Aku belikan kain warna hijau biru tu untuk Opah. Coz xtau nk beli ape so aku beli kain je laa. Nak shopping pun dah xde mood coz dah borong banyak kt Kana tu, so kt pasar baru hanya beli jeans Blouse & jubah abi. 

Habis cerita kedai kain Kana tu, kami meneruskan perjalanan mencari makan tengah hari di Rumah Makan Sangkuriang. Tempat ni agak jauh dari bandar bandung, lokasi agak ke pinggir bandar iaitu jalan menghala ke Tangkuban Perahu & Rumah Mode. Tapi kami tak singgah pun kat Rumah Mode haritu, coz jalan macet teruk, lagipun xde ape nk beli kot, harga barang kt situ pun katanye mahal2 belaka. So aku tengok dari luar je. Gambar pun lupe nk snap. 



  
Suasana dalam Rumah Makan Sangkuriang agak luas, ada 6 buah gazebo dan ade juga tempat dalam restaurant. Suasana yang agak menarik tetapi kurang terjaga.


Ok makanan dah sampai Jom Kite menjamu selera dahulu


My Beloved & Me 
dah lama tak bergambar berdua. Macam muda la pulak rasa, walaupun mmg masih muda. hihihihi...


Cinta hati Ibu


Sementara menunggu makanan sampai tu kami berposingla sekeping dua, hanya kami je duk dalam gazebo tu so kami posing la sesuka hati coz xde org nampak, klu ramai org segan jugak.

Kualiti makanan di Rumah makan ni biasa2 saja. Xdelah sedap sangat seperti yg di war-warkan. harga agak pricey. Untuk hidangan seperti yang di atas kami di charge IDR 350,000 (RM130) mungkin standard masakan padang atau sunda begitu harganya. lagi sedap Masakan padang di restaurant Sari Ratu kt KL ni aku rasa, harga pun lebih kurang je. 

Setelah makan kami di bawa ke jalan Cibaduyut untuk membeli barang2 kulit seperti jaket, kasut tali pinggang, handbeg & macam2. Tapi kualiti harus juga di teliti, kerana banyak juga yang menipu di sini. Aku hanya membeli kasut Nuha. kasut aku & hubby semua da xde saiz so kami xbeli. Setelah itu ujang memaklumkan kepada kami, tailor yg telah di tempah di kedai Kain Kana tadi sedang menunggu kami di bawah untuk ambil ukuran. Lahai amik ukuran di parking kereta sahaja. hmm apa nk di kata, kos upah dah di bayar, aku ingatkan ade kedai, tetapi hanya jahit dari rumah sahaja. Harapnya semua ok2 jgn ade yg senteng & sendat pulak nnt. 
 
Kami seterusnya ke Toko Tiga. Kat sini semua jeans ori di jual. Aku membeli beberapa helai T-shirt untuk Sadiq. Hubby juga tidak ketinggalan membeli beberapa helai T-Shirt. Kualiti kain yg agak bagus dengan harga yg terjamin murah. Kalau datang ke Bandung lagi aku nak borong T-shirt je kat sini untuk pakai sendiri & hadiah kt sesiapa. Wajib singgah.

Kami seterusnya ke beberapa Factory Outlet di Jalan Dago. Tapi takde ape yg menarik untuk di beli. Seperti harga & kualiti tidak setanding. So hanya pusing2 & cuci mata saja.

Lebih kurang jam 9 malam, aku mintak Ujang hantarkan kami pulang ke Hotel. Nuha pun sudah merenget ingin balik ke bilik, mungkin sudah keletihan seharian berjalan. Maka habis lah episod shopping & makan hari ke 2 kami di Bandung.



