Isnin, 18 November 2013

Weekend :: Cuti Sekolah Ke Sunway Lagoon !



Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon Subang Jaya. Setelah hamper 14 tahun berada di KL ni.  Aku ke sini bersama my beloved doter & juga my hubby. Entah macamne tetiba dtg mood nk ke Sunway Lagoon. Padahal sebelum ni dah ramai kawan2 & juga keluarga ajak lepak kt sana tp aku selalu menolak dgn pelbagai alasan. Tup..Tup.. baru2 ni hati terdetik nk ajak my doter main air, after duk fikir2 tempat yg sesuai maka aku decide ke SL. Perjalanan dari Kajang ke Subang Jaya mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki kereta. Jalanraya agak selesa, xbanyak kereta, mungkin kerana cuti sekolah telah bermula maka ramai warga kota membawa anak2 bercuti ke tempat lain. Hmm aman skitla jalanraya di KL ini, xdelah nk terperak dlm jam berejam.. suka-suka ... :))  
 
 
 
Harga Tiket Untuk masuk ke Taman Tema Air Sunway Lagoon pada bulan November 2013.Sekarang ni dah xboleh nk pilih2 team park, wajib beli semua. Jumlah semua team park adalah 5 park dengan harga RM90 untuk warganegara Malaysia shj. Dengan syarat bawak mycard yea. Klu ada JJ card dapat 30% discount. So harga utk JJ card adalah RM84 per person. Minimum hanya untuk 2 org shj bagi satu card. Untuk promosi JJ card ni aku rasa sehingga hujung tahun ni kot, apepun boleh cek kt website sunway lagoon untuk confirmation.
 
 
 
selalu aku bace blog kawan2 yang pernah ke sana diorang kasi wristband macam jam tangan tu, tp  masa aku pergi ni diorang just kasi tali plastic camni aje. tak kisahla apepun, asalkan boleh masuk & main air. hehehe
 

 
Budak comel yg baru nk baik demam tapi masih suam2 lagi. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk merendam budak kecik ni dalam air supaya suhu badan dia menurun dengan cepat. Dah masuk 5 hari dia demam tapi masih xbaik2. Makan ubat adalah perkara paling ahzab sekali. So kitorang laki bini just rendam je dlm baldi supaya suhu badan dia berkurangan. Harap2 esok adik dah baik demam ok.
 

 
Depan Pintu masuk ke Sunway Lagoon.
 


 
Hah tau takut..  sian adik kene sakat dgn Abi, sejak bila abi suka mengusik adik ni, slalu ibu je... :)) 
 
 
 Muka budak fanatic Air, after dah main air hamper 4 jam, main gelongsor air, main ombak & macam2 lagi. Last2 dah xnak main coz dah gigil yg amat. Kalau tak, dialah budak no 1 paling Xcited bile jumpa air kolam. Tengok aje kolan air, xkiralah kolam ikan sekalipun, mesti terjerit2 nk turun main. hehehe..
 
Gambar masa main air xde coz kitorang cume 3 beranak shj. sume nk main air, so xde org nk tolong tengokkan camera. Senang citer kitorang simpan camera dalam box. Harga box kecik RM15 shj. Okla jugak, muat2 untuk beg kitorang yg comel tu.  So gambar main air xdela, cuma gambar atas darat jela sempat di ambil.
 

Buat muka nak main kuda plak. Xde org nk layan adik ea, sian adik... mehla ibu bawak naik kuda pusing2 tu...
 

 
Tengok keretapi sampai bulat mata2, hari hujan so banyak permainan terpaksa di tutup buat sementara waktu...

 
Okeh dah nak balik...

 
King paling kejam la sangat yea .. huhuhu..

 
Aii adik ade berani nk pegang replica tengkorak tu, nnt malam mengigau plak, sapa yg susah, ibuuuu jugak...


 
Macam real, tapi replica semen je pun..
 
 
Amboii2 seronoknye dia .. bukan main bergaya lagi ea... Alhamdulillah nampaknya dah makin ceria tu, harapnya esok dah sihat ok... muahaha
 

 
Naik kuda pusing berkali-kali.. ibu plak naik pening, suh abi beli jela sebijik letak kt depan umah, hari2 boleh naik ...


Terminator :)
 

 
 
 

 
View depan pintu sebelum keluar dari Sunway Lagoon. Berakhirlah sudah aktiviti jalan2 hujung minggu kitorang pada kali ni.. So kepada yang belum pergi tu persilakanlah bawak anak2 berjimba-jimba sempena cuti sekolah ni.. time cuti camnilah nk happy2 kan diorang pun..
 