  




Sabtu, 26 Mac 2016

Part 2 : Naik Keretapi dari Jakarta ke Bandung

Sekitar jam 8.30 pagi kami telah berangkat ke Terminal Putrajaya untuk menaiki KLIA Express ke KLIA 2. Lebih kurang 30 minit kemudian kami sampai di KLIA 2. Tiada beg yang perlu di check in. Datang berlenggang kangkung je, nak ke Bandung la katakan. Hanya bawak small luggage & beg sandang. Flight kami jam 10.30am so pusing epot dulu sementara tunggu nk boarding. Walaupun perut berbunyi2 untuk di isi tetapi nafsu makan terpaksa di tahan seketika, kerana banyak makanan telah di tempah untuk flight dari KL ke Jakarta. Aku sebenarnya telah tersilap membuat tempahan. Sepatutnya tempahan di buat untuk pergi & balik. entah macamna aku tak perasan rupe2nya aku booking 6 set makanan hanya untuk sehala. Nak cancle dah xboleh coz dah bayar semua.  
  
                                habis merata tempat nak berposing..

Nuha Safiya lah paling excited nampaknya. Budak kecik ni klu cakap nk naik aeroplane bukan main menjadi dia, happy lain macam, padahal dah berbelas kali naik aeroplane. Ibu dulu nak g KL tu la paling seronok, heaven gile bila arwah tok mi & tok abi cakap nak g KL. Bukan g jalan2 pun kt KL tu, alih2 g Sogo shopping handbeg Tok Mi & Opah, itu jela pastu balik kampung. Tapi seronok sangat dah rasa. Tengok bandaraya Kuala Lumpur tu, dengan jalan2 yang besar & lampu2 yang meriah menjelang malam. 



After dah check in maka tibalah masa untuk berlepas ke Jakarta. Masuk2 je dalam flight tu bahasa indonesia begitu jelas kedengaran. Ye aku nk ke Jakarta. Tempoh penerbangan sekitar 2 jam, Nuha tido je sepanjang perjalanan. so kami laki bini jela yg makan segala mak nenek yg terhidang depan mata. Masa pramugari nk serve makanan kt kami tu adalah part paling lawak aku rasa. Sebab diorang macam xpercaya kami order sampai 6 set makanan. aku yg duduk tepi tingkap tu buat2 X nampak je. Hubby yg handle, stewardess tu siap tanye, betul ye cik 6 set makanannya ? hihihihi pelahap sungguh manusia dua org ni gamaknya yea. Padahal dia xtau cite yg aku tersalah order. Cover perut skit.. hiihihi.


Yess kami sudah mendarat dengan selamat di Jakarta


Sempat lagik dia nak main2 kt sini pulak, haiishh...

Kami mendarat di Terminal 3 epot Soekarno Hatta Jakarta jam 11.30am waktu tempatan indonesia. Bersusun bas menanti kedatangan kami. Sebab Epot masih dalam proses pembesaran jadi agak jauh untuk menapak. So di sediakan bas untuk membawa penumpang untuk ke bahagian imigresen. Masa beratur tu aku kene tegur dengan staf diorang coz duk main HP. Siap tunjuk tanda di larang menggunakan HP ceeiittt banyak pulak pantang larang dia, aku tengah beratur lagik kot. Hubby buat muke Booo kt aku. huh hilang mood sekajap, Bajet bagus je indon2 ni. Selesai urusan di imigresen maka kami pun ke bahagian luar untuk amik teksi Bluebird ke Stasiun keretapi Gambir. Tambang teksi IDR 165,000. Jalan agak macet dan mengambil masa hampir 1 jam. 


Tempat menunggu turn teksi Bluebird, walaupun ade je prebet sapu yg memanggil kami untuk menggunakan khidmat mereka tapi kami menolak dgn baik, kerana harga yg ditawarkan adalah jauh lebih mahal. Nampak mamat baju biru tu kan, sila bagitau dia anda ingin ke mana, nnt dia akan panggil bile tiba giliran anda.


Stasiun Gambir 

Dah besar pun masih nk suh org dukung, apela kakak ni...


Layan jela aksi 2 beranak ni

Di Stasiun Gambir kami menapak untuk ke Menara Monas, Mercu tanda Bandar Jakarta. Hanya lihat dari luar pagar je. coz jalan nk masuk agak jauh, aku malas dah nk menapak. Coz xde ape yg menarik sngt dengan Menara Monas ni. Sebatang kara gitu je kt tengah2 padang. Klu nak banding dengan KLCC tu jauh langt dari bumi. Kemudian kami makan di Restaurant segera ala2 marrybrown gitu. temankan si kecik yg kelaparan. Harga boleh tahan standard KFC jek. huhuhu.     
  

Ambooiii bukan main seronok abi duk sebelah amoi tu, panas membara je hati ibu ni, dah la tido kepala terlentok-lentok, haaiishh rasa macam nk g bersilat sat kt depan tu, kasi karate skit kepala abi tu, kot ye pun nk tido cover la sikit, xpayahla nk over2 sgt. Mood angin je sepanjang perjalanan, nk lena pun xdapat. haaiishh...  

Dalam Executive Coach IDR 120,000 per pax 






Setelah hampir 3 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di Stasiun Bandung. Kami ambil teksi untuk ke Hotel Premier Best Western La Grande di jalan Dago. Alhamdulillah selamat sampai juga akhirnya, Kami ke Mall di sebelah hotel untuk dinner. Menu Nasi Goreng buntut & juga Es teller, Hubby order Nasi goreng ape entah, tapi tak berapa sedap katenya, Nuha makan Mee bakso. Jalan2 tengok baju & beli coklat, air & biskut kt dalam Mall. pastu balik bilik & tido. Tamatlah kisah 1 hari perjalanan kami dari Kuala Lumpur - Jakarta - Bandung. 

Inilah bilik kami selama 5D4N selama di Bandung, makanan mmg terbaik, bilik pun selesa. Tapi gambar ni aku amik masa dah nak balik, tengok tu bersepah barang dagangan.



Jumaat, 25 Mac 2016

Pengembaraan Rohani :: U M R A H

Dalam kesibukan melakukan pelbagai urusan hidup kadang2 kite terlupa  meluangkan sedikit masa untuk kembali kepada Tuhan (ALLAH swt). Memang tidak dapat di nafikan kesibukan dunia sentiasa menghimpit kita. Sibuk dengan berbagai perkara yang entah ape2. Doaku moga2 kesibukan mengurus rumah tangga & mendidik anak juga di kira sebagai sebahagian dr ibadah yg mulia di sisi Allah.

Keputusan untuk menunaikan ibadah umrah & ziarah kali ini telah di rancang seawal Oktober 2015. Walaupun dalam hati ni klu boleh sebulan sekali nk pergi umrah, Itu pun klu ada org nk "payung". Perjalanan umrah ni kelihatan sama saja seperti jalan2 ke tempat lain, tetapi bukan semudah itu. Banyak persediaan rohani & jasmani diperlukan untuk melaksanakan ibadah. Kite mengadakan perjalanan ini kerana Allah & Rasulullah. Emosi mesti dijaga dengan baik, sifat2 mazmumah seboleh2nya dapat dibuang jauh dari dalam diri, Sabar itu perkara utama, walau mudah untuk dilafazkan tapi teramatlah sukar untuk di praktikkan. Ada orang kata "Bila nak pergi UMRAH baru sibuk nk buat baik" tapi pada aku, tidak salah jika kite jadikan perjalanan menuju Tuhan itu sebagai salah satu "turning point" untuk kite berubah ke arah yg lebih baik. Kalau selama ni mulut agak jahat, solat pun dekat nk habis waktu, baca alquran sebulan sekali. Mudah2n dengan asbab untuk ke Rumah Allah kite cuba mengubah & buat yang terbaik untuk diri kita. Bukan bile nk pergi umrah je baru nk berubah, tapi selalunya manusia ni perlukan sesuatu anjakan untuk berubah, sebab itulah bile dah tau diri tu nk jadi Tetamu Allah, ubahlah yg buruk & kurang baik tu supaya jadi lebih baik & sempurna. Klu Yg Dipertuan Agong jemput kite untuk ke Istana Baginda pun bukan main kite prepair baju yg cantik2, klu yg gemuk tu, siap bersenam kasi kurus elok, belajar bahasa istana & sebagainya. Bangga sangat dah rasa diri tu. Ini kite nk pergi ke Rumah Allah, Allah da jemput kite untuk jadi Tetamu dia, patut ke kite perlekehkan jemputan Raja sekelian Alam tu ? Allahuakhbar fikir2kanlah. Mudah2n Allah merahmati. 