Kesimpulan tentang aktiviti di Sunway Lagoon ni tersangatlah banyak. kitorang pun xsempat nk main semua game yg ade. Extreme Park pun xmasuk, coz hubby xde geng, mungkin next time kene dtg bersama ahli keluarga yg lain baru boleh buat semua aktiviti.
 
 
 
 
 
 
 
 


Selasa, 12 November 2013

Anak Mimpi Ngeri, Ibu Yang Xleh Tido !

Pening  lalat aku di buatnya. Asal tengah malam dia tersentak & menangis. Ya Allah apsal ni, asyik mimpi ngeri je adik sejak akhir2 ni. Syaitan apekah yg suka kacau my little princess ni. Tolonglah aku nk tido pun x aman. Aku la yg akan terjaga bile my baby menangis or bangun dengan tiba-tiba di tengah malam. Kaum Adam yg sebelah tu mmg tido mati, jangan haraplah nk bangun. Klu BoOm xmeletup kt telinga dia mmg xde makna-nya dia nk bangun. Sabo ajelah labu.
 
Semalam adik mimpi ngeri lagi, bukan sekali tp berkali2., Siap mata membulat seperti sedang perhatikan sesuatu, pastu siap tunjuk lg, Adusss parah camni. Last2 aku yg xleh nk lelap sampai ke Subuh. Kepala rasa berdenyut gile, camne nk g kerja ni, boleh tertido tengah jalan sat g. Hmm tengok jam dah 7.30 pagi. Mata mmg xleh nk bukak, dah la pagi tu ada Meeting jam 9 di MINDEF, tp kepala aku tersangat-lah berat. Macam ada batu 10kg kt kepala ni. Last2 aku terlena tanpa sedar. Bukak balik mata jam dah menunjukkan kul 9 pg. Nampaknya sakit kepala aku masih belum hilang. Terpaksa amik MC ni. Mmg xleh nk perform camni.
 
Pakcik dah selamat ke tempat kerja seawal jam 7.15 pagi lagi dah. Dia beselah.. tang kerja mmg no. 1. So dengan jaya-nya aku amik MC juga. Sumpah xlarat & segala urat sarat di kepala terasa nk pecah. Agaknya bercampur migrane skali kot. Si kecik kul 10 baru bangun. Walaupun terasa sedikit bersalah coz xdapat attend meeting last minute tp apekan daya. Harap semua ok2 belaka.
 
Lepas ni nk kene panggil org bacakan ayat2 penghalau Jin & Syaitan kt umah nampaknya. Mungkin diorang masih ada & berkeliaran kt umah aku ni. Letihla klu asyik xleh nk lelap selalu. Satu kerja pun xleh nk buat bile sakit kepala datang melanda.
 
 
 

Isnin, 11 November 2013

Hantu BokBong !

Bile terdengar perkataan tu mmg lawak giler, terus aku tergelak besar. Ya Allah lama sungguh xdengar usikan seperti tu. Masa aku kecik2 dulu perkataan tulah yang sering di gunakan oleh my late Ummi utk takut2kan kitorang yg nakal or xnak tidor bile tengah2 malam. Mmg confirm gile seram tu.
 
"Hah hantu Bokbong ade tu !!" terus terdiam and duduk rapat2. hahaha... Entah macamne rupe hantu bokbong tu pun aku xtau. Tapi klu di Terengganu or even Kelantan & Pahang aku rasa perkataan tu mmg familiar kot. Tp mungkin untuk generasi 90an dan ke bawah. Beselah budak2 moden zaman skrg mana tau sgt penggunaan bahasa bombastic org lama. Tp bile sesekali mengenangkan-nya ia mmg kelakar habis & begitu klasik. Pantai Timur mmg unik... :)
 
Teringat plak zaman kanak2 aku yg sungguh seram & menakutkan. Sampai skrg pun aku masih xberani nk tidur sesorang kt my hometown @ Dungun tu. Walaupun hutan2 sume dah terang benderang & banyak rumah2 telah di bina kt kampong tu tp perasaan seram & takut tu masih ada. Mungkin kesan daripada zaman kanak2 aku yg selalu di momok-kan dengan cerita2 seram oleh my parent, grandmom & grandfather. hehehe... Sambil duk stori-mori pasal ni, aku masih sempat tersenyum sendiri... cepat betul masa berlalu kan.. Hmm Life is so short .. !
 