Rancangan untuk melaksanakan ibadah Umrah ni bermula seawal oktober 2015. Memandangkan Harapan Umrah Ramadhan 2014 tidak kesampaian. Pada mulanya my hubby nk pergi bersama travel agent (Andalusia/Rayhar) survey punye survey harga agak mahal sekitar RM8800/pax - RM11500/pax untuk 12H10M sahaja. Harga ini adalah untuk bilik berdua & hotel sekitar 50m -100m dr masjidil haram. Oleh itu kami sekali lagi mengambil risiko seperti tahun 2014 untuk pergi menunaikan umrah secara sendiri tanpa menggunakan travel agent. Walaupun pada tahun 2014 yang lalu kami telah mengalami masalah Visa Umrah tidak diluluskan, kerana ketika tu bulan Ramadhan, terlalu ramai org ke sana, so Visa agak terhad. Dengan itu duit penerbangan & juga penginapan hangus lebih 65%. kerana pembatalan pada saat2 akhir. Apekan daya, semuanya kehendak Allah, kite hanya mampu merancang. Walaubagaimana pun kali ni kami telah membuat perancangan yg lebih teliti ala-ala Play save gitu. Mudah2n tiada sebarang masalah yg timbul.

Sebagai panduan untuk kawan2 yg ingin menunaikan umrah tanpa agent bolehlah melakukan carian penginapan di agoda.com. atau booking.com ataupun terus sahaja menempah bilik direct dari hotel2 di sana. Harga yg diwarkan adalah berbeza2, maka korang perlu pandai membuat sedikit perbandingan, nak harga murah kene buat kerja lebih sikit. Bagi mengelakkan kerugian aku nasihatkan sila tempah bilik yang ada notis "FREE CANCELLATION" sehingga tarikh 2hari atau 3 hari dari tarikh kite nak menginap di sana. At least klu terjadi ape2 perkara yg tidak dijangka maka tidaklah hangus duit penginapan tu. Dari segi harga mmgla sedikit mahal berbanding bilik yg terus dibayar tetapi risiko tinggi sebab tak blh cancle or tunda tarikh. Jadi terpulanglah pada diri masing2.

Tiket penerbangan pula bolehlah di buat melalui carian di google menggunakan aplikasi "Google Flight" kt situ ada perbandingan harga tiket penerbangan mana yg lebih  murah, aku sarankan better amik flight Saudi je. Tidak banyak rules & regulation yg pelik2. Dulu kami menampah tiket penerbangan Emirate tetapi apabila ke kaunter urusan Emirate untuk buat cancellation barulah aku tau yg tiket penerbangan KL - Medinah itu tidak valid untuk Visa Umrah. Nasib baik kami tak jadi pergi masa tu, klu tak mengikut maklumat dari kaunter Emirate tu, kami mungkin akan di tahan masa kt airport KLIA atau Airport Madinah, than kene tambah another 3000 myr - 4000myr per pax. Tak ke naya tu. So ade hikmah jugak Visa Umrah kami tidak diluluskan masa tu. Allah itu sebaik2 yg merancang. Walaupun tidak dapat menunaikan umrah masa tu, tapi niat dan usaha tu dah ade. Mudah2n Allah mengira segala kerugian & susah payah kami itu sama seperti pahala melakukan Ibadah Umrah di bulan Ramadhan. Ameen

Ok berkenaan visa umrah pula, korang boleh dapatkan khidmat UMH Travel . Cas di kenakan untuk buat visa RM350/pax. Travel agent lain tak layan klu kite nk visa umrah sahaja. No telefon office UMH travel 03-4022 4444. Visa akan di proses dalam tempoh 3 minggu sebelum date penerbangan ke sana. Antara dokumen yang diperlukan ialah Passport, Gambar 2 keping. Saiz gambar utk Visa umrah lebih besar. Surat nikah & sijil lahir anak (jika bawak anak) yang mesti di sahkan oleh jabatan pendaftaran (Sijil lahir), Pejabat agama islam ( Sijil nikah) & kedua-dua dokument itu mesti di sahkan oleh Wisma Putra di Putrajaya. Selain itu, salinan tiket penerbangan & juga hotel penginapan perlu di sertakan sebagai bukti kita dah beli return flight & juga ada tempat untuk tinggal selama di sana. Ramai sangat yang masuk mekah & madinah lepas tu over stay. Sebab tu Visa payah nk dapat skrg.

Seterusnya untuk urusan semasa di Madinah & Mekah tu rasanya tak ade yang rumit sangat coz teksi banyak kt sana dan makanan pun mudah. So tidak ada masalah yg besar sangat untuk hal2 seperti itu, apepun moga Allah memudahkan segala urusan. Penerbangan kami terus ke Madinah dr KLIA kemudian balik melalui Jeddah ke KL. Kami decide untuk stay lebih kurang 14D13N. Di Madinah kami duduk 5D4N dan selebihnya di Mekah. Total kos untuk flight tiket & juga Hotel penginapan bagi kami 3 beranak adalah sekitar RM17,500. Ini tidak termasuk makan tengah hari, malam & kos pengangkutan. Aku anggarkan untuk kos pengangkutan sekitar RM1000. Untuk makan pula kami bajet RM150/3pax per day. So kos Umrah kami 3 beranak sekitar RM21,000. Sebenarnya kos ni mungkin boleh dikurangkan lagi jika korang pilih hotel penginapan yang lebih murah. Kami decide untuk pilih hotel yg paling dekat dengan masjid supaya memudahkan kami pergi & balik dengan anak kecil. Walaubagaimanapun kos tersebut jauh lebih murah berbanding menggunakan travel agent, save dekat 10K dan dapat extra day lagi lagi 3 malam di Mekah. 

Sekarang kami hanya tunggu Visa approve sahaja. mengikut staf UMH Travel yg baru aku contact semalam, katanya tiada ape2 masalah, InsyaAllah minggu depan dapatlah visa kami. Alhamdulillah syukur. 

Untuk kelengkapan pakaian pula, biasa2 saja. Jubah & pakaian solat semua dah ade. Tinggal nk built up stamina & juga menghafal beberapa kerat bacaan doa & pantang larang umrah. Menunaikan Ibadah umrah tidaklah serumit IbadahHaji. Niat untuk Umrah ni adalah memaksimumkan jumlah ibadah & solat di Masjid selama berada di sana, bukan ade tujuan lain, semata2 kerana Allah. Dengan cuaca yang agak panas sekitar 40 - 45 darjah celcius aku berdoa mudah2n kesihatan kami sekeluarga berada pada tahap yg baik & Nuha Safiya dapat adapt dengan keadaan persekitaran & suhu panas di sana nnt. Doakan kami selamat pergi & pulang serta dimudahkan segala urusan kami di sana. Allahumma aamin. 