 

Jumaat, 8 November 2013

Toyota Vios Pilihan Terbaik Utk B Segment

 
 
Kereta aku telah berusia 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah kenderaan ini banyak membantu aku dalam semua perkara. Membawa aku balik ke kampong & jalan2 bersama keluarga. Tiada kos bulanan yang membebankan. Selama aku melenjan kereta ni so far xde major problem lg. Cume pernah satu hari tu enjin x hidup bile aku start, tetiba plak xhidup, semalam ok je. Tindakan aku seterusnya ialah membuat panggilan telefon kepada agent Smart Assist untuk towing kereta aku ke service center yg berdekatan. Xsampai sejam kete dah ok. Kene bayar RM30 je. Ape entah yg rosak. After kejadian tu sampai skrg masih ok, dah xde pepe masalah lg. Service kete pun murah je, dalam 150 - 250 untuk setiap kali service. Langkah keselamatan yang harus di ingat adalah tukar ape yg perlu shj. Jgn ikutkan sangat cadangan sale advisor yg mintak client tukar itu ini. Aku selalunya mmg jarang kene kencing dgn depa ni. Coz dah banyak sgt pengalaman pahit terkena dengan sale advisor Produa dulu. So skrg aku lebih berhati2. Agak2 xde kene mengena dgn enjin maka aku xtukar.
 
So kepada sesiapa yg masih berfikir untuk membeli kereta B segmen Vios antara kereta yang xbanyak ragam & menjimatkan minyak. Walaupun telah di lanyak seteruk2nya dia tetap maintain ok. Kereta aku tu kadang2 aku buat masuk site, panjat Tanah merah berbukit redah selut & sebagainya dah macam 4x4 jadinya. Harap my car dapat bertahan dgn good performance lagi 5 tahun. ehehe... :)
 
Last 2 month Vios dgn wajah baru dah keluar, okla comel skit dari my dugong ni.. hehehe.. dengar kata rebate sehingga 5k. Tinggi tu, dah xpayah nk bayar downpayment banyak sangat. Toyota mmg terbaik. Tp jika ade rezeki aku xnk dah beli Toyota, bukan sebab xsuka tp sebab nk try brand lain la plak. Ehehehe...
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 7 November 2013

6 Reason To Invest In Kajang & Semenyih !

Apabila Pemaju tersohor SP Setia mengumunkan bahawa mereka telah membeli 1700 ekar Tanah di Semenyih dan juga Abaco Estate dengan tiba-tiba Semenyih menjadi tumpuan para pemaju & juga pelabur hartanah. Bandar Semenyih yang dulu sepi dengan pembangunan kini telah berubah wajah menjadi sebuah Bandar yang rancak membangun dengan pelbagai infrastruktur yang semakin baik.
 
Pemaju seperti Tropicana Corporation Bhd, UEM Sunrise Bhd, Naza TTDI Group, Sime Darby Property Bhd, IREKA corporation Bhd serta tidak ketinggalan MKH Bhd membuat pelbagai perancangan pembangunan dengan begitu drastic sekali seperti esok telah tiada. Dalam kebimbangan para pelabur memikirkan masa depan hartanah di Malaysia, Pemaju-pemaju bermodal besar ini seperti tidak mengendahkan kerisauan yang berlaku. Adakah ini petanda baik kepada sector hartanah pada tahun 2014 yang akan menjelang tiba...?
 
Setia Ecohill Semenyih telah Berjaya menjual lebih seribu unit Landed Property mereka dalam masa kurang dari 4 jam pada 11 okt 2013 yang lalu. Harga Hartanah yang bermula dari 410k sehingga 1.6 mil itu jual seperti kacang putih. Aku yang baru sahaja merancang untuk mengambil satu unit di Setia Ecohill nampaknya hanya tinggal kenangan. Harga baru yang akan di lancarkan bagi unit-unit baru yang akan di buka pada tahun hadapan mungkin hanya mampu di lihat dari jauh. Xmengapelah mungkin bukan rezeki aku di situ.
 