Kami akan ke sana pada pertengahan April ni, hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kami berangkat dan ini adalah umrah kali ke 2 aku setelah melakukan umrah &ziarah pada 12 tahun yang lalu bersama my beloved cik ngah.(alfatihah untuk arwah cik ngah yg telah kembali pada tahun 2008, sebulan sebelum majlis akad nikah aku berlangsung)

  




  

Jumaat, 4 Mac 2016

Part 4 : Maggi Udang Galah & Sarawak Cultural Village



Kat bandar Kuching ni tak ade ape yg istimewa or best sangat pun pada aku. Nak makan pun tak berapa selera, mungkin cara masakan dia kurang kena dengan tekak aku ni, mungkin org lain ok kot, Selera masing2. Antara tempat yang kami kunjungi adalah di "Sarawak Culturer Village" tiket masuk RM60/pax. Nak ke SCV ni agak jauh jugakdr bandar, sekitar 32km lebih iaitu menghala ke arah Gunung Santubung. Lokasi SCV mmg betul2 berhadapan dengan Resort Pandai Damai. Ape yang menarik kt sini..?? Mula2 kami sampai kami di sajikan dengan tarian kebudayaan semua etnik di Sarawak (dlm theater hall). Persembahan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Agak menarik jugak persembahan diorang, lawak pun ade.




Itu rumah bidayuh klu tak silap aku, tp rumah tu hanya untuk org lelaki yang bujang sahaja, biasanya rumah ni akan berada di bahagian hadapan kerana dia bertindak sebagai "Guard House" 


ok macam yang kt atas tu, bahagian belakang tu rumah org melanau yang sudah keluarga, orang perempuan pun duduk kt bahagian belakang jugak. Bagus jugak senibina diorang ni, ada ciri2 keislaman sikit2 dalam bab menjaga hak kaum wanita dengan mengasingkan lelaki bujang & juga anak dara daripada bertemu muka. Islam itukan Fitrah manusia. alhamdulillah kerana aku adalah seorang penganut agama islam. :) 


naik jambatan buluh yang tak berapa tinggi...
Kt dalam SCV ni ade di bina beberapa jenis rumah rakyat org sarawak. Seperti Rumah Melanau, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Cina, Rumah Orang Ulu dan macam2 lg. Tapi masa kami pergi tu tak ade ape2 event, so agak membosankan jugak kerana tiada ape2 yang dapat dilihat kecuali masuk ke rumah2 untuk melihat senibina & ukiran kebudayaan diorang. Selebihnya agak membosankan. Mungkin klu korang nk dtg kene tunggu ada ape2 event kt situ baru meriah. kami ambil masa sekitar 2 jam lebih kt SVC. Pastu ke pantai Damai sat. Tengok dari jauh jek, coz nk cari jalan masuk ke pantai, sampai sudah tak jumpe.. Sudahnya kitorang carik jalan ke kedai makan. Lapaaarrr ...

Pusing punye pusing cari kedai, ade beberapa kedai yg kami jumpa & singgah, tapi aku tak berapa selesa nk makan, coz keadaan kedai yg kurang bersih, so hubby terpaksa pusing lg carik kedai lain. Nasib baik hubby ok je, xde nak marah2.. muahhahaha sayang abg :) yerla kedai bersepah dengan puting rokok, lantai hitam berkerak, kt atas tempat hidangan lalat buat playground, camne tu..?? ade selera nk makan ..?? hihihi.. makan roti gardenia cicah air milo lagi selera kot. 

Akhirnya kitorang jumpe tempat makan yg agak ok iaitu di Bukhary Cafe, lokasi kt jalan Satok, sederet dengan cafe ni ada KFC, Pizza Hut & Secret recipe. Makanan yang dijual cume nasi beriani je, ape2la yang penting dapat makan. harga agak berpatutan & sangat banyak. Rasa pun sedapla jugak. Tengah lapar apepun sedap kan .. :)

Lepas makan tu kitorang singgah ke Kubah Ria, kt situ aku beli 2 ekor udang galah, saiz XXL harga RM85/kg. Kire standard hargala kot. Plan kitorang nk makan dengan Maggi je. So otw nk balik ke bilik malam tu gigihla my hubby singgah ke Parkson untuk dapatkan bekas & juga Maggi. Kitorang kan mmg dah terror bak masak memasak dalam bilik ni hihihihi.... Mmg best gile makan hingga licin kuah Maggi tu di hirupnya. So dinner kitorang malam tu Maggi Udang Galah XXL, menyengat habiss, mmg terbaik !









Khamis, 3 Mac 2016

Part 3 : My Village Barok Lodge & Kek Lapis Dayang Salhah

Walaupun aku sedikit sibuk dengan urusan Business & juga pekerjaan hakiki sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, tapi aku cuba luangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu kt blog ni untuk kenang-kenangan. Suatu masa nnt once aku dah tak ade my doter mungkin nk tau segala kisah perjalanan hidup ibu dia yg terlalu energetik & penuh dengan segala macam cabaran ni. Namun hidup ini cukup membahagiakan bagi aku. Syukur Alhamdulillah kerana di beri kesempatan untuk hidup bersama insan2 yang begitu istimewa & juga diberi kelebihan rezeki untuk meneroka alam ciptaan Tuhan yang indah ini.



Ok jom aku sambung cerita jalan2 di kuching minggu lepas. Kami habiskan masa beberapa hari di kuching dengan aktiviti pusing2 kt bandar kuching je, selebihnya lepak kt hotel. Coz cuti2 kali ni pun bukan ada agenda apepun, sekadar nak jejakkan kaki ke tempat baru & melihat suasana budaya serta merehatkan fikiran sambil mencari idea baru. Hidup ni nk kene santai je, xperlu nk terlalu ekstrem dengan ape2 hal sgt, yang penting kita bahagia.

aktiviti petang dimulakan dengan bergambar di Tugu Kuching, dah sampai ke Bandar Kuching haruslah bergambar kt situ kan. seterusnya kitorang jalan2 je menelusuri jalan2 & menikmati suasana di bandar kuching. Sedang duk jalan2 tu hubby terserempak pulak dengan kawan dia, bersembang sat than sambung jalan-jalan 3 beranak lg.

Malam tu Kitorang dinner di Barok Village, nak ke cafe ni kene naik sampan ke seberang. Tambang sampan cume RM1 je. Nak beli kt lapis pun area situ jugak, berderet kedai kek lapis kt situ, kedai kek lapis Dayang Salhah paling hujung skali, jauh sikit kene menapak. Betul2 belakang masjid. 



 Suasana dalam kedai seperti konsep Bali skit, Cuma bangunan cafe ni sedikit usang, mungkin kerana diperbuat daripada buluh.
Di My Village Barok Lodge kami order Tomyam seafood, umai ikan, kupang bakar, sup tulang & juga telur dadar, Total damage RM55, umai ikan paling best bagi aku, yg lain2 tu biasa2 jek. Makan kt Suraya Seafood bangi lg menyengat. Sebelum dinner tu kami jalan2 pusing ke kedai kek lapis dulu, singgah 2, 3 kedai test makan sekeping dua. Rasa macam lebih kurang je semua. Agaknya lidah dah pening kot, banyak jenis sangat test. hihihi.. tapi tak beli pun lg kek nya. saje jek singgah tengok2 dulu. 

Lepas makan kami kembali naik sampan untuk balik ke Hotel di seberang sungai sana. menapak dalam 200m untuk sampai ke Pullman Hotel nun di atas bukit. mengah jugaklaa mendaki jalan yg agak berbukit tu. Maka habis 1 hari kami meneroka Bandar Kuching.

Perkara paling tak best masa kitorang stay kt Pullman Hotel adalah "Swimming Pool under maintenance" Sebulan dah tutup katanya, adooiii baru je nk lepak main air, skali closed pun under maintenance. Mmg silap percaturan betul laa. Nasib baik hotel tu mcm best jugak, coz bangunan dia attached dengan Mall, so boleh turun lift je terus masuk Mall. Walaupun biasa2 jek kedai2 dalam tu, tapi mudahlah untuk dapatkan makanan, tak perlu nk menapak jauh2. 