Ok berbalik kepada tajuk N3 aku pada kali ini. 6 sebab mengapa Tuan-tuan  harus membuat sekurang2nya sebijik pelaburan hartanah di Daerah Kajang adalah kerana ;-
 
1. New landed property launches under 500k or RM300psft.
Kebanyakkan harga property baru di sekitar Semenyih adalah sekitar 400k-500k. Seperti projek Semenyih parklane yang menjual dengan harga 418k dan beberapa lagi pemaju berskala kecil di sekitar Bandar Tasik Kesuma. Walaubagaimanapun untuk mengharapkan pulangan pelaburan sewaan bagi hartanah di sekitar semenyih ni adalah kurang baik. Apa yang boleh di katakan anda membeli hartanah di sekitar semenyih adalah untuk capital gain bukan untuk rental purpose. Mungkin selepas 5 tahun Tuan2 akan dapat menjual hartanah tersebut dengan keuntungan terbaik tanpa di kenekan RPGT dari pihak kerajaan. (CKHT : Cukai Keuntungan Hartanah)
 
2. Landed, gated & guarded projects
Memandangkan kebanyakan tanah di  Kajang & Semenyih dulunya adalah tapak estate kelapa sawit oleh itu harga yang di jual kepada pemaju hartanah adalah lebih murah kerana ia berstatus pertanian bukannya pembangunan. Maka bagi tujuan menarik minat para pelabur dan juga memboleh mereka meletakkan harga hartanah yang sedikit tinggi berbanding hartanah sedia ada di sekitar Kajang & Semenyih maka pihak pemaju memperkenalkan konsep G&G. Dengan konsep ini para pembeli pertama mahupun pelabur melihat ia adalah suatu keperluan wajib yang patut ada untuk hartanah baru. So dengan itu harga hartanah akan menjadi lebih baik kerana kawalan keselamatan penduduk dapat di jaga dan di pantau oleh pengawal.
 
3. The MRT
Seperti yang Tuan-tuan sedia maklum, MRT projek telah pun di bina. Ia di jangka siap sekitar tahun 2017 sekiranya tiada apa2 masalah kewangan Negara atau lain2 masalah yg tidak di jangka. Walaubagaimanapun harga hartanah sekarang telah meningkat 10% lantaran pembinaan MRT. Kepada penduduk di sekitar Kajang pula ia adalah berita yang baik kerana kemudahan MRT nnt akan memberi nilai tambah kepada hartanah mereka & sekali gus memberi kemudahan pengangkutan untuk ke IKEA mahupun ke Kuala Lumpur. 3 station yang tersebut adalah Saujana Impian, Bandar kajang & juga di Jalan Reko. Lepas ni kita pakat naik MRT jelaa. :))
 
4. Secondary landed homes under 250k
Tuan2 masih boleh memilik hartanah bertanah subsale pada lingkungan harga yang munasabah di Kajang atau Semenyih berbanding di Cheras atau Balakong. Landed property ini mungkin memerlukan sedikit pembaikkan namun begitu ia masih di anggap terbaik sekiranya tuan2 tahu memberi nilai kepada hartanah tersebut. hanya dengan sedikit penambahbaikan ia mungkin akan mendatang keuntungan beratus K kepada tuan2 pada jangka masa 5 tahun akan dtg setelah MRT siap di bina. Kenapa mesti 5 tahun ? Ini adalah bagi mengelakkan tuan2 di kenakan cukai jualan oleh pihak kerajaan. Selain itu pastikan hartanah adalah berpegangan Freehold. Kerana untuk jangka masa yang panjang pegangan Bebas adalah lebih baik. 
 
5. Kajang Seremban Hingway (LEKAS)
Dari Semenyih, LEKAS highway membenarkan Tuan2 untuk bypass Kajang town dan juga jalan Semenyih. Untuk ke Midvalley pengguna jalanraya hanya perlu membayar tol sebanyak 90 sen shj. walaubagaimanapun laluan ini sedikit sesak ketika waktu puncak. namun begitu kemudahan ini juga memberi impak yg cukup besar kepada peningkatan nilai hartanah di Kajang & juga Semenyih. kt Malaysia ini, xde jalan yg x-jam, selagi ada jalan mesti ada kereta kt situ. aku pun pelik.
 
6. The Hills are alive..
Bukit Broga adalah daya tarikan utama. Air Terjun Sungai Tekala juga sangat indah untuk di nikmati. Hanya 20km sahaja dari Bandar Teknologi Kajang dan 15km dari Semenyih. Ia sungguh nyaman & mendamaikan. keindahan hutan masih dijaga dengan baik. Bunyi burung & ungags masih kedengaran seperti anda berada di Hutan Hujan Tropika. Kedamaian ini juga memberikan satu suntikan yang sangat baik untuk hartanah di sekitar Bandar ini, yang dulunya hanyalah sebuah perkampungan biasa namun kini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat untuk tinggal di sini. !
 
 
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

My Hubby Is My Best Friend

Seminggu ni aku banyak terdedah dengan bahan bacaan & rancangan TV yang berkaitan dengan kekeluargaan & Hidup berumah tangga. Pelbagai input berguna menerjah masuk ke kotak minda-ku.. So ape lagi.. Jom kite praktikkan sama-sama !

Sebagai seorang isteri yang berkerjaya, aku keluar rumah jam 8 pagi & pulang ke rumah lebey kurang jam 6.00 ptg, banyak tugasan rumah yang terbengkalai dan terpaksa menunggu hujung minggu untuk di clearkan. Setiap Hari perkara wajib yang akan aku siapkan ialah membuat sarapan sebelum ke tempat kerja. After balik kerja aku akan terus ke dapur untuk masak makan malam. Waktu makan adalah sekitar jam 7.00- 8.00 mlm. Makan sambil layan cite kt TV3. Banyak Hikmahnya memasak untuk keluarga. My hubby adalah Assistant yang sangat cekap. Kerja-kerja memotong bawang & lada di sub-kan kt dia. Aku hanya sediakan ayam, daging atau ikan untuk menu masakan, campurkan bahan2 masakan & menentukan kuantiti gula atau garam yg di kehendaki ke dalam periuk. kerja menumis lada atau menggoring ayam & ikan semuanya di subkan to my beloved hubby. Dia pun mmg suka buat kerja2 memasak. Aktiviti memasak kitorang adalah sangat happening. Tp after memasak korang faham2 sajelah habis bersepah satu dapur di kerja-kan. Bak berkemas mmg xleh sub kt Dia, hasilnya pasti mengecewakan. So kerja2 membersihkan dapur & mengemas adalah tugas hakiki aku. Hubby hanya pandai Vacum je. Whatever it is aku tetap say thanks to my hubby atas pertolongan ikhlas dia tu.
 
Petua untuk pastikan hubby rajin membantu di dapur adalah "memuji secara berlebihan hasil kerja ataupun masakan yang di masak, walaupun xkene je rasa dengan tekak xpe, jgn banyak komen, makesure makan dengan berselera bila hubby masak and than mintak dia masakkan lg untuk masa-masa yang akan datang. Sure dia akan bersemangat & sangat rajin untuk terus memasak & membantu anda di dapur" Believe It or Not ..? Believe It !! Boleh cuba lepas ni kt rumah yea puan-puan sekalian.
 
Seperti kerja-kerja mencuci, menyidai & mengangkat pakaian di ampaian selalunya aku akan sub-kan to my hubby jugak. Itupun bile keadaan terlalu kritikal untuk aku uruskan sendiri. My Hubby is My bestfriend. Klu minta ape2 bantuan InsyaAllah dibantu dengan baik, cume kekadang tu kene rasuah jugak sikit, baru kerje tip-top... hikhikhik
 
Aku adalah species manusia yang sangat suka bercucuk tanam, lagipun warna kegemaran aku adalah Hijau, yea Hijau Ok, bukan Biru !! ... walaupun Tanah di halaman rumah tu xdela sebesar mana kot tapi cukuplah tu, nak buat camne itu shj yang ada. This week aku asyik berulang alik ke Nursery. Dari Nursery Sungai Chua Kajang hinggalah ke Sungai Buluh. Every weekend kerja pusing ke Nursery je. Kemaruk nk beli Pokok & rumput dah dtg lg. Padahal rumput lama dah ade tp aku fikir nk ganti rumput lama dengan rumput baru.. kwang..kwang..kwang..  My bestfriend everafter follow je.. itu satu kewajiban, klu tak sape yang nak mengangkat Pokok & pasu segala. Kerja aku memilih pokok2 & pasu je. Angkat mengangkat ni mmg tak laa... :)
 
Pendek kata ke mana aku pergi, my hubby adalah teman yang sentiasa ada bersama. Aku senang bile dia ada bersama dalam ape shj urusan hidup-ku. Kekadang time aku terpaksa buat kerja luar pun aku selalu paksa dia ikut. ehehe.. paksa rela jelaa... walaupun muka ala2 gangster kampong pisang tapi dalam hati lemah gemalai. So kepada yang belum berumah tangga, Don't Jugde A Book By it Cover ok ! kekadang muka je Nampak baik, dengan kawan xberenti gelak, tp dengan bini Ya Allah mcm Singa Ko... !! Isk nauzubillah...
 