 

Rabu, 2 Mac 2016

Part 1 :: Cabaran Trip Jakarta ~ Bandung

Cuti lagik ..!!! Yeay ... kali ni kami ke Jakarta & Bandung pulak...

Bermula dari awal tahun 2016 haritu, kitorang asyik berjalan je, selang 2 - 3 minggu berjalan. Best kot dapat berjalan, mmg best la aternye, gile tak seronok dapat g jalan-jalan. Dari duk terperak je dalam rumah baik kite terjah dunia luar sekali skala. Hah..Kang lapang sikit mata tu. Plan nk ke Bandung ni mmg dah lama, tiket dah beli 5 bulan awal dari date nk pergi ni. Biasalah cari tambang murahlah cek oii, JIMAT duit aternya :)

Jika di ikutkan, my hubby tak boleh join trip ke Bandung ni coz bertembung dengan Trip kerja untuk ke US yg dijadualkan awal bulan 3, Nak dijadikan cerita last week hubby dapat information nama hubby di gantikan dengan pegawai yang lain, so hubby tak pergilah ke USA tu. Yabedabedu.. den lagik seronok, Dapatlah hubby ke bandung skali dengan kitorang, hubby tak g mana nak seronok, nnt sapa nk angkut barang2 belian den. Tak ke naya nk kene angkat sendiri, patah pinggang cekk oiii. Tapi Allah tu Maha Mengetahui yang Hamba Dia ni lemah, mmg tak boleh buat kerja sorang2, huru-hara jadinya nnt. hihihihi...

Panjang lagi al-kisahnya, trip Jakarta-bandung kitorang ni. Masa aku dapat tahu yang hubby kene ke USA maka aku deal dengan my cousin, ajak dia temankan aku ke Bandung. Semua bilik penginapan dah tempah kot, tiket flight pun dah 2, 3 kali beli. Mmg aku nekad nak pergi jugak walau hubby tak dapat g. So aku pun dengan baik hatinya telah belikan tiket untuk my cousin, terbang 400 MYR ting..ting..ting.. So bile my cousin dapat tau yg hubby tak jadi ke US, dia pulak tiba2 tak nak join the trip. Segan katanya my hubby ade... Ceeiittt.. jahanam lg duit aku. Sedekah kt fakir miskin lagi berhemat. xpasal2 sedekah kt Airasia. itu baru satu tiket, sebelum tu lagik aku dah beli tiket AA ke Bandung dari 5hb - 13hb untuk kami sekeluarga. Skali bile bagitau hubby dia tak setuju, lama sangat katenya, so dia suh pendekkan sikit trip tu. Buat ape lama2 duk Bandung, bukan besar sangat bandar Bandung tu katanya, adeehhh... AA punye style, mana boleh pinda2 tarikh, so beli tiket baru ler jawabnya. Jadi aku pun belila tiket yang baru untuk Jakarta - KL (one way) pada 8hb mac 2016, Jahanam lg duit tiket AA aku. Haddooii banyak betul cabaran nk ke Indonesia ni, macam2 hal. Harapnya sampailah kami dengan selamat di Bandung nnt. Dari Jakarta tu kitorang akan naik keretapi ke Bandung. Sajek jek aku amik tiket turun ke Jakarta, sebab nk tengok Bandar Metropolitan Indonesia yang katenya lebih Gah dari kuala Lumpur. So pasni konsider dah pergila ke Jakarta. Next trip boleh jelajah indon ke bahagian yang lain pulak. 

Ikutkan bulan 7 nnt kitorang ke Surabaya Pulak... entah jadi ke tidak trip tu. Baru jek lepas raya ade hati nk berjalan lagiik haddoiii.. planning mmg failed aku ni. Masa booking tak ingat, bile dah booking baru nak pikir, camne tu...?? Lumrah alam, Kaum Hawa mmg sering menjadi mangsa kerana rambang mata dengan Jualan Murah. Sabor jelaa yea... :) hihihihihi....