Sesekali aku terfikir jugak, if my hubby xde.. oh huru-hara aku dibuatnya. Klu setakat xde pergi kursus seminggu dua or sebulan dua tu still aku leh survive. Tp jika something bad happen to him. Oh my God... I cant Imagine it ! Nauzubillahiminzalik. Aku sentiasa risau jika ape2 terjadi pada hubby. Dalam setiap doa aku sentiasa bermohon moga Allah panjangkan umur-nya & berkati hidup dia.
 
Untuk dekorasi taman terbaru aku akan update once dah siap nnt. sekarang ni masih tunggang terbalik. Tambahan pula cuaca skrg asyik hujan je so aktiviti menanam agak terbatas. nak main hujan lelebey nnt demam susah jugak kak oii.. cuti dah xde ni. ehehehehe..
 
 
 
 

Selasa, 29 Oktober 2013

We Have Lunch Together Everyday !

Makan bersama pasangan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Serius ia sungguh hebat. Cubalah untuk mencari masa terluang untuk makan bersama pasangan sama-ada ketika di rumah mahupun office hour.
 
Aku & my hubby mmg selalu makan bersama-sama walaupun ketika di pejabat. Kitorang mmg amik lunch bersama-sama di Restoran mahupun gerai sekitar Jalan Pahang. Hubby di MINDEF, manakala office aku dah berpindah ke Jalan Pahang sejak sebulan yg lalu. Walaupun jarak antara rumah utk ke tempat kerja agak jauh & perjalanan mengambil masa lebih 1 jam tetapi aku tetap happy bile menjelang waktu rehat tengah hari. Jika hubby berada di sekitar Kuala Lumpur kami mesti lunch bersama-sama. Itu satu kemestian. Sekiranya aku ade urusan di MINDEF  maka aku cuba pastikan ia habis sekitar jam 12.30 tgh hari.

Kakak Cleaner kt office aku ingatkan aku ada skandal dengan lelaki lain, dia tak tahu yg selalu datang amik aku kt bawah tu adalah my hubby. Adeeh nasib baik aku sempat explain kt dia last week, klu tidak, ade jadi gossip sepejabat. Aiiyaaa...
 
Mungkin keadaan itu begitu agak janggal bagi pasangan suami isteri yg telah berkahwin, selalunya yg selalu dating waktu lunch ni kebanyakkannya couple2 yg tengah angau bercinta. Hari2 datang melanguk kt office si dara untuk keluar makan bersama. Syukur Alhamdulillah my hubby tidak seperti kebanyakkan lelaki lain. Makan bersama isteri bukanlah sesuatu yg memalukan bagi dia. Selalunya lelaki yang sudah berumah tangga akan berasa malu atau segan untuk keluar makan dengan isteri. X macho la Bro lunch dengan bini ! kwang..kwang..kwang...
 
Budaya yang semakin sebati dalam jiwa muda-mudi di Malaysia. Klu buat benda baik & elok jadi xelok. Klu kuar makan dengan awek & wanita bukan muhrim baru ade class. Pemikiran manusia yang tidak bertamaddun & kurang agama. Ingatlah wahai lelaki yang telah bergelar suami. Isteri adalah seorang manusia, dia ingin di kasihi & ingin di layan sebagai kekasih. Perempuan itulah yang selalu setia untuk berada di sisi kamu untuk menjaga keperluan zahir & batinmu, perempuan itulah yg telah melahirkan anak2 yg comel sebagai penyambung zuriat untukmu. Apelah sangat dengan meluangkan sedikit waktu yang ada untuk membahagian hati seorang wanita yang telah sah menjadi suri hidupmu itu. Walau mungkin bicaranya menyakitkan hatimu, walau sesekali kerenahnya membuatkan kau hilang sabar tetapi ingatlah wahai suami, mereka di ciptakan dari tulang rusuk yg bengkok, jika kau berkeras untuk membetulkannya dia akan patah jika kau hanya membiarkanya begitu tanpa didikan, dia akan selamanya bengkok. Belailah mereka dengan kelembutan, didiklah mereka dengan sabar kerana di sebalik kesabaran & ketabahan-mu  itu ada rahmat yang tersembunyi. Allah itu selalu memerhati & Dia adalah sebaik-baik pemerhati.
 
Terima kasih Abg kerana selalu menjadi teman yang terbaik untukku, dari lubuk hati yang paling dalam aku menotakan Doa semoga Allah terus merahmati kita sekeluarga hingga ke Jannah.
 
 
Wallahualam